Friday, 13 July 2012

KARNIVAL FLORIA

WAktu aku gi Floria hari tu last kopek jalan terakhir mestilah nak kena jamu jamu mata yang kepenatan ni khen. Boleh hilang penat kalau tengok semua ni. ALmaklumlah orang pompuan kan Orga, dep! Cam ni lah gayanya...tul tak shidah, As? Hahahaa

Menurut kak Rozi pemilik salah satu gerai ni tiaptiap pada hujung bulan ada karnival jualan SENI dihadapan masjid Putrajaya tu. Kalau nampak ada canopy biru tu sah lah tu jualan karniwal hujung bulan. Menarik jugak barangbarang kat sini.

Thursday, 12 July 2012

KOKYO (ISTANA MAHARAJA JEPUN)

Waktu ni macam sedeh je sebab dah sampai hari nak balik dan bakal meninggalkan Bumi japang. Entah bila lah nak dapat datang lagi erk....


Kokyo merupakan Istana, iaitu kediaman rasmi Maharaja Jepun. Selepas era pemulihan Maharaja Jepun pada tahun 1868 dan perletakan jawatan Tokugawa Yoshinobu, iaitu shogun (perwira) Tokugawa terakhir, istana Maharaja telah berpindah dari Kyoto ke Tokyo dan bekas kubu kuat Tokugawa Edo telah menjadi kediaman rasmi Maharaja.
** Credit to wikimapia.

Monday, 9 July 2012

HARAJUKU

Ku tinggalkan HARAJUKU dengan kenangan foto. Moga ianya memberikan pengalaman yang pasti dapat dikongsi dengan rakan rakan blogger disini. 

Sebelum nak sampai Harajuku ni bas tours ni betulbetul berhenti kat depan Yoyogi park ni. Berjalan sikit lah lalu kat Harajuku station tu. Wah tetiba nampak lah LAMBORGINI u.....orang japan ni kayes kayes betul lah.

Inilah pintu gerbang HARAJUKU. Kat depan tu terletaknya Harajuku station. 

Kesimpulannya HARAJUKU ni kalau mereka yang gemarkan fesyen memanglah amat sesuai. Dari segi harga tak lah mahal mana masih ada yang mampu nak membelinya. Sayang waktu ni aku memang sakit perot jadi tak dapek nak tumpukan sepenuhnya. Terpaksa singgah di MC D yang berdekatan. Toilet yang superb! Tengok crips atas tu teringat aku entry ORGA bila wifey orga dapat makan crips tu, lazat kut (hehehe)

Harajuku juga sebuah daerah membeli-belah besar yang termasuk jenama antarabangsa, jenama sendiri, dan kedai-kedai yang menjual pakaian orang muda mampu. Kalau kita tengok banyak fesyen yang menarik yang terdapat disini. Vogue sungguh depa ni. Gothic lolita, decora dan banyak fesyen lagi lah. Ini lah yang aku nak cerita tentangt Harajuku. Ada lagi entry Japang yang aku tak publish lagi kat sini rupanya.