Monday, 3 March 2014

ANGAN ANGAN


Pastinya angan angan itu adakalanya apa yang diangan kan itu menjadi kenyataan. Selalunya HARUSLAH berangan angan dulu untuk mendapat 'feel ghitew. Begitu juge lah ngan aku ini. Berangan angan untuk memiliki sesuatu. Agak agaknya apa erk. Cuba lah teka apa impian atau angan angan yang sedang bermain di kepala pikiran ku di kala ini. Suami? Takkan lah kut. Korangs ni kesitu pulak.



Apa yang aku suka? Itu lah yang aku cari. Bak kata kawan kawan opis nko ni kalau dah minat sanggup berhabis erk. Hah cam tu dia urang cakap. Ya lah sebab dia urang tak minat apa yang aku minat. Minat kita berbeda.......


Insyaallah jika dengan IzinNya angan angan aku ni akan dapat lah. Macam tak sabar je nak tunggu derian runtuh ni. Adanya derian runtuh tu maka boleh lah aku beli sedikit bakul untuk menampung derian ni nanti.


Maka itu juga aku terpaksa berpisah ngan cik samsung esok. Terpaksa memilih salah satunya. Alhamdulillah buyer dah ada. Esok maka bermulalah penyerahan. Moga cik sam mendapat tuan yang baik dan penyanyang. Sedeh memang tidak di nafikan. Last cik sam dengan tuannya pada Umrah yang lalu. Banyak jasanya. Bukan aku tak sayang tapi terpaksa. Apa pun ingatan takkan dilupakan selamanya. Selamat berbakti pada tuan baru erk cik Sam. 





Sunday, 2 March 2014

AHAD SUDAH

Cepet sungguh masanya berlalu. Rehat tak puas lagi dah nak masuk Senen. Pastinya permulaan kerja kembali bermula. Kalau tak kerja sapa nak bagi makan. Bukan ada business pun kan. Apa pun kena ambik mood untuk menceriakan hari esok.


Semalam Sabtu gi opis kejap. Balik tergesa gesa tengahari tu sebab nak gi wedding anak buah kawan ku di sebelah Bomba Bangi. Kakak aku kata kita gi lambat sikitlah dalam kul tiga katanya. Memandangkan dia kena banyak gi kenduri hari tu lalu aku pun tak kisah. Kebetulan anak buah kawan lama tu pasangannya anak sedara kazen ku rupanya. Wah jadi sedara lah kita. tunggu punya tunggu dah jam tiga suku kelibat kakak balik rumah pun tak menjelma. Nak call tapi tunggulah kejap. tak lama tu dengar ada orang bukak pintu atas. Jenguk kejap rupanya kakak ku dah balik. tudung tak pakai lagi ni. Moh le kita gi kak, kata ku. Ala dilla akak dah gi kenduri umah noi tadi sebab akak dari Sepang lah. Hmmmm ghitu ke. Ok kak tak pelah lagi pun dah kul baper ni hah. Aku tanggal jubah terus gi dapor makan. Hahaa padan lah muka aku kena tinggal. Kalau aku ikut sekali gi kenduri kan dah leh gi kenduri si Noi. Tak perlah tak dak rezeki.




Hari AHAD...
Tak gi mana pun. Mengemas profile IG. Aku kan pemilik IG yang tegar.... jangan ada yang nak muntah erk. Hari ini banyak benda potrait kids yang ku edit. Alhamdulilah ada sekeping dua menjadi pilihan Hashtag. Walaupun tak dapat hadiah namun aku amat menghargainya kerana web mat salleh ni memang payah giller nak dapat pilihan. Aku hanya hanya amatur berbanding dengan mereka yang profesional.



Bila dah melekat kat IG ni... entahlah orang cam aku ni tak tahu apa nak di kata.



Hari ini photo ni terpilih dalam hashtag #childrenofinstagram. 



Thursday, 27 February 2014

KELATE OH KELATE

Tour Guide kita urang ni tak sabau sabau nak bawak aku dan cik Minah menjelajahi misi untuk hari tu. Mood muka happy ja miskipun perot dah mula lapor nyah.

'Kakak ku ' memang terbaik lah. Terima kasih atas keprihatinanya (ngeh ngeh ngeh).

Dari Airport kita naik taxi sampai bandar KB. Charge tiga puluh hinggit. Nak kata murauh atau tidak orang cik molek ja tahu ni. 


Singgah pasar Khaty. Mekda mesti kata pandai pandai jer ubah nama pasar khadijah demo ni (hehehe).