Thursday, 6 March 2014

OLD MALAYA

Bukan lah Bola atau harimau Malaya yang aku nak cerita ni. Aku tak minat bola jadinya tak mungkin nak cerita pasal bang Bollah. Hahaha statement maut. mesti marah peminat peminat bola. Sorry lah brader... gurau je.

Aku hari ni bukan lah ponteng. Tapi terpaksa jugak tak kerja. Sebabnya scooter aku dah jalan setengah jalan lepas aku sarap pagi tadi. Tetiba macam nak press tu rasa nyawa cam tak sampai je. Kalau aku teruskan rasa rasa cam tak sampai ke Opis je nampak gaya. aku press perlahan lahan sampai jugak kat trafficlight dekat ngan kedai moto ni. Ekceli scooter aku dalam training nak rempit laju. Budak kedai moto tu kata 'akak bawak dulu tengok camana laju ke tidak agak agak akak leh rempit ke tidak, katanya. Dah seminggu lebeh aku bawak pusing gi keje rumah ngan opis memang tak leh nak rempit takat enam puluh je. pe barang... bila moto honda kapcai leh potong scooter aku ni. Senyum sengeh je tengok meter. So pagi ni memang nak kena hantar balik jugak jawabnya. nasib baik alhamdulillah aku sempat sampai kat bengkel moto ni. Aku parking chantek chantek pass tu aku call kakak aku suruh amik lah pe lagi. Minggu ni terpaksalah aku tumfang opismate aku lah. Scooter aku tak pernah sakit tapi bila sakit ghitu gayanya. Moga dia cepat sembuh.

Chantek ri ni call mekda tetiba mekda kata jom gi lunch. Aku suggest jom lah kita TRY OLD MALAYA Kopitiam kat Bangi Gateway. Tempat shuntek you relax cool. Makanan macam kat Kopitiam jugak. Aku tengok ada menu ROTI KAHWIN. Camana rasa erk. Nanti lah try kendian.

Makan sambil lepak lepak, cool!

Alamak watermark aku dah salah lah. OLD MALAYA only. No town bah

Lawo jendela dia...

Mekda kata kusi tu lau letak kat umah comey je....

Ni menu aku meekari. Boleh lah.....

Cool nyaman lah Orga, hehehe. Orga sokmo duk kat IG. Tu lah korang mai lah duk kat IG. Best wooo kan Orga kan. Bak kata dep hebatnya perkenalan pemilik IG yang punya minat serupa bertukar tukar fikiran. Bila sorang tak updated lama punyalah bimbangnya. Touching aku baca. 

Aku try cari mee sup tapi tak dek.

Ni pilihan mak yong. Sodap tak mekda....


Nak cari cendol bakor memang tak dek lah kat bangi gateway ni. Ni Old Malaya punya cendol.

So dah habis makan apa lagi gi lah bayor hehehee

Monday, 3 March 2014

ANGAN ANGAN


Pastinya angan angan itu adakalanya apa yang diangan kan itu menjadi kenyataan. Selalunya HARUSLAH berangan angan dulu untuk mendapat 'feel ghitew. Begitu juge lah ngan aku ini. Berangan angan untuk memiliki sesuatu. Agak agaknya apa erk. Cuba lah teka apa impian atau angan angan yang sedang bermain di kepala pikiran ku di kala ini. Suami? Takkan lah kut. Korangs ni kesitu pulak.



Apa yang aku suka? Itu lah yang aku cari. Bak kata kawan kawan opis nko ni kalau dah minat sanggup berhabis erk. Hah cam tu dia urang cakap. Ya lah sebab dia urang tak minat apa yang aku minat. Minat kita berbeda.......


Insyaallah jika dengan IzinNya angan angan aku ni akan dapat lah. Macam tak sabar je nak tunggu derian runtuh ni. Adanya derian runtuh tu maka boleh lah aku beli sedikit bakul untuk menampung derian ni nanti.


Maka itu juga aku terpaksa berpisah ngan cik samsung esok. Terpaksa memilih salah satunya. Alhamdulillah buyer dah ada. Esok maka bermulalah penyerahan. Moga cik sam mendapat tuan yang baik dan penyanyang. Sedeh memang tidak di nafikan. Last cik sam dengan tuannya pada Umrah yang lalu. Banyak jasanya. Bukan aku tak sayang tapi terpaksa. Apa pun ingatan takkan dilupakan selamanya. Selamat berbakti pada tuan baru erk cik Sam. 





Sunday, 2 March 2014

AHAD SUDAH

Cepet sungguh masanya berlalu. Rehat tak puas lagi dah nak masuk Senen. Pastinya permulaan kerja kembali bermula. Kalau tak kerja sapa nak bagi makan. Bukan ada business pun kan. Apa pun kena ambik mood untuk menceriakan hari esok.


Semalam Sabtu gi opis kejap. Balik tergesa gesa tengahari tu sebab nak gi wedding anak buah kawan ku di sebelah Bomba Bangi. Kakak aku kata kita gi lambat sikitlah dalam kul tiga katanya. Memandangkan dia kena banyak gi kenduri hari tu lalu aku pun tak kisah. Kebetulan anak buah kawan lama tu pasangannya anak sedara kazen ku rupanya. Wah jadi sedara lah kita. tunggu punya tunggu dah jam tiga suku kelibat kakak balik rumah pun tak menjelma. Nak call tapi tunggulah kejap. tak lama tu dengar ada orang bukak pintu atas. Jenguk kejap rupanya kakak ku dah balik. tudung tak pakai lagi ni. Moh le kita gi kak, kata ku. Ala dilla akak dah gi kenduri umah noi tadi sebab akak dari Sepang lah. Hmmmm ghitu ke. Ok kak tak pelah lagi pun dah kul baper ni hah. Aku tanggal jubah terus gi dapor makan. Hahaa padan lah muka aku kena tinggal. Kalau aku ikut sekali gi kenduri kan dah leh gi kenduri si Noi. Tak perlah tak dak rezeki.




Hari AHAD...
Tak gi mana pun. Mengemas profile IG. Aku kan pemilik IG yang tegar.... jangan ada yang nak muntah erk. Hari ini banyak benda potrait kids yang ku edit. Alhamdulilah ada sekeping dua menjadi pilihan Hashtag. Walaupun tak dapat hadiah namun aku amat menghargainya kerana web mat salleh ni memang payah giller nak dapat pilihan. Aku hanya hanya amatur berbanding dengan mereka yang profesional.



Bila dah melekat kat IG ni... entahlah orang cam aku ni tak tahu apa nak di kata.



Hari ini photo ni terpilih dalam hashtag #childrenofinstagram.