Monday, 28 May 2012

MONDAY OWH MONDAY

MY workstation...
Pagi ni nak jumpa dr Hasni SYIFA. Dari minggu lepas bawah mata aku ni macam ada yang tak selesa. Kuitkuit makin sakit. Mula lah rasa tak selesa sudahnya. Mudahmudahan tak jadi apa apa hendaknya. Masa yang pantas berlalu pantas jugak untuk mengira waktu. Pagi ni opismate ku Farizan terpaksa mengcover kerja ku kat depan buat seketika. Thanks Zan...nanti aku tapaw sarap pagi ni. Perot tetiba memulas mulas pulak. Apa yang dimakan semalam agaknya. Rasa makan macam biasa, aduiii mak. Bermacam rasa pagi ni. Jam baru pukul 7.47 pagi sempat nak update blog seketika. Sementara nak tunggu pukul sembilan ni. My Sweetheart dah tak sabar-sabar nak bawak ku ke Syifa pagi ni.....VROOMMM!!!!!

Sunday, 27 May 2012

OUR LUNCH

Sempena Hari Belia 2012 pepagi ku gaggahkan diri nak gi jugak garagara lelayang gergasi yang diwarwarkan sebelum ini. Bila sampai ke presint 4 layanglayang pun aku tak nampak. Ke aku silap timing agaknya. Puas naik tram free pusing keliling. Jenuh jugak lah tongkat dagu mencaricari apa yang dicari. Tapi memang sungguh tak nampak. Lepak lah depan MAS tu sambil baca paper. Perut munyikmunyik pulak. Jomlah shidah kita pusing naik keter kut ada tempat lain mungkin. Parking keter tak jauh pun. Pusingpusing masih tak jumpa. Jomlah kita gi lunch. Dah kul 2 ni perot pun lapar. Sampai depan masjid alhamdulillah adalak parking. Jom kita cari NANDOS.

Saturday, 26 May 2012

PANTAI MORIB

Syahdu je bila dapat tengok sunset ni. Tapi tak dapat bulat macam pecah2 ghitu.

Pertama kali menjejakkan ke Pantai MORIB. Hajat hati nak shoot sunset. Dapat jugak akhirnya. Shidah Ramli membawa dilla kesana untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang pembaharuan pantai morib.