Thursday, 2 August 2012

SELESA

Kita dah nak masuk minggu ke 3 Ramadhan. Cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak menghampiri insyallah jika di panjangkan umur. Dapat bersua mudahmudahannya. Dapat berpuasa bersama keluarga pun adalah anugerah yang terasa nikmatnya. Cerita pasal puasa ni kan bila nak IFTAR rasa lebih selesa berbuka puasa dirumah saja. Tidak perlu terkocoh kocoh. Dah dua kali aku buka puasa kat luar tu rasa nikmatnya macam tak sama berbuka puasa kat rumah. Kat rumah lagi best aaa. Masuk dapur jam enam. aku tulun aaa apa yang patut. Chef dapor kakak aku memang laju masak. Ku tulun aaa mana yang perlu. Semalam singgah PARAM seksyen 16. Tu lah kerje aku balik opis terus intai PARAM. Oh hari ni Pasar Tani. Tahu nak beli apa untuk anak anak buah yang kat rumah tu. Semua ada pebret masing masing. Harus beli mana yang aku ingat ja (hehehe).


Ni lah pebret aku nak tau tak. Aruah mak aku pakar masak ni, pergh!!


Rajin kan anak buah aku yg twins ni buat cornflakes. Tapi subuh tadi tinggal balang.....


Ayaq sejuk wajib ada. Pembasah tekak. Makan tak sangat tapi sebut tentang ayaq ni....tak tahan.


Monday, 30 July 2012

PURI PUJANGGA

Kali ni Iftar di Puri Pujangga bersama Shidah Ramli. Booking seawal hari jumaat lepas. Harga Buffet ramadhan ni Rm45 nett. Boleh check kat sini. Memandangkan hari Sabtu dah penuh maka dapat pada hari Ahadnya. Pukul 6.30 ptg Shidah dah sampai pintu pagar. Maka kami pun teruslah pergi kesana. Sampainya urang tak pun ramai.

Aku sampai je kat sini urang x berapa ramai lagi. Aku ajak shidah jom lah kita shoot food yang ada kat situh tuh. Si Shidah ni macam malu malu lak. Aku pun malu jugek tapi aku gigih bangun ajak Shidah sebelum urang ramai ni. Gigih kita urang shoot sana sini (hehehe). Makanan sedap sedap almaklum Puasa. Mata pantang tengok kekdahnya.

Harga yang memuaskan. Macam macam menu ada kat sini. Larat tak larat je hah. Selalu aku cari ayer je. Bergelas gelas aku minum semalam. Nak tersadai dibuatnya. kena pulak ayer teh bUnga makanya bermunga munga tekak ni, fresh sih!  Suasana kat sini semalam banyak suara budak2 erk. Apa taknya sebelah meja aku tu dekat ngan round table ada sepuluh kanak2 ria. Ada yang baru 1st time berpuasa, lentuk je ku tengok. Si adik lak tunjuk tunjuk makanan, mahu tak harunya urang tu (hehehe) lawak sungguh karenah depa ni.
Ice cream ni punya lah koreh. Ku ceduk ceduh kereh jugek. Ada adik tu dok ceduk2 terpelanting tray tu kebawah nu. tapi aksesori kalor sangat menarik. Nak ambik gambor jer benornyer.

Sunday, 29 July 2012

4 MONTH OLD BEAUTY

Salam ceria hari Ahad. dah berapa tak dapat nak kemas blog ni. Ideya tetiba hilang. Tengah fikirin nak buat entry apa kali ni. Alhamdulillah pagi ni ideya tetiba datang. Semalam dapat IFTAR ngan babiesQiena. Shummel tak saya? Kejap je dah nak masuk 4 bulan lebeh. Baik je dia diam bila mummy & papa berbuka puasa semalam. Habis dia cekau nasi kat tangan dia tu. Tangan dah jalanjalan erk. Ini adalah anak kepada anak buah dilla (anak buah ACA). Aku dah jadi nenek taw. Tua dah kan (hikhikhik).
Aku ni tak pandai nak mengarang ayat cerita. Dari gambar menceritakan segalanya (hehehe). Aku ikut ayat photography.
Hi saya maksu Aca! Op!!! Dia tak nak qiena panggil dia maksu. tapi panggil lah kakak....OOOO!! Mana datang pangkat tu Aca.
Tq Aca untuk Donut ni. Iftar yang berbagai bagai menu semalam. Tambah meriah dengan adanya si shummel2 ni......