Tuesday, 12 February 2013

LAST DAY CUTI

Berkurun lamanya tak update blog ni. memang betul lah kata orang kan kena ada ideya mood dan semangat lau nak jadi blogger yang tegar ni. aku ni kekadang ada mood rajin malas suku setengah dan sebagainya. Ni pun SR dok banyak ingatkan aku'' bila kak dilla nak update blog tu''. Tu lah kan....kena tunggu ideya datang cam ni. Dulu aku rajin jugak nak buat semua ni. Bukan tak suka tapi aku memang suka. Cuma nak type ayat ayat tu kekadang tak macam orang lain. Pendek tapi penuh makna. Tak pa lah aku try lah erk. Hari ni dah hari Selasa. Esok bermakna dah mula kerja. Cuti 4 hari ni baru semalam dapat jalan jauh. Mula mula plan nak gi shoot kat CENTRAL MARKET. Sejak NIKON ku dah balik ni belum skali nak picit picit shutter seperti selalu ni. Sejak ada dry box ni semua duk dalam satu khemah je. Semalam lepas breakfast ngan SR terus terjah Melaka. Teringat lak aku kat ORGA punya entry. Orga best lah gi sana siap ada SUPIR merangkap driber yang bawak dia gi pusing keliling. Aku ngan SR sampai je terus naik Cruise. Syok jugak tengok bangunan Melaka yang ada conteng-conteng tu.





Lepas sarap kat Tefian Bangi kami pun masuk H/Way. Jalan tak jemm lagi waktu ni. sempat lah tengok adik adik kita dok merempit. cam ni gaya dia orang layan jalan erk. Ada gaya .....dan kita pun naik syeikh nak monokan shutter jo hah !
Ni lah namanya menikmati view jalanan. Dari termenung je baik tengoktengok lah kiri kanan. Ada je bahan kan.

Sok sek soksek dalam keter SR dah sampai pun. Wa...jemm jalan nak gi Zoo. Tapi aku bukan nak masuk Zoo pun. Kali ni tak nak singgah Taman Boya Taman Mini. Tapi kita orang nak jalan jalan naik perahu. Naik Tiang dan nak ambil angin ja.


Sempat pusing keliling Kampung Morten ni. SR kata kampung ni lah yang ORGA dok story dalam blog dia tu. Not bad....rumah rumah owang melaka unik sangat. Kami benornya tercari cari kat mana Port nak naik Cruise ni. Pusing keliling tak jumpa jumpa. Depan keter SR ada lagi dua biji keter yang macam mencari cari arah je. Kami follow jer dari belakang. Alhamdulillah jumpa Pakcik Melaka yang tengah lalu tu. Kami pun bertanyakan arah mana nak gi nak Cruise ni. Setelah panduan diberi SR dengan jayanya dapat kecam tempat boat berlabuh. Good Job SR...
Dekat port Cruise ni ada Monorel Stesen. Kita orang tanya Ticketing tu kata petang baru jalan. Macam tak dan je nak tunggu. Next time lah kita try naik erk SR.



Monday, 21 January 2013

BEAUTIFUL MORNING

Morning friends. Sound macam cool je kan (senyum sengeh). No more monday bluess sebabnya hari ni dilla dah start cuti sampai lah hari Khamis, yahoo!! Tak kemana pun cuma nak habiskan cuti last year punya. Ada balance tiga hari tu haruslah kasi habis. Kalau tak burn je macam tu. Lau keje gomen untung lah kan boleh berbayor. Duk umah je lah banyak benda boleh buat. Lagi pun tengah tenga bulan ni uncang tak berapa syok sangat. Pagi ni pagi pagi follow my sis ngeteh kat Faris Maju. Sempat shoot kat balapan seksyen 15 tu.

Comel tak dia? Sambil mommy jogging dia duduk sambil makan roti. Bila dilla snap photo ni dia seperti malu malu. Hihihi tapi post tetap comel.Si kakak juga....tq sayang. Ada entry untuk dikongsi hari ini.

Friday, 18 January 2013

INSTAGRAM

Ramai yang dah berminat dengan Instagram ni termasuk lah diri aku ni. Seronok apa adakala jadi leka sekejap kan. Jangan ikut macam dilla, hahaha. Dilla hanya guna dengan Sony Neo L je. Kalau guna IPONE lagi melecun kan. Then dilla guna application snapseed dan macam macam lah app yang lain terus Neo jadi sempot. But kata Orga dia rindu Photo2 Japan ni. Ada rezeki insyallah leh gi lagi erk ORga.

PhotoOfTheDay.....


Sementara menunggu Jemma snap jap guna Neo. Beautiful morning. Itulah photo yang menghiasi Instagram saban pagi. Rakan rakan lain akan memberi respons 'Like'  dan ianya memberikan mood yang sangat baik di pagi hari. Untuk rakan rakan yang meminati photography ni dalam IG kita boleh kongsikan photo dengan rakan yang lain. Dilla sukakan 'Tone' yang di hasilkan. Memerlukan kesabaran dan ideya untuk mencari tone yang sebegitu rupa. Try and error tu pastinya.
Tanda menghargai rakan rakan IG terima lah sekuntum mawar dari disneyland garden. 


Asakusa dalam kenangan. 
Editing : Snapseed
By Phone : Sony Neo L