Monday 22 July 2013

TIGA BELAS HARI SUDAH

Sudah masuk ke hari yang ke tiga belas hari ini erk. Bermakna ada dua minggu lagi khen. Lau zaman kecik kecik dulu suka enor kira hari. Teringat nak raya aje khen. U olls baju raya dah siap ke? Hehehe aku? Dah dua tahun ni persiapan suka enor buat last minute. Kuih raya pun ghitu jugek. Tak banyak sangat order lau compare zaman dulu dulu tu. 

Pagi ni nak gi keje seperti biasa lah mohon mood hari senen ni bahagia senyum selamanya. Dah dua hari cuti ni seronoknya tak terkira. Hari Sabtu tu follow kawan photography gi Class Saiful Nang kat Mont Kiara. Passtu balik dah lewat nak kena pulun jalan ni. Alhamdulillah sampai akhirnya biarpun tak jadi nak pecut laju sebab jalan clear. IFTAR bersama Jemma & Adee kat WADIHANA. Terima kasih Jemma atas jemputan ini. SR pun ada selain dari Anna & Family. Udah lama tak gi Wadihana ni. Biasalah lau dah jumpa puak puak ni gelak tak ingat dunia. Sian kat SR sampai ngantuk ngantuk hahhahaa. Sampai ke MOREH kami berada kat sana.


Friday 19 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA

Awal aku bangun pagi ni. Lepas sahur tadi tertidor kejap. Kul enam aku terjaga balik. Dapat lelap 5 minit pun jadilah. Bulan poser ni letih bila minum air banyak itu haku lah. Makan tak sangatnya tapi tang ayer tu rasa nak minum satu baladi kekdahnya. amboi ayat ko tak menahan! Agak agak lah khen bulan poser ni. Mau kembong perot ko sumbat ngan ayor erk.

Semalam kat Opis ada IFTAR sempena bulan Ramadhan ni. Tahun ni nampak gaya ada dua kali. Minggu ni dan minggu depan. Almaklum opis aku kan ada dak dak keje shift malam dan pagi. Harus lah beriftar dengan dia urang jugak. Tahun ni management decide tak nak catering. Kalau bulan Syawal dulu panggei A & W. Ni poser poser ni nak panggil mascot tu jugak ke. Komuti management kata tak do maskot yo. Kali ni kita undang KENNY ROGERS. Hah? Kenny Rogers? Bior betik!!

Petang semalam setelah khemah siap dipasang Kenny Rogers pun datanglah menjalankan tugasnya. Sempena bulan Ramadhan ni opis ku mula kul lapan sampai ompek setengah. Seronok lah aku sebab tak yah kijo Sabtu dah (hahaha). Bahagia sekejap.
Lori dah mai dah....
Selain dari Kenny Rogers ni ada gak katering benornya. Makanan sampingan mee kari kuih muih dan jugak untuk MOREH jugak disediakan. Kenyang alhamdulillah.


Terima kasih pada geng rewangs ni dan urang urang kuat management yang menyusun kerusi bagai ni. 


Kak sendok...klezzzzz ngko erk


Bertambah meriah dengan kehadiran MD kami  Dato' farshila Emran dalam majlis ini.


Untuk rakan rakan yang bertanya tentang kamera tu ni dilla guna SamsungGALAXYCAmera je kali ni. Memang kualiti jauh beza ngan DLSR tu tapi jadilah khen. Asal volleh je jalan....


Wah mek Jemma sedondon warna ngan boss ai erk....

Sunday 14 July 2013

HOY HOY YA HOY

Hati cam gembira je khen. Mau taknya jadual kerja ku dah berubah sempena bulan ramadhan ni. Back to normal. Lepas raya berubah balik rasa nak nanis fulak. Jadilah khen sebulan ni balik normal. Harap harap lepas raya nanti Sabtu tak yah gi kijo dah. jadual time tu tak kisah lah janji Sabtu OffDay labu.

Last week dok call sisterInlaw ku ini. Mai lah Bangi. Sangat sangat rindu kat Aca. Sisterku jawab tunggu ye. Insyallah nanti pasti ada depan mata. Simboliknya ayat tu sis. Tak nak lah tunggu tunggu nanti jadi buah x jatuh  then aku gak kecewa. Hahaha.... boleh cam tu.

Selang dua tiga hari tu memang betul muncul depan mata. Cam aku mimpi lak ni.

Hi maksu.... Aca datang sudey!

Abah aca bawak nasi ambeng, trima kasih pak.

Suka aa Aca dapat ' Pelompang' baru. Hahaha suka benor sebut pelompang dia ni. Fatihah pun ada join sekali berkubang.
Insyallah seminggu dua nanti tunggu ACA iftar kat Bangi fulak kay.

Thursday 11 July 2013

PENANTIAN

Salam RAMADHAN khas buat kalian sahabat yang di kasihi. Hari ini dah masuk hari kedua kita berpuasa. Pagi ni hujan dengan syahdunya. Rasa nak ajer sambung tidor tapi mata rasa tak leh nak lelap pulak. Nampak gaya terus nak gi kerja lah macam ni. Kalau hujan jugak nampak gayanya lagi masuk lambat erk boss. Almaklum keter makcik tak berbumbung. Alasan je tu (hehehe). Nasib lah khen cam tu lah keter tak berbumbung reason mesti kukuh punya.
Title ni teringat kat lagu Zubir Ali. Ai memang suka lagu lagu puisi. Petik spectrum lagi lah syahdunya.   Penantian ku menunggu kepulangan anak anak buah tersayang. Mulai Sabtu ni Emy balik dari Tanah Arab nu passtu disusuli si Twins pulak pada hari berikutnya. Ada lagi lepas tu ... ramainya anak buah aku khen. Tak leh nak kira ngan jari taw. Hari senen si Farah pulak. Cuma sedeh ditahun ni NAna yang berada di Jordan sinun tak dapat nak balik awal. 8 August baru boleh pulang. Cuti depa lain lain. Nampak gaya kali ke tiga tak leh nak kumpul kumpul bulan pose ni. Start bulan September sok hari tangis tangisan. Itu lah yang berlaku setiap tahun. Semuanya kena pulang ke sarang. Ajies urang yang pertama sampai sini sempena bulan Ramadhan ni. So minggu ni penantian untuk empat urang ni. Tak sabar nak tunggu dia urang sampai erk.....

Welcome home gurls.....


Tuesday 2 July 2013

KASIHNYA IBU

Tetiba rasa sentimental lak tengahari cam ni erk. Bukan apa terdengar sang cerita yang begitu mengoncang perasaan ketika ini. Bukan lah disebabkan oleh Anak RAJA yang lalu di depan mata u olls. Tak ku menahan kalau itu yang berlaku. Al maklum baru je tengok berita Wedding Di Raja ni khen. Begini ceritanya...

Pagi ni OffDay ku erk. Setelah semalam kelam kelibut kena gi Opis. Partner ku ni MC katanya. Terpaksalah ku cover miskipun aku jauh ketika itu. Tuhan permudahkan perjalanan ku semalam alhamdulillah. So pagi ni offday haruslah rehat rehat ghitu. My sister pepagi mengajak ku ke Bandar Rinching katanya nak melawat Rumah Pertubuhan ROSe yang dikendalikan oleh seorang Doktor muda yang telah menamatkan perkhidmatannya di hospital kerajaan ni. Masanya dihabiskan menjaga orang orang tua di pusat jagaan miliknya ini. Sungguh mulia hati anak muda seperti dia. My sister je yang pergi tadi. So balik dia bawaklah photo photo yang dia kongsikan cerita bersama ku. Rumah banglow dua tingkat yang agak besar. Bersama seorang pembantu dia menjaga veteran veteran ini. Ada lebih kurang 14 urang warga tua disini. 12 diantara mereka berbangsa melayu dan selebehnya berbangsa Cina (selebehnya tu dua urang je). Apa yang nak ku kongsikan cerita disini. Kasih ibu dibawa ke syurga. Seharusnya kalian menyanyangi ibu kalian. Lau di tanya pada ku ...aku jugak begitu. Kalau aruah emak ada lagi pastinya aku jugak menyanyanginya seperti urang lain. Maksud sayang yang bagaimana? Sayang saja pada ayat tak cukup untuk membuktikannya bahawa Kasih kita ada keutuhannya. Oleh itu selagi Ibu Ayah masih ada buat lah yang terbaik untuk mereka. Jangan sia siakan pengorbanan dan kasih sayang. Itu lah harta yang ada untuk kita letakkan pada mereka sesungguhnya itu penilaian kasih sayang itu khas miliknya dari anak anak yang mengasihi mereka. 

Apa cerita yang sebenarnya? Berlaku pada seorang ahli rumah penjagaan ini. Seorang makcik tua yang telah berumur. Mempunyai tiga anak tetapi makcik ini tidak dapat tinggal bersama mereka. Disinilah tempatnya dia menumpang kasih bersama penjaga dan rakan rakan veteran disini. Suatu hari... makcik teringat akan harijadi salah sorang anaknya. Maka esok paginya dia berpakaian begitu cantek sekali. Dengan HARAPAN agar anak anaknya dapat menjemputnya. Seharian menunggu namun kelibat anak anaknya masih tidak menjelma. Sehinggalah masuk hari ke dua dan ketiga makcik masih setia menunggu. Akhirnya Makcik ini kelihatan murung sekali. Dia berada dalam keadaaan kemurungan dan sakitnya didalam kemurungan. Terlantar di katil sejak itu. Akhirnya makcik ini telah meninggal dunia. Salam takziah dan alfatihah untuknya. Apabila doktor muda menghubungi anak anaknya ternyata anak anaknya berada di Cameron. Sehinggalah pengebumiannya anak anaknya lansung tidak menghantar jenazah ini ke kubur. Ibunda doktor muda ini lah yang mengiringi jenazah hingga akhirnya. Apa yang di pinta oleh anak anak aruah ini hanyalah sebuah beg milik aruah dipusat jagaan ini. Mereka inginkan cincin dan barang barang yang ada didalam itu. Masyallah.....inikah yang dinamakan anak duhai manusia. Dimana kah kasih mu sekalian terhadap ibu ini. Nauzubillah....jadikankah ini sebagai tauladan dan pengajaran serta panduan perjalanan hidup kita duhai kawan kawan ku.....

Sekadar gambar hiasan. 
Sayangilah mereka hingga hujung nyawa duhai anak anak.