Thursday, 16 August 2012

BONUS

Salam semua. Hari ni mood raya giller kat opis. Sunyi lengang ada diantaranya dah ambil cuti awal. Fb berupdate ada yang tengah tunggu bas, kapal terbang, boat je yang tak dek. Hari ni jugak merupakan hari terakhir aku bekerja sempena Ramadhan ni. Esok company shutdown. Hari ni staff PMB tersenyum riang. Apa taknya DFE telah bagi bonus duit raya pada kesemua staff PMB. Kalau gomen dapat kami yang sektor Private pun dapat jugak, yehaaaaa nak lompat lompat ni. Tq dato' we love u so much! Ada yang tanya berapa banyak tu? Hehehe sebulan gaji beb!! Alhamdulillah rezeki syawal khen. Aku kena budget tak leh nak bawak kluar semua. Gaji baru dapat dua hari lepas...so kena jimat2 ni/ Raya ke 3 nanti aku nak terbang kejap. Nak guna duit lagi nak shopink2. So kena duduk diam diam dalam Affin dulu erk. Tiba masa nanti kita kasi kluaq na.
Semalam aku IFTAR di redwork. Di taja oleh Dr Alan. Thanks Dr Alan & Happy annibeserry. Moga kehidupan mu diberkati. As usual Redwork punya lah ramai. Nasib baik kami tempah table awal so makanan semua dah terhidang semuanya. Balik tu aku singgah MC D sebab macam lapar je. Makan kat Redwork tu tak enjoy sebab kesesakkan ngan umat kat situh. Kat MC D pun ramai urang jugak. Pasrah je lah.
Dapat gaji semalam aku dah settle hutang semua (hehehe) lepas ni tunggulah 42 hari...mahu mati KIOK ler. Sebulan lebeh nak tunggu gaji ni almaklum gaji semua dah sebat be4 raya erk. Ingat tu kena jimat cermat. Kena tulih ler nak beli apa. Tapi aku tak leh lah ikut formula cam tu. Mati serabut pala otak lau semua nak tulis. Alhamdulillah ada je rezeki bila hari hari nak kering tu. Baju raya Aca dah pun maksu beli erk ACA. Walaupun tahun ni lambat alhamdulillah settled sudah bab Aca. dapat lah 4 pasang yang sangat shummelshummel. Tak sabar aku nak tengok Aca menggayakan nya disamping aksesori cekak rambut yang sangat cute tu (huhuuu).
Pagi ni aku datang opis dalam keadaan Hujan. rempit aa apa lagi. Sebab petang ni nak singgah PARAM. Aku mana le pisah ngan PARAM khen. Ada benda aku nak cari petang ni. Hujan hujan pun aku redah je taw. Nasib baju aku tak basah. Punya lah tebal baju hujan aku pakai pagi ni macam nak gi menoreh je. Sampai opis hujan tak redareda gak lagi. Hujan rahmat tu. Masuk opis je meriah ngan lampu liplip lap ni. Lagi lah feel nak raya tu makin dekat beb. Di tambah ngan kuih raya. Korangs mesti banyak koleksi kuih raya kan macam ORGA tu hahahhaa. Orga & Wifey rajin buat sendirik. Aku ni malas sebab takut kuih raya tak jadi. Shidah Ramli lagi aaa cuti awal balik kampong dah berbakol bakol kuih raya SR.
Wah tetiba aku dapat ni. Tq DSS our technical Director PMB. Daten tak pernah lupa untuk front desk kan. Jangan jealous u all (hahaha). Ada yang tanya apa dalam tu. Nampak menarik tak? Dalam tu ada serunding. So bekas tu leh simpan kuih raya.
' Wa akh'iran wa laisa a'khiran' last but not least! Yehaa dapat duit raya. Tq Uncle & Mr R.

Dan pada semua rakan rakan blogger dilla menganbil kesempatan ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya ada terlanjur bicara kata penulisan disini. Mohon dimaafi dan UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHER DAN BATEN.

Monday, 13 August 2012

PERSIAPAN


Tinggal empat hari lagi kita nak sambut Syawal. Mungkin ada diantara kita dah buat banyak persiapan. Aku satu benda pun tak buat lagi. Baju pun tak beli lagi apatah lagi bendabenda yang lain. Baju Aca pun tak beli lagi. Selalunya persiapan Aca dulu aku siapkan. Minggu ni baru nak beli baju Aca hajat di hati. Sorry erk Aca maksu lambat kali ni. Jumaat ni company shutdown. Semua staff diminta mohon cuti. Aku rasa masa yang sesuai benor. Nak ajak lah twins merayap kejap jumaat ni. Nak gi Alamanda tu macam tak dek pe ajer. Nak gi jauh sikit lah.


Friday, 10 August 2012

JUMAAT TIBA

Dah masuk hari jumaat hari ni erk. Kejap benor rasanya. Jumaat depan dah hari terakhir insyaallah kalau dipanjangkan umur kita akan mengkahiri bulan Ramadhan. Mesti ada yang tak sabor nak balik kampong erk. Banyak ke kuih raye deme buat nih? Dilla main beli jer le. Nak buat macam tak larat. Semalam tengok kat PARAM pun ada ramei yang juei kuih raya. Sedap tak sedap tak tahu ler. Harge boleh tahan jugek maheinyer. Nak murah buat ler sendiri (hehehe) kaN kena sebijik.

Semalam pergi PARAM tetiba nampak ler ikan sepat masak lemak kuning neneh tu. Apa lagi teman pun beli ler. Masa IFTAr tu rasa hati berbunga sbb udah lama benor tak makan ikan sepat ni. Tapi tu lah.....dah rasa rupanya IKAN SEPAT MASIN!!!! Tak tahu beza antara sepat idup dan masin ni. Sebab dah rambang mata kan tak terpikior pun. 
Suke benor ngan daging dengdeng ni. Org jawe yang masak ni. Org jawe banting. Makan ngan nasi panaspanas...leh terbakor lidah yong.
Owh hari ni teman nak boke poce kat luor erk. Idok ler nak singgah PARAM lagi arinih. Sian kakak teman masak sendirik. Hari ni nak buka poce kat PURI lagi. Acik Shida jangan lupa janji kita petang ni.