Sunday, 16 September 2012

BAYU MARINA RESORT

Tadaaaaaaaaaaaaa! Best kan? Nampak luas kan. Leh masuk dua family pun tak apa.

Hello selamat pagi. Aku bangun awai hari ni. Nak tidor lebihlebih mata ni automatik memang tak nak lelap. Lar ni aku berada di Bayu Marina Resort Johor. Apartment hotel ni baru still dalam promosi. Ianya bertaraf lima bintang dan terletak di tengah tengah bandar JB dan dekat ajer dengan Selat Tebrau ni. Bila berada disini aku teringat lak kat 'Nan Huser'.Aku dapat tingkat 10. Best sangat dan sangat selesa. Memandangkan ni family outing kenalah booked 2 apartment. Rm260 per night. Ada 2 bilik double bed dan sangat sangat lah selesa.

Saturday, 15 September 2012

FAMILY OUTING

Salam pagi salam ceria. Moga rakan rakan blogger yang ku kasihi ini sehat sentiasa senyum selalu. Hari ini hari Sabtu erk. Kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik benornya ku tak sabor nak nunggu hari dalam minggu ni. Bukan apa kan hari Isnin ni cuti. Semua rakyat Malaysia akan menikmati cuti ni. So jadilah cuti kita tiga hari kan, syoknya. Mesti banyak xtvt yang dah bersarang kat kepala kita ni khen. Syawal pun dah nak habis ni. Mesti jugak minggu ni pulun open house hari raya. Kwn blogger aku si shidah tu dah panjat gunung KK pagi ni. Memang hebat giller akak tu. Aku nak panjat tangga pun mengah terus semput camano nak naik gunung Ya ampun. Tapi kejap lagi ni aku nak tinggalkan Negeri Selangor ni. Hehehe nak kemana erk. Nanti tunggu gamborgambor lanscape yang aku bawak dari sinun. Tunggu tau, kul 12 tghari karang baru nak gerak. Ramai yang gi ni ada 11 orang. My lovely sister mesti ada la. Mula mula tak dapat pergi tapi bila dia tengok semua anakanak dok pakat sonok packing memacking dia pun nak join sama. Selalunya sorang ada yang sorang tu tak ada. Tapi kali ni sepasang je yang tak ada tapi yang lain semua ada. Tu yang best tu....okey tata titi tutu. Jumpa hari senen ni erk. Insyallah kalau larat nak upload sikit view kat sana nanti tunggu malam ni. Apartment yang kita urang sewa ni ada wifi. Boleh lah khen....okay bubbye semua. Miss u..............

Wednesday, 12 September 2012

HILANG SUDAH

Awatlah blog aku jadi ghini erk? Habis semua gambar2 yang aku paste kok ilang ghini? Dalam photobucket elok jek ada hah. Jenuh ler aku nak kemas satu satu dik non....sian aku kan. Ada 5 entry lagi yang ruper berwajah cam ni. pejam lah mata sebelah. Sok lusa lah edit balik erk.
Blog korangs pernah ke jadi cam ni?