Saturday, 1 September 2012

DARI MATA TURUN KE HATI

Selamat Pengantin Baru Angah Faizah & Mel....

KazenKazen yang memeriahkan suasana dewan. Riuh....., Mak Pak serta keluarga pengantin berbaju serba merah.
Wow ada Guest Book erk. Jangan lupa tuliskan sesuatu untuk pengantin di Raja Sehari ni. Maksu nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Angah Faizah & Azmel. Moga diberkati kehidupan kalian berdua amin.

Pagi ni bangun awai erk. Ada jemputan wedding di Klang. Ini anak buah abang Ipar dilla. Kami agak rapat gak ngan bebudak ni. Aku kan duk ngan kakak aku so dia urang ni selalu datang Bangi. Mesti jumpa selalu kan. Aku gi ngan bebudak twins ni. Guna GPS tapi jauhnya entah kemana perginya. Masuk Kampung Jawa lalu KIK lah entah mana lah sampai ke tengahari baru sampai. Kakak aku punya lah lama menunggu, sian. Perginya sama dari Bangi tapi aku ngan bebudak ni dah jauh ke belakang. Ingat tahu jalan rupanya semua tak tahu. Aku lagi lah...hehehe. Tapi sampai gak kat dewan sebelum pengantin sampai erk.
Apa Jawapannya? Dari mata turun ke hati. Ada tanya apa jadi kalau turun ke hati? Takkan stop takat ghitu saje? Mananya....cuba fikirkan. Apa kah keadaan itu akan berterusan? Pastinya ada yang tersingkap satu perasaan dalam hati. Betul tak? Hehehehe jangan lah pening. Hari ini entry dilla tentang hati dan perasaan. Kalau dapat bersatu....alhamdulillah. Hati bertemu hati pasti memberikan sesuatu yang rasa dalam diri kan.

Friday, 31 August 2012

CUCI MATA

Okay sampai disini Kisah Ben Thanh. Esok kita masuk bab tentang Cu Chi Tunnel pulak kay.


Tengok lah baju baju buatan Vietnam ni. Penuh manik manik penuh labuci. Selai baru Rm55 hinggit dek non.

Kat Ben Thanh ni bukan setakat kain baju bajan saje. Malahan segala benda macam lukisan, sulaman dan macam2 lagi pun ada. Tu aku kata tadi lau masuk Ben Thanh silap2 yang rabun tu elok terus penglihatannya. Ikut skill kan tawar dengan harga separuh. Passtu lau tak dapat naik sikitsikit. Aku dah dapat praktikkan pada hari yang kedua setelah hari pertama mood aku agak merundum sebab dah terbeli tshirt yang mahal tu. Rasa sayang enor duit yang dah terbang tu.
Kalau nak cari beg yang cun2 aku rasa SAIGON SQUARE tempatnya. Nanti entry akan datang aku akan citer tentang SQ ni kay.



Hari ini hari Jumaat. Tak gi mana pun. Ada open house kat bangi lama tapi x dapek nak poyi. Kena ceretberet lah seharian. Mungkin ada benda yang aku makan semalam sampai tak ingat apa dia. Subuh tadi mak aih sakitnya lah haih. Tak tidur sampai ke subuh dibuatnya.
Okay lah sebelum aku nak teruskan tentang Cu Chi Tunnel tu apa kata kita cuci mata kat Ben Thanh dulu. Ada a few photo dari camera twins yang x publish lagi ni.
Minah Salleh pun rajin masuk Ben Thanh. Tapi rata rata yang aku tengok pembawa beg tegar dikalangan orang2 Malaysia. Ada sorang minah salleh tu aku tengok pandai tawar menawar. Agakagak tak nak di tinggalnya salesgurl kedai tu dan seperti sediakala salesgurl tu akan panggil balik. Maklum customer kena gak jaga kan. So minah salleh tu gi lah semula kat kedai tu dan dapat harga apa yang dia nak. Pandai dia.....

Thursday, 30 August 2012

NIGHT MARKET BAN THANH

Dah penat berjalan barang pun banyak gak dapat mata pun mula lah bagi signal. Jom aa balik hotel penat ni...tapi di Might market ben thanh still dengan keriuhan dengan pengunjung yang setia disini. Motor yang lalu lalang kat sini jugak punyalah banyak wei. Dengan bunyi hon lagi memecah kesunyian gegendang telinga aku dikala mata dah rasa ngantuk ngantuk ni.


Harganya lebih kurang Rupiah enam belas ringgit. Tawar menawar dapatlah lima belas ringgit je...tapi banyak pilihan.

Untuk panduan kalau nak beli thirt kat atas tu leh dapat 10 hinggit di Night market ban thanh ni. Kualiti kain soso. Kalau nak lebeh baik lagi dalam lima belas hinggit ja. Kat depan restoran Melayu tu my BIL dapat grab 9 pasang jatuh enam hinggit sehelai.

Ada brani lu mau makan sini? hehehhee.....


Inilah lah suasana malam di pekan Ban Thanh. Serupa berada di Chow Kit road kekdahnya. Orang melayu & orang Vietnam. Syurga dunia untuk shopink2 kat sini gamaknya erk. Untuk 1st day ni kami urang masih bertenaga. Sebelum balik hotel aku round2 dulu. Tambah koleksi gift untuk kengkawan. Teropong dulu ada lagi tak saki baki duit dong aku ni. Habis karang nanis esok ada agenda lagi nak gi tengok Terowong Cu chi. Tu lat nak naik sampan kat Delta Mekong. Wah dua hari lagi ni...duit macam dah surut ja. Kat sini peniaga suka tariktarik tangan. Kakak mari lah tengok marilah beli kain ni. Pandai sungguh berbahasa Melayu. Ini adalah dialog business erk.