Friday, 15 February 2013

Salam Jumaat

Kejap jer masa belalu erk. Tiga hari kerja dan hari ini merupakan hari terakhir untuk kita sambung lagi cuti dua hari ni. Best dapat rehat rehat tanpa pegang pen dan dokumen yang menjadi teman diopis dikala cam ni. 

Sabtu esok ada wedding. Memang kena harus gi lah. So tak dapat lah nak merambu ngan SR kali ni. lau sempat nak terminate abang maxis ni kat Alamanda. Itu pun kalau lah sempat tapi macam tak sempat ja. Tak pun tunggu lah next week esok. Lau ada kampong boleh balik kampong. Dapat rasa angin tepi sawah. Syahdu mengalun rasanya. Menyandor kat bangku macam kat bawah ni mesti dibuai lena. Angan angan kejap pun tak fer kan Wak Gelas kan (sengeh).


Ahad ni plan nak buat photoshoot untuk dobbot. Happy belated birthday dobbot yang shummel. Seronok shoot budakbudak ni. Biorpun buas kejor je sampai habis nafas tu tak fenat kan SR. Dah janji ngan SR kali ni jangan tak jadi lak erk. Prop kita yang banyak tu bila lah nak guna guna. Untung lah sidobbot nanti.


Yang ni makcik si dobbot. Memang la dia ratu kamera maksu dia. Tak payah suruh posink camana gaya pun dia leh uat sendiri. Memang senang kerja tukang yang amik gambor cam ni (sengeh). Lau kawan kawan nak buat photoshoot cam ni hire kami SR. Boleh dapat diskaun insyallah.



Wednesday, 13 February 2013

MELAKA DESTINASI KU

Sambung citer semalam tentang Melaka ni. Sebut Melaka teringat Paremeswara yang misai melentik tu. Time skool dulu bila cikgu bercerita tentang sejarah ingat je nama nama hulubalang yang mashor ni. Dizaman kesultanan Melaka...dapat score tu eleh dilla ni kunun ja (hehee) sokmo lingkup. Okay nak citer pasal outing dilla ngan SR kali ni. Habis pusing Kampong Morten baru jumpa port Cruise. Seronoknya....dah lama teringin nak naik boat.

Ni kalau view malam mesti menarik kan. Menyusuri sungai dengan Melaka Cruise dapat lihat pemandangan cahaya dari PIRATES PARK.

Habis pusing keliling dengan Cruise Sungai Melaka kita urang redah pulak kota A Famosa. Parking keter memang tahap gaban kat sini. Dengan doa yang dibaca oleh SR alhamdulillah ada sorang Pakcik menawarkan parkingnya untuk kami pulak. Alhamdulillah rasa lega sesangat. terima kasih Allah dan pakcik yang baik hati kerana memberikan kesenangan masa untuk kami ketika ini. Akhirnya dapat jugak naik TAMING SARI ni. Cam ni rasanya. Ingatkan GAYAT ke hapa. Cool je beb...hehehe. Kali ni memang best aa outing gi Melaka ni biarpun aku ngan SR je dua orang. Semua pakai naik jek. Naik Cruise naik Taming Sari & last Naik Bas. Hahhaa bila hujan hambik Ko!

View dari Taming Sari. Nampaknya Selat Melaka you.


Tuesday, 12 February 2013

LAST DAY CUTI

Berkurun lamanya tak update blog ni. memang betul lah kata orang kan kena ada ideya mood dan semangat lau nak jadi blogger yang tegar ni. aku ni kekadang ada mood rajin malas suku setengah dan sebagainya. Ni pun SR dok banyak ingatkan aku'' bila kak dilla nak update blog tu''. Tu lah kan....kena tunggu ideya datang cam ni. Dulu aku rajin jugak nak buat semua ni. Bukan tak suka tapi aku memang suka. Cuma nak type ayat ayat tu kekadang tak macam orang lain. Pendek tapi penuh makna. Tak pa lah aku try lah erk. Hari ni dah hari Selasa. Esok bermakna dah mula kerja. Cuti 4 hari ni baru semalam dapat jalan jauh. Mula mula plan nak gi shoot kat CENTRAL MARKET. Sejak NIKON ku dah balik ni belum skali nak picit picit shutter seperti selalu ni. Sejak ada dry box ni semua duk dalam satu khemah je. Semalam lepas breakfast ngan SR terus terjah Melaka. Teringat lak aku kat ORGA punya entry. Orga best lah gi sana siap ada SUPIR merangkap driber yang bawak dia gi pusing keliling. Aku ngan SR sampai je terus naik Cruise. Syok jugak tengok bangunan Melaka yang ada conteng-conteng tu.





Lepas sarap kat Tefian Bangi kami pun masuk H/Way. Jalan tak jemm lagi waktu ni. sempat lah tengok adik adik kita dok merempit. cam ni gaya dia orang layan jalan erk. Ada gaya .....dan kita pun naik syeikh nak monokan shutter jo hah !
Ni lah namanya menikmati view jalanan. Dari termenung je baik tengoktengok lah kiri kanan. Ada je bahan kan.

Sok sek soksek dalam keter SR dah sampai pun. Wa...jemm jalan nak gi Zoo. Tapi aku bukan nak masuk Zoo pun. Kali ni tak nak singgah Taman Boya Taman Mini. Tapi kita orang nak jalan jalan naik perahu. Naik Tiang dan nak ambil angin ja.


Sempat pusing keliling Kampung Morten ni. SR kata kampung ni lah yang ORGA dok story dalam blog dia tu. Not bad....rumah rumah owang melaka unik sangat. Kami benornya tercari cari kat mana Port nak naik Cruise ni. Pusing keliling tak jumpa jumpa. Depan keter SR ada lagi dua biji keter yang macam mencari cari arah je. Kami follow jer dari belakang. Alhamdulillah jumpa Pakcik Melaka yang tengah lalu tu. Kami pun bertanyakan arah mana nak gi nak Cruise ni. Setelah panduan diberi SR dengan jayanya dapat kecam tempat boat berlabuh. Good Job SR...
Dekat port Cruise ni ada Monorel Stesen. Kita orang tanya Ticketing tu kata petang baru jalan. Macam tak dan je nak tunggu. Next time lah kita try naik erk SR.