Thursday, 17 January 2013

ADA WAKTUNYA

Tiada XTVT di sepanjang minggu ni. Sejak Abang Nik tak dok cam ni lah gaya hidupku. Nak kemana seperti tak cukup tak rasa complete sepenuhnya. Tinggal berapa hari lagi nak menanti Abang Nik pulang. Rasa tak sabar pulak erk. Apa yang dilakukan saban hari dengan hobi yang memerlukan mood dan tenang waktu untuk melakarkan warna warna yang semestinya ada keceriaan. Aku sangat addict dengan editing. Nasib baik NEO L sentiasa menemani ku sepanjang masa. Habis semua app aku install. Adakala NEO pun terasa sesaknya untuk bernafas. Sian Neo......

Inilah kerjaku untuk hari ini. Leka dengan IG adakalanya begitu menyeronokkan. Like like dari sahabat serata dunia. Dalam IG kita boleh mencari idea. Pada yang minat dalam photography IG banyak membantu.
Flashback dari De Tour Of Japan 2012. Hanya menggunakan app Snapseed untuk mewarnai bridge Imperial Of Japan. Disinilah Istana Maharaja Akihito.



Sunday, 13 January 2013

MISS MY NIKI

Dah hampir masuk seminggu lebih My Lovely Niki masuk ke alam rawatan. Tak pernah service pun tak pernah sekalipun mandi bunga. Ada gak hikmahnya bila salah satu lens kesayangan kena penyakit funges ni. Sedang elok nak berbakti pada sahabat yang bakal mengakhiri zaman bujangnya nanti Abang NIKI dapat berbakti untuk moment yang sangat bermakna nanti buat seorang sahabat. Insyallah $$ ada rezeki untuk mengubati abang Niki. Tapi kenalah tunggu end month erk hehehe. Rindu dendam terpaksa kena tahan jugak.
Salah satu outing potrait with My LIL ACA 2012.


with her siblings.
Kenangan bakti dari sang Niki. 

Sunday, 6 January 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY ACA

Dia lah anak buah aku paling kecik diantara yang ada. Dari kecik sampai besor memang sangat rapat dengan dia ni. Dari baby sampai besor jugek dia amat senang dengan camera. lau ada model budak kecik dalam blog ni memang dia je lah yang rajin posink. Sekarang dah 5 tahun usianya. Dah pun masuk kinder garden tapi tetap maintain menangis (hehehe). Permulaan kut lama lama karang mesti dah biasa kan. 

Sempena birthday dia kali ini aku tak tahu nak beli apa. Fikir jenuh gak apa yang nak di beri. Tapi setiap kali jumpa mesti dia tanya 'dah beli mermaid lom maksu'. Fikir punya fikir custom mermaid ni mahal. Pas tu pakai pun bukan leh buat jalan jalan selalu macam x sesuai lah pulak. Kebetulan aku kuar ngan SR arituh gi kenanga di Jalan Pudu adalah kedai custom baru bukak. Aku lah 1st customer dia katanya lah. Ni mesti leh bagi diskaun lebeh ni. Cari punya cari aku berkenan pulak pada yang lain. Mermaid tu ada tapi nanti lah aku beli yang lain dulu. Lau ada karnival skool dia sok boleh aku belikan.  Pilih punya pilih aku berkenan pada baju 'snow white' ni. Nasib ada size untuk dia. terlanjur jeling mata ada lak baju 'superwoman'. Wah dah dapat dua. Moga dia suka dan sememangnya dia sangat suka. Semalam dia pi Bangi walaupun hanya sekejap tapi riaksi wajahnya sungguh ceria sambil mengayakan custom baju pilihan dia ni. 'HAPPY BELATED BIRTDAY ACA. MAKSU REALLY LOVE U SAYANG'.

Memandangkan Nikon aku tak dek terpaksa snap guna TAB ni. Cuma dok clear sangat lah tapi moment sangat aku sayang.