Saturday, 25 August 2012

HOME SWEET HOME


Alhamdulillah jam 7.30 petang semalam kami semua selamat sampai ke Negaraku tercinta. Selama 4 hari merindui roti canai tehtarek insyallah pagi ni boleh lagi menikmatinya. Harap harap kedai di sekitar di bangi tidak menghampakan. Disepanjang 4 hari berada di Vietnam banyak pengalaman yang saya perolehi. Melihat kepada negara selepas peperangan Vietnam selepas tahun 1975 begitu lah keadaan kehidupan orangorang Vietnam kini masih dalam keadaan yang amat susah. Nantikan entry akan datang ' de tour Vietnam 2012' .Terima kasih pada My lovely sister & BIL yang menyeponser diri saya untuk sampai ke sini. Akan datang jangan lupa bawak saya lagi na (hehehe).

Monday, 20 August 2012

SYAWAL TIBA

Oklah sampai disini dulu. Aku baru habis packing baju. Kali ni beg tak lah seberat hari tu semuanya nak aku hangkut. Kali ni bawak yang mana patut je ler. Kamera pun aku bawak D40 jek malas nak jinjing beratberat. Sakit bahu. Sok jam enam aku dah kena gerak. Ni pun mata tak nak lelaplelap lah pulak. Nanti aku sambung balik lepas Vacation ni . Kita jumpa lagi...bye bye.

Rumah hari pertama Syawal. Ni rumah adik aruah bapak. Tahun ni aku datang awal erk Mak tonah. Selalunya jadi last rumah sebelum balik Bangi. Mak Tonah ni pandai buat apam. Sungguh gebus. Trademark menu kat rumah ni PECAL. Cedep....ler

Alhamdulillah kali ni jem kat TG KARANG tak seperti tahun lalu. Mahu nanes sepanjang jalan nak sampai satu tempat tu. Kali ni jem manja. Jalan kejap berhenti yang x berapa lama. Lau tak tu meraban sudey....terima kasih pada pak Polisi yang mengawal lalu lintas kat Tanjung ni.

Sempat jumpa' dobot' yang shummel ni. Pipi yang laboh tu buat org geram ja na. Habis sessi photophoto harus gerak cepat ni. Nak habiskan 6 buah rumah adik beradik aruah bapak ngan mak ni. selalu sempat jek sampai malam terus balik Bangi. 3 Syawal aku nak bercuti dah ni.....bye bye Malaysia.

Rumah pertama yang dituju mestilah rumah kekanda ku. Rumah abah Aca.....

1 Syawal selepas sembahyang Hari Raya aku pun gerak untuk balik ke kampung yang ku rindui selalu tu. Teringat pulak pada aruah mak & ayahanda ku. Kalau dulu time raya ghini meriah rumah bapak aku ngan cucucucunya. Selepas aruah ayah tak dek rumah pulak terbakar maka tapak rumah kampong ku dah jadi tanaman kelapa sawit. Kalau nak bina rumah pun siapa lah yang nak duduk. Sebabnya semua masingmasing dah ada rumah sendiri. Tapi time raya ghini macam ada jugak gunanya kan.

Hari ini dah masuk 2 syawal. Kejap masa berlalu. Di kesempatan ini dilla ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada sahabat blogger semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan terkasar bahasa yang tanpa dilla sedari mungkin. Seronok jugak raya kali ini. Seperti biasa pagi raya baru balik kampong. Almaklum tiada siapa di kampong kini. Setelah habis seharian pusing round jengah mak sedara pak sedara malam tadi dah sampai Bangi. Alhamdulillah kali ni habis pusing.

Thursday, 16 August 2012

BONUS

Salam semua. Hari ni mood raya giller kat opis. Sunyi lengang ada diantaranya dah ambil cuti awal. Fb berupdate ada yang tengah tunggu bas, kapal terbang, boat je yang tak dek. Hari ni jugak merupakan hari terakhir aku bekerja sempena Ramadhan ni. Esok company shutdown. Hari ni staff PMB tersenyum riang. Apa taknya DFE telah bagi bonus duit raya pada kesemua staff PMB. Kalau gomen dapat kami yang sektor Private pun dapat jugak, yehaaaaa nak lompat lompat ni. Tq dato' we love u so much! Ada yang tanya berapa banyak tu? Hehehe sebulan gaji beb!! Alhamdulillah rezeki syawal khen. Aku kena budget tak leh nak bawak kluar semua. Gaji baru dapat dua hari lepas...so kena jimat2 ni/ Raya ke 3 nanti aku nak terbang kejap. Nak guna duit lagi nak shopink2. So kena duduk diam diam dalam Affin dulu erk. Tiba masa nanti kita kasi kluaq na.
Semalam aku IFTAR di redwork. Di taja oleh Dr Alan. Thanks Dr Alan & Happy annibeserry. Moga kehidupan mu diberkati. As usual Redwork punya lah ramai. Nasib baik kami tempah table awal so makanan semua dah terhidang semuanya. Balik tu aku singgah MC D sebab macam lapar je. Makan kat Redwork tu tak enjoy sebab kesesakkan ngan umat kat situh. Kat MC D pun ramai urang jugak. Pasrah je lah.
Dapat gaji semalam aku dah settle hutang semua (hehehe) lepas ni tunggulah 42 hari...mahu mati KIOK ler. Sebulan lebeh nak tunggu gaji ni almaklum gaji semua dah sebat be4 raya erk. Ingat tu kena jimat cermat. Kena tulih ler nak beli apa. Tapi aku tak leh lah ikut formula cam tu. Mati serabut pala otak lau semua nak tulis. Alhamdulillah ada je rezeki bila hari hari nak kering tu. Baju raya Aca dah pun maksu beli erk ACA. Walaupun tahun ni lambat alhamdulillah settled sudah bab Aca. dapat lah 4 pasang yang sangat shummelshummel. Tak sabar aku nak tengok Aca menggayakan nya disamping aksesori cekak rambut yang sangat cute tu (huhuuu).
Pagi ni aku datang opis dalam keadaan Hujan. rempit aa apa lagi. Sebab petang ni nak singgah PARAM. Aku mana le pisah ngan PARAM khen. Ada benda aku nak cari petang ni. Hujan hujan pun aku redah je taw. Nasib baju aku tak basah. Punya lah tebal baju hujan aku pakai pagi ni macam nak gi menoreh je. Sampai opis hujan tak redareda gak lagi. Hujan rahmat tu. Masuk opis je meriah ngan lampu liplip lap ni. Lagi lah feel nak raya tu makin dekat beb. Di tambah ngan kuih raya. Korangs mesti banyak koleksi kuih raya kan macam ORGA tu hahahhaa. Orga & Wifey rajin buat sendirik. Aku ni malas sebab takut kuih raya tak jadi. Shidah Ramli lagi aaa cuti awal balik kampong dah berbakol bakol kuih raya SR.
Wah tetiba aku dapat ni. Tq DSS our technical Director PMB. Daten tak pernah lupa untuk front desk kan. Jangan jealous u all (hahaha). Ada yang tanya apa dalam tu. Nampak menarik tak? Dalam tu ada serunding. So bekas tu leh simpan kuih raya.
' Wa akh'iran wa laisa a'khiran' last but not least! Yehaa dapat duit raya. Tq Uncle & Mr R.

Dan pada semua rakan rakan blogger dilla menganbil kesempatan ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya ada terlanjur bicara kata penulisan disini. Mohon dimaafi dan UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHER DAN BATEN.