Saturday, 5 January 2013

UMAI CAFE

Morning breakfast ingat nak hi KOPITIAM. Setengah jalan berubah pikiran lak. Kata kat SR moh ler kita gi breakfast kat UMAI D'LAke. Agak agak dah open ke pagi ni. SR kata ok je oklah cam ghitu. Bukan apa tetiba teringat cengkodok pisang tu. Terasa terasa bagai di depan mata. Sampai Putrajaya Lake kul 8.30. Nampak crew tengah bersihkan cafe kat atas tu. Aku tanya kul baper nak open ni nampak kat pintu CLOSED je tu hah. Dia kata kul 9.00 kak. Ok lah tu ada lagi setengah jam. Snap situ sana depan belakang guna TAB je hah. Maklum gadget semua kat workshop. Time ni rasa rindu pulak. Kul sembilan suku jugak dia open pun apa lagi terjah masuk. As usual SR kata pepagi mmg ramai. Abang abang naik sikal semua ngeteh sini. Rugi lah Jemma tak ada pagi ni. Tapi sempat calling Jemma yang nak merasa cengkodok pisang Umai. Depa sampai lambat sikit aku ngan SR dah dua kali order tu hehehee Kuat makan tol kan. 
Best aa makan kat Umai ni. Harga murah giller compare kat bangi. Memang sangat puas hati. leh datang lagi lau ghini kan.
Cengkodok pisang aku sangat ni. Harga Rm2.50 aje. Ada yang tanya kat mana Umai ni. Terletak di BANGUNAN ANJUNG MONUMEN ALAF BARU PRESINT 2 PUTARAJAYA. Orang memang lah ramai. Kusi duduk silih berganti. Pagi tadi jam 9 pun orang dah mula ramai. Kena sabor menanti lah erk lau nak makan sini.
Nasi lemak ayam herba + telor Rm7 hinggit
Pamos kuih udang Umai. Ni RM3 hinggit. Ada dua kuah sos & kuah kacang.

Thursday, 3 January 2013

LIFE IS FULL OF BEAUTY

aWALNYA ceq sampai opis pagi ni. Tumfang my sister yang nak gi jogging tu. Pepagi jalan tak jemm lagi. Lau kul 7.30 am alamat beratuq keta sampai simpang surau Annur tu. Pagi ni sampai opis awal rasa seronok pulak. Cool je....relax. Harap harap biarlah sampai ke petang erk.
Opis ku pepagi ni tenang je. Hanya bunyian telefon berderingdering manja untuk disambut dengan penuh khemah kekdahnya. Just nak sharing dengan u all semua pada 18 jan 13 ni kat MD Valley ada Malaysia Food Festival.  Pada awalnya macam dah plan nak gi je tapi alat menembak saya semua kat workshop. Rasa macam tak sempat nak guna gun tu semua. Nak guna Neo L pun ada kat workshop jugek. Adui mak camana ni. rasa rugi kalau tak gi. Gadget yang tinggal hanya TAB ni je lah kat makcik.
Tetiba ada lah photo Funfair. Teringat zaman kecikkecik dulu. Kat kg lau ada funfair macam ni mahu satu kampong datang serbu erk. Ni photo masa ondeway ke Telok Kemang. Start 26 dec tu memang aku cuti giller giller. Malas nak pikir pasal kerja ni sebabnya memang nak release betul lah kata orang tu. Nak mohon cuti pun azabnya lah. Cuti tak leh bawak maju kedepan undur apatah lagi. Memang payah giller lah. Dapat cuti memang pulun sakan. Malas nak pikir pikir. Geram pun ada. Time kita nak nak cuti cam tu lak gaya. time orang lain sonang je. So bila dapat cuti memang off betul pasal office ni. Sikit pun tak ingat....(sampai hati kan).
26 dec lalu aku ngan Jemma, Azie follow Uyie berbengkel di Corus paradise resort ni. Kata nak cuti kan. Bertolak tengahari dalam masa 45 minit dah sampai. Dah lama aku tak gi sini. Area PD ni tak banyak yang berubah. Nak tengok hotel hotel yang shuntek pun x banyak yang ada. Pemandangan so so saja.
Jemma, Uyie & Azie. Aku as usual hanya penangkap gambor (jangan mara erk kekangkawan).
Corus Paradise resort PD Best Available Rate MYR171++

Wednesday, 2 January 2013

WORK WORK WORK

Ceria pagi di hari Rabu. Walaupun  terbangun lewat pagi agak kelam kabut jugaklah. Dah tercuti sekian lama   rasa nak pi opis rasa liat ja. Terbayang jalan yang jem. Tq pada Jemma yang sudi jemput saya tumpang kereta pagi ni. Scooter ku meragam dah masuk workshop. Sehari dua ni baiklah dia. Boleh merempit seperti biasa.
Bas Mini pun menjalankan tugasnya dipagi pagi cam ni. Mana yang rindu kat Bas Mini ni leh tatap puas puas. Hanya kat Bangi je yang ada Bas Mini cam ni. Teringat kisah dua tahun lalu. Drebbar Bas Mini ni beli goreng pisang kat atas bukit tu lupa lak nak tarek handbreak, maka jatuh terjunam bas ni ke longkang. Pe yang kelakornya drebbar bas ni berlari lari mengejor bas ni yang laju turun ke bawah bukit.
Sambil tunggu warna hijau menyala ni terpandang pulak kiri kanan jalan. JUST nak sharing berapa ramai yang ambik kira pasal benda ni. Masa ni mesti mood tengah seronok nak mencacak cacak papan tanda ni tak kira kat mana lokasi sekalipun. Tujuannya tentulah nak bagi senang untuk mencari lokasi yang di tuju. Apa yang menjadi persoalan selepas habis majlis macam ni banyak papan papan tanda pengantin ni terbiar begitu saja. Tu salah menjadi kemarahan Pihak Majlis Daerah. Kena lah kutip satu satu disetiap destinasi yang ada. Tapi memang tak rajin lah kut nak buat macam tu walaupun HARUS Kena gak lakukannya erk.
Sampai pun dah kat opis den. Kat sini lah kena parking keter selalu. Ni time tak banyak keter rini semua ada yang staff gi skool ni. Lau tak susah gaban nak cari park yg kosong. Meraban masuk area kilang yang ada kat sini. Azab gak rasanya.
rINDUNYA!!! Mesti de yang kata menyut lah dilla ni. Rindu kat my workstation lah.