Monday, 9 July 2012

MASUK DAPOR

Habis masak aku kuar belakang jap. Aku nampak macam ada burung dok berlegarlegar kat situh. Aku dengar suara ustad di surau Annur tengah menyanyi Hindustan.Wah ustad ni pandai pulak menyanyi. Lama tu adalah 2 minit. Macam ShahRukhan lah pulak. Tu nampak burung terkukur! Aruah bapak aku dulu memang kaki burung. Suka jerat burung ni. Teringat aku kat aruah bapak...

Aku ni tak lah rajin  mana tapi kalau dah rajin macam macam adanya (huhuhu). Dulu masa duk umah ngan housemate aku harihari aku buat cake. Tak suka makan pun tapi semua aku bawak gi Opis. Cuma nak rasa feel buat sesuatu tu. Ni dah duduk umah akak aku, jarang2 aku nak buat xtvt semua tu. Tapi aku suka buat karipap. Kalau angpa makan mesti rasa debombP!! Nanti aku buat thread khas karipap erk. Sure korangs tak nak makan karipap luar selain karipap dilabangi, huahahha! Syok sendiri pulak.Orga, ang tanya shidah Ramli karipap bangi tu. Sure ang ngan wifey ang meruntun nak lagi (heheheh).

Bajet nak masak ikan masak kicap. Dah lama tak rasa lauk kicap ni. Masa aruah mak aku ada dulu selalu sangat masak kicap. Air tangan mak aku memang lah sedap. Mak korang pun mesti sama kan. Urang tua dulu dulu kalau memasak harus boleh dibagi award. Likatnya tu boleh terjuih lidah. Sedap mbangget. Ni hari ahad punya citer ler. Ikan dah ku bersihkan. Bahan-bahan dah ku siapkan. Tapi last minute tukar plan pulak. Teringin nak makan tomyum. Boleh ghitew? 
Main campak campak je. Nasi dah tenggek. Akak aku & Co waktu hari ghini mesti makan luar tak pun ada majlis kenduri mesti dah kenyang. So nampak gaya aku makan sorang le. 

Saturday, 7 July 2012

AKU TIDAK SENDIRI

Pandang belakang view yang sama. Apa lah aku nak buat ni (sambil belekbelek lens & nikon yang dah tersangkut kat leher aku ni). Tetiba...boleh buat modal cerita ni.

Petang ni macam tak ada xtvt luaran. Almaklum sahabat ku SHIDAH ramli berada di USS ketika ini. Wah lepas ORGA pergi giliran shidah pulak erk. Aku? Nanti akan menyusul kemudian. Pastinya nak gi LEGOLAND dulu. Doakan moga impian ku makbul amin....

Friday, 6 July 2012

FAREWELL IZAN

Part ni aku rasa hiba sangat. Sebab aku nangis dia pun nangis......
Syok kalau yang kaki steamboat cam ni. Bawak dilla rugi lah sebabnya makan sikit dah kenyang. Puak-puak ni best....memang tak rugi punya. Meja ni lah paling lama duduk melepap kat sini. Orang yang dirai pun happy sokmo. memang syok giller duk mengadap ni. Sampai kering kuah tomyum tu.

Bersemangat semuanya. Berasap-asap macam kat pondok bumbung korea lak erk dan yang berbaju biru ni memang hantu steamboat (hahahha). Tak pandang kiri kanan pun....

Last Day Izan di PMB sebagai practical student GEMS kami raikan di Steamboat Antarabangsa Bangi. Dalam tempoh 6 bulan tu terasa lah kejapnya. Pejam celik celik pejam dah masa berakhir. Banyak suka duka yang dikongsi bersama. Gelak sembang bagai hahahha antara kita je lah yang tahu erk Izan. Terima kasih pada Izan yang sempat menggantikan tempat dilla semasa cuti panjang hari tu. Tq bebanyak...sebab tempat duduk dilla ni susahnya nak bercuti. Kena ada urang ganti kekdahnya ghitu.