Friday, 17 May 2013

PILIHAN YANG MANA SATU

Dah mula lemau bila nak update blog sendiri. Betullah kata orang tu dimana ada kerajinan pasti banyak ideya yang hendak dikongsikan cerita bersama. Ewah....ada unsur ayat chenta je khen. Biasalah aku ni bila time rasa lemau lemau tu cam ni lah jadinya. Ada je cerita tapi ideya tu tak datang bergolek. Apa pun ada gak cerita yang hendak dikongsikan jugak ni.
Kat opis internet Celekom ni punya lah slow. Nak share ngan TAB ni lagi lah mendut. Lau dulu MAXIS mak aih duk kat bangunan konkrit pun leh tembus. Itu yang orang celekom kata berkemungkinan sebab tembok konkrit gamaknya. Atter nak tolong roboh kan ke. Cam ghitu lah fulak khen. Ada ada aje persoalan.  Jalan jalan kat WARTA ari tuh nampak U MOBILE. Saje aku nak nry pulak kali ini. UNtuk TAB le sian Tab tu. Amik package murah je monthly dua puluh lapan hinggit je. 300 sms free internet 1GB dah leh call tapi nanti charge lain fulak. Tak apa lah 1GB pun okay saja nak kongsi ngan Celekom ni lau dia mendut nak cuba share ngan TAB fulak. Baru dapat line malam tadi. Kang masuk opis nak tengokm sejauh mana dia berlari. Kalau tercungap cungap gak nak fulang balik sebab tak kena bond pun cam Celehkom ni.

Untuk kengkawan semua happy friday. Hari ni masuk syif 2. Kul 10 baru masuk office. Nak ngeteh pepagi ni tak der kut. Mood duk umah je hehehe. Ok semua takecare erk.

Saturday, 11 May 2013

HAPPY A GREAT WEEKEND!

Awal pagi ni aku bangun you! Selalu tu awal jugak tapi kali ni awal lebeh sikit sebabnya nak lipat kain yang menimbun cam gunung. Mekda, semalam aku kuor ngan Uyie. Pepagi sabtu Uyie call ajak teman gi Bukit Bintang antor lappy tapi malangnya kedai tu tutup pulak. Terus jumpa Winnie PERTAMA antor Uyie nya camera shutter count sudah toing. Tu yang terus gi SOgo mamam kat Nandos. Ramainya umat sebab SOGO ada sale. Bebaju budak murah giller. Tak beli pun untuk Aca sebab baru beli arituh khen. Tu citer semalam. Pagi ni sarap kat Syarifah Bangi je. pekena RC cukup sudah. Ada lak customer datang sarap sekali ngan aku tefi tu. Makcik ni nampak gaya macam cerewet. Order roticanai bila waiter antor tak potong  disuruhnya orang tu cut molek molek. Oklah lagi passtu bising pulak ayer dia nyer tak sampai sampai. Mungkin waiter lupa nak take order kut yang dia punya. Awatnya leh lupa waiter ni pun. Bila waiter tu tanya molek molek ayer apa yang dia order tadi dia kata 'Tak payahlah.... lain kali amik order betul betul!' . alahai mekcik ni give and take aaa. Mana de yang perfect dalam hidup ni perlunya ada tolak ansor. Kang ang tercekek baru tau. Benda simple simple ghitu takkkanlah tak leh pikir. Lainlah kalau waiter tu tengking tengking ke memang aa nak kena cekek. Aku nak makan pun rasa tak selesa. Elok elok tempat ni cool je makan relax jadi serba tak kena. Moral of the story....sentiasa bersikap positif sekiranya benda yang meremehkan itu menjadi bebanan yang berat. Cool mekcik Hookay!


Kawan FB ku kata fuyyo ada sticker tu! Hahahaa
Balik ngeteh singgah Pasar Tani fulak. Nak cari kopi tapi sipenjual tu tak nampak nampak sudah. Kopi tu sangat sedap. Tak banyak serdak....terasa rasa macam kopi cap Kipas Udang ngan Kopi cek Nah. Tunggu minggu depan lah fulak ni.


Hampa ngan tak dapat kopi lalu aku pun balik je lah. Hampa tapi tak duka erk. Sebab fikir tak dok rezeki lah tu. Jodoh tiada ngan kopi. Kena lah tunggu nextweek fulak. Have a great Sunday kengkawan.

HAPPY SATURDAY

Kali ni tak gi ngeteh pun. Plan nak gi mana tu ada tapi tak tahu lagi jadi ke tak ni. Pepagi my lovely sister dah berkejor ke kedai bunga. Belakang umah dah jadi garden bukan secret of garden erk. Manyak sangat munga. Ketika ini my BIL tengah nak ngecat fagar. Almaklum puasa tak lama lagi. Dah berkurun pagar ni tak dicat lagi pun. Bunga bunga ni lah yang menghiasi kekosongan laman rhumah ni.

Sorry lah gambau jadi besor2 lak macam ni. Guna enpong x tahu mana nak resize. 
Blog lama tak berupdate benornya. Sekadar berkongsi cerita diharap harap rakan rakan blogger sudi mendengarnya erk.


Ada yang tanya camana nak shoot macro bunga ni guna engpong. Dilla guna OLLOCLIP ni lah. Ada 3 lens dalam ni. Fisheye, wide & Macro. Tapi ini hanya untuk apple jer.