Wednesday, 26 February 2014

FIREFLY

Throwback...
Terjumpa pulak photo dalam iphone semalam. Nak posting entry ni lama dah tapi terlupa. Waktu gi Kelantan balik harian. Balik harian nko! Ko mampu? Hehehe keja giller kan. Balik hari dalam masa satu hari. Sebab nak try rasa naik FIREFLY. Mekda gelak giler giler tengok kita urang dalam bas. Hahaha seumur hidup mekda kata dia pun tak pernah nak naik bas KB ni. Ala biasa lah mekda kita adventures ma. Kena xplore lebeh. Memang best aaaa. Best mbangget. Selesa pun jugak. Waktu booked ticket rm70 returns.


Bila tengok stewardess FF ni semua cun cun. Stylo beb. 


Lebih kurang sejam jugaklah baru sampai Airport Ismail Petra. Perjalanannya memang bestlah. Tempat duduk pun luas. Semua photo ni aku guna Iphone. So picture tak cun mana lah.

Breakfast dulu harus erk. Cool...tenang jer kat sini.



Starbucks jer ada kat Subang Airport ni. Layan kejap nak nunggu kenyang. Baru best nak jalan.


MY DIVA! Dia urang ni gengkakijalan. Tapi best sheolss Fire Fly ni. Kekadang terasa Jet kita yang punya. Relax tak lah tergesa gesa nak tutup pagar kalau lewat sikit erk. Tunggu ticket promosi lau nak dapat ticket murah kay. Ticket yang kita urang tujuh puluh hinggit ja. Destination Kelantan. Kenapa Kelantan? Saje nak jalan jalan nak makan 'collek' nak naik bas gi PCB. Kerja giller lah kan.


Friday, 21 February 2014

TWINS

Jam lapan malam ni si twins akan meninggalkan Malaysia buat seketika. Aku bab berpisah bertemu memang sedeh. Bintang airmata nko. Sedara 'Ibu neng Yatimah' harus lah ghitu. Feeling sedeh sedeh ghitu kan sikap owang pompuan. Kalau laki..nangis kira tahap dewa lah kan. Airmata lelaki susah nak jatuh. Tu pasal lelaki di bilang hero. Lau nangis gak cam kaum aku mesti kena kutuk punya, betul tak? Hahaha jangan marah lah ngan statement ni erk. apa pun tangisan tu anugerah. Bukan senang nak membentuk perasaan sedeh. Semuanya dari hati dan perasaan.

Hari ini aku tak dapat nak follow dia urang gi airport. Aku sebok basuh baju dah seminggu ku simpan ni. Bukan apa ayer kat rumah aku ni bermasaalah lah. Umah tinggi jadinya sempena air kena catu umah ni termasuk dalam golongan 'terpaksa menerima' keadaan. Pagi pagi ayer dah tak ada. Petang tadi jam tiga baru naik apa lagi aku membasuh sampai ke sudah passtu penat lah pulak sebab aku guna machine manual. Auto punya tak jalan lau ayer cipot macam ni. Sorry erk gurls.... maksu doakan agar kalian selamat sampai. Insyallah bulan enam nanti kita jumpa lagi.....

Ni lah satu satusatunya anak twins kakakku.

Maksu hantar kat muka pintu je na.... love u gurls

Tuesday, 18 February 2014

KEZUTAN

Tetiba terasa bagai mimpi. Eh betul ke Twins balik ni. Cam pelik jer. Masa we all gi Umrah ari tuh dia urang ni ada kat LONDON. Bercuti melawat kazen & abang yang sedang study kat sana. Betapa akrabnya dia urang ni bersama kazen kazen yang belajar sama negara melawat abang dan kakak serta kazen yang sama sama hidup dalam satu keluarga. Teruskan pertalian persaudaraan ini hingga akhirnya gurls. Balance cuti dua belas hari yang ada ni dibawaknya balik ke Malaysia semata mata nak berjumpa abah dan mama yang baru pulang Umrah seminggu yang lalu. Jumaat ni maka pulanglah twins ke Mesir untuk menyambung kembali study setelah sebulan bercuti. Aku pulak yang sedih. Maklum budak budak ni masa kecik kecik dulu aku yang jaga dia urang nko. Masa dia uang balik Malaysia ni aku kakak ngan abang ipar aku memang lansung tak tahu. Senyap senyap je depa berdua buat plan. Abang abang dan adik deme semua tahu. Saje nak buat kezutan lah tu. Masa umrah hari tu kakak aku mmg x sihat. Tu makanya dia urang ni cuba balik nak nengok si mama katanya. Gurl gurls........... lau aku ni sebagai mak mesti rasa terharu sesangat. Kakak aku pun rasa heran kenapa tetiba anak bujang nak pinjam kereta nak fetch kawan baiknya si 'mat' kat aiport pada malam tu. Mat mana pulak. Setahu kakak aku anak dia macam tak ada kawan bernama mat. Kawan baru kut. Hahaha nak gelak bila kakak aku dok cerita pagi tu. Macammacam budak budak ni. 


Ni lah lima urang budaks yang kelihatan dari enam sebenarya yang menjadi sahabat sedara rakan study rakan travel sekaligus adalah anak anak buah ku yang hidup bersama dari kecik sampai lah dah besor ghini. 



Tiga daripadanya kakak & abang Aca yang sangat di kasihi. Mencari ilmu jauh meninggalkan keluarga. Mudah mudahan kalian mendapat sesuatu impian yang sungguh bermakna. Lima daripadanya adalah bakal doktor insyallah dan sorang yang agak macho berkacamata itu di bidang akuan. DEP hahaha aku kena betul kan lah kan. AKAUN...hah baru betul ayat si jambu ni.


Tinggal tiga tahun setengah lagi dia urang ni akan menamatkan study memasing. Twins di Mesir, Farah (tengah) di Queen Mary London & Nana di Jordan. 



Emy pun tinggal tiga tahun lagi nak habis study. Sama sama bersama twins satu university. Kalau time cuti semua balik umah bangi memang ribut.


Going to miss u gurls....


Perjalanan yang harus di teruskan hingga akhirnya - Nana