Monday 14 September 2015

XI'AN TRAVELBLOG INTRO

Salam sahabat ku semua. Alhamdulillah cuti selama seminggu ke XIAN amatlah menyeronokkan. Terima kasih sekali lagi pada myLOVELYsister yang sentiasa membawa ku kemana saja diatas percutian bersama family untuk tahun ini.

Rasanya inilah PERCUTIAN paling menyeronokkan. Ku bebas untuk mengambil shots apa saja tanpa larangan. Di Muslim Quater Street paling syok sekali. Apa saja makanan yang tak pernah kita jumpa ada disana. Best oooo dep!

Cuaca disana hujan saja. Dari aku sampai (isnin sampailah khamis tak berenti hujan setiap hari. Hari Jumaat hari yang paling terang benderang. Tuhan makbulkan doaku untuk aku menikmati suasana ini dengan tenang. Melihat masyarakat Muslim di XIAN serta budayanya. Boleh ku katakan mereka mudah mesra. 


Siapa yang suka Mee Soba, inilah tempatnya yang HALAL.

Sambal Xian. Ni aku yang bagi nama. Dia orang makan sambal taw jangan terkejut. Pedas wooo sambal dia orang. Kuat makan cili rupanya orang cina kat sana.

Suasana sangat happening kat sini.Kalau tengok lori sampah dia orang cute je. Kat Malaysia sebatu dah bau. Kat sini lori sampah depa tak lah wangi tapi lansung tak berbau.

Ini adalah aktiviti yang terkenal di Muslim Quarter. Boleh ku katakan ini lah caranya nak buat KUIH BEHPANG.

Satay Kambeng. Besor giller kayu pencucuk tu.