Wednesday, 5 February 2014

AL RAHMAH MOUNTAIN

Jabal Rahmah merupakan bukit batu yang terletak di sebelah selatan Padang Arafah, sekitar 25 kilometer di sebelah tenggara Kota Makkah. Di puncak Jabal rahmah tersebut terdapat tugu putih yang dibangun untuk mengenang peristiwa pertemuan kembali yang sangat mengharukan antara kedua nenek moyang manusia, iaitu Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah ditirunkan dari syurga dan dipisahkan oleh Allah SWT selama dua ratus tahun. Mengenai di mana Adam AS ditirinkan oleh Allah SAW di bumi, terdapat banyak riwayat, antara lain: 1. Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim yang di terima dari Abdullah bin Umar, disebutkan bahawa adam AS di turunkan Allah SAW di bumi tepatnya di bukit Shafa dan Siti Hawa diturunkan di Bukit Marwa. dalam riwayat lain yang juga dari Ibnu Abi Hatim yang diterima dari Abdullah bin Umar, disebutkan bahawa Adam AS diturunkan di di antara negeri Makkah dan Thaif. 2. menurut riwayat Ibnu Asakir yang di terima dari Abdullah Bin Abbas, dikatakan bahwa adam AS ditirunkan di Hindustan (India) dan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Hal ini pulalah menjadi sebab bagi penamaan kota Jiddah/Jeddah. Arti Jiddah adalah nenek perempuan.


Haji & Mut'am Charity Association 



lala

Tuesday, 4 February 2014

MASJID QUBA

Lawatan pertama ketika Umrah dijalankan pada hari kedua ketika berada di Madinah. Ketika ini kami menginap di Barakat Andalus Hotel Madinah. Perjalanan ke Masjid Nabawi pun begitu dekat sekali dalam jarak dua ratus meter dari hotel penginapan. Dengan cuaca yang sejuk terasa seperti berada di London you hehehe ayat tak leh tahan! Ziarah kali ini kita akan menuju ke Masjid Quba. Apa yang menariknya memang sangat menarik sejarahnya.



Sejarah Masjid Quba
Masjid Quba' masjid yang dibina atas dasar taqwa dan iman, adalah masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam. Dalam surah Al Taubah, ayat 108, Allah SWT berfirman yang maksudnya, " sesungguhnya masjid yang di dirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya".

Menurut sebuah hadith sahih daripada Tirmizi, " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan umrah'


Masjid Quba' terletak di perkampungan Quba' iaitu kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Quba' diambil daripada nama sebuah telaga. Masjid ini berbentuk empat persegi.

Masjid Quba' di bangunkan pada hari Isnin 8 Rabiulawal, setiba Rasulullah SAQ di perkampungan Quba' dalam perjalanan hijrah ke Makkah. Baginda bermalam selama empat hari bersama Bani 'Amru Bin Auf di rumah Kalthum Bin Al-Hadm.


Credit to * USrahOnline






Beginilah pemandangan di Masjid Quba'. Ramai peniaga yang berniaga di kawasan ini menjual barangan untuk dijadikan souvenir dan sebagainya. Satu yang sangat di kagumi bila masuknya ' Waktu' mereka akan meninggalkan perniagaan mereka buat seketika. 




Monday, 3 February 2014

UMRAH

Alhamdulillah saya telah pulang ke tanahair pada hari Sabtu lepas jam tiga petang waktu Malaysia. Flight delay pukul sebelas malam waktu disana yang sepatutnya jadual penerbangannya jam enam petang. Jam lima setengah petang waktu Malaysia baru habis settle semua luggage yang ada dan selamat kembali kepangkuan rumah ku syurga ku, alhamdulillah.


Pagi ni jetlag lagi. Terpaksa lah ambik mc dengan batuk demam tak kebah lagi. Pengalaman keseluruhannya sangat menyeronokkan. Baru lah ku paham pengertian ' Kerinduan Mekah' yang sering di katakan oleh rakan rakan kita yang telah pergi ke sana. Di entry akan datang insyallah dilla akan ceritakan pengalaman di sana di sepanjang perjalanan mengerjakan Umrah ini nanti. Nak gi klinik jap ambik neb untuk tambah oksigen kay.