Friday, 18 October 2013

Salam Jumaat

Alhamdulillah pagi ni diberikan nafas untuk melihat dunia ini. terima kasih allah untuk mengingatkan hamba mu ini setiap perjalanan yang di lalui hingga akhirnya. Berilah ku ingatan yang sempurna agar tahu menggunakan setiap masa yang diberikan dengan penuh keberkatanmu, amin.

Pagi ini sebangun yang awal. Rutin pagi ku setelah selesai yang diwajibkan menyirami bunga bunga taman ini dimana tuan kedaung masih berada nun disana. Insyallah malam ini ku nantikan kepulangan mereka. Happy Holiday dan ianya tentu memberikan kenangan manis di setiap perjalanan.

Pagi ni harus kerja tapi sempat untuk melihat diary blogging yang dah lama tak berkarya kekdahnya. Perlukan mood tanpa dipaksa cam tu lah kiranya. Semalam sampai opis boss kecek kata nak jumpa petang review untuk KPI. Boleh boss tapi kesudahannya boss kecek busy pulak boss besaq meeting kat luar. Moga hari ini dapat settle kesemuanya.

Murah rezeki alhamdulillah banyak dapat ole ole dari achlien diterbangkan from Hatyai. Terima kasih achlien....sukanya ambo.


Thursday, 17 October 2013

BACK TO WORK

Salam pagi khamis. Mula kijo dah wei. Lima hari cuti termasuk sabtu ahad berbikin ada kemalasan sokmo nak kijo. Mengenangkan kijo dua hari ja gi kijo lah wei. Jumpa lagi sembang nanti yo. Happy working.....


Wednesday, 16 October 2013

MOOD CUTI

Ramai di kalangan rakan rakan kita masih bercuti lagi waktu ni. Lagi yang jauh jauh tu pastinya tunggu minggu depan baru nak mula kijo. Tak terkecuali diri ambo. Walaupun dekat tapi nak cuti jugak. Tak kira hahaha! Tapi esok dah start kijo erk. Boss dok ingatkan ambo pasal KPI. Alamak tak siap lagi KPI ambo. Maklum nak ujung tahun. 
Semalam balik raya Kuala Selangor. Tapi balik hari je. Kununnya nak balik lepas subuh syapie tapi terbabas lak. Sudahnya lepas sembahyang raya. Sampai KS dah pun pukul dua belas adui perot menyanyi sudah. Terbayang bayang daging masak sambal penangan masakkan abah ACA. Sedep sangat sampai lupa nak ambik gambor.

My dobbot. Baru dapat jumpa dan sudah beransur sihat alhamdulillah. Dobbot nak jadi kakak sudah.


Hilang rindu sekejap. Suka melukis suka main tab semuanya suka. Janji nak bawak gi FARM IN THE CITY kat Sri Kembangan nanti. Tak sabar sabar dia nak gi. Esok ke Maksu petang esok ke. Maksu kata end month nanti kita gi bila abah aca tak sebok. Abah aca sebok ngan sekolah dia. Kena tunggu hari cuti kay. Mesti tak sabar nak gi Farm In The City ni khen. Mak su pun tak sabar jugek. Nanti kita janji ngan Mekda. Leh bawak dobbot sekali.
Dia rindu sangat dengan KAKAK Fara & Kaka Nana. 


Pukul lima setengah gerak balik Bangi. Takut jem ler walaupun aku tak drive tapi sian urang yang jadi drebbar sebelah ambo hehehe. Rupanya jalan clear benor. Ikut jalan KOPI tembus jalan belakang kilang tak lama dah sampai bangi yeha. Pekan Kapar pun semalam clear dari jem.



Sampai Bangi dah nak maghrib. Singgah hantar bontrot kat umah kaklong kejap. Tak sempat nak masuk pun singgah kat pagar sebab memerot lak tetiba. Sampai umah Cookie dah tunggu. Sian dia merindu tuan kedaung yang sedang berada feeling feeling citi kat KOREA. Sabor lah Cookie jumaat ni tuan kedaung akan balik. Isnin akan fly lak ke Mesir. Mesti cookie kena tinggal lagi.