Thursday, 13 March 2014

DINNER

Hari yang berjerebu ni mood pun turut sama jugak. Nak punyai hati yang ceria mood kena baik. Minda kena fokus pada sesuatu yang positif. Keberangkaliannya aku rindu dia. Baru fly semalam status FB masih tak kelihatan. Mudahmudahan dia selamat sampai ke destinasi. Aku dah mula rindu. Maklumlah hari hari jumpa. 

Kakak aku lah.....
Dialah mak dialah kakak dan segalanya. Kakak ku dah fly gi Sepanyol. Rabu depan baru lah balik. Tinggal aku ngan cookie, kibumi & acap. Cookie & Kibumi adalah dua ekor kuceng yang kakak aku sayangi. So amanah aku untuk menjaga K & C ni. Acap bukan lah kuceng erk .......hehehe!

Dua ari lepas lepas opis hour aku gi makan ngan kawan baik tiga sejoli kat depan bangi KOPITIAM tu. Ayam penyek ap bila dah kul enam jadi THAI BBQ pulok. Dua syif kedai ni. Tempat best aa. Aku suka tempat ghini tak bising relax cool. Suasana santai macam macam lah nak rasa semuanya. Balik umah memang aku tak masak lah. Duk dua urang pun anak buah aku mesti balik lambat funya. So aku orderlah apa yang aku ingin rasa nak makan.

Banyak menu. Pilih je....

Menu kat atas tu menu sebelum jam enam petang erk.

Ada wifi free noks. Leh santai santai lagik.

Pineapple Fried Rice. Rasanya .... biasa ajer lah. Hereganya dua beleh hinggit. 

Tomyum ni kais kais macam biasalah. Herege dua puluh lima hinggit nko.

Udang salut baju tepong herege lima beleh hinggit.

Yang ni terbaik tapi sayang.... aku lupa nama menu. Aku selalu cam tu. Mudah lupa sesangat. Kalau sejuk ni memang sedap. Yang kunin tu nangka. Putih tu aku tak ingat pulak. Herege enam hinggit.


sUMBER : iphone acik

Monday, 10 March 2014

CECARI MAKAN

Sabtu semalam ada agenda photoshoot khas buat Mekda. Sebelum Mekda balik Kelantan nanti elok ada kenangan sebelum baby Mekda ni melihat dunia. Sekurang kurangnya bila besar nanti anak mekda boleh menatap wajah mama yang cun dalam diarinya nanti.

Pagi Sabtu tu janji ngan Mekda kul lapan setengah tunggu depan pagar rumah. Mek Jemah pun nak ikut sekali. Mak Jemah wassup kul lapan setengah katanya Ammar baru bangun. Tak apalah ditungguin aja. Faham ada anak kecik tu tak payah rush sangat ya Mek Jemah. Cuaca sememangnya panas pun. Mek jemah kata gi lah sarap dulu tapi scooter aku kat workshop. Aku cadangkan kita sarap lah sekali nanti. Siapkan Ammar tu dulu.

Tetiba mekda call jom lah kita gi sarap dulu kak dilla. Nanti kita tapau utk mek jemah sekali. Tak pergi jauh mana sebab nak senang so kita urang decide sarap je kat sini.

Waktu ni aku wassup mekjemah jangan rush. Lambat pun tak per siapkan apa yang patut untuk Ammar tu. Aku pun order mana yang mampu tengok je. Tetiba mekjemaH sms dah sampai depan rumah. Alamak order tak sampai lagi ni. Ni Mek Jemah mesti tak baca wassup aku. Order sampai je aku terus telan. Bukan apa sian kat baby Ammar tunggu lama lama lak nanti. Mekda pun order serupa ngan menu aku. Not bad jugak lah rasanya. Masih boleh di beri markah.

Sedapnya teh ni. Dah lama tak gi old town. Makan cepat minum pun cepat. Nasib baik tak tersedak (hehehe). Sian kat Ammar kata mekda. Jomlah kita balik mekda.


Nyenyak baby Ammar tidor erk...

- Photo dari Iphone
kelabu asap je

Sunday, 9 March 2014

AMMAR ZIYYAD

Waktu Jemma pregnant dulu bila dah nak dekat due masa tu lah kisah AMMAR tengah popular. Anak muda yang berkhemah dan atas dakwahnya mula di kenali selepas permergiannya. Waktu tu aku dan Jemma bersembang sembang cerita tentang Ammar. Apa kata ko namakan AMMar utk anak ko nanti Jemma. Aah lah sedap jugak nama tu kan, kata Jemma. Aku mencadangkan agar ko bacalah kisah Ammar tu. Nanti aku link kan cerita ammar tu ko baca erk. Selepas Jemma membaca kisah Ammar ni dia kata terus nak namakan Ammar jugaklah pada anaknya nanti. Sedeh lah kak kisah Ammar ni. Memang pun. Nanti andai satu hari aku terjumpa En Azam tu akan ku tunjukkan Ammar yang ko ada nanti.

Inilah Ammar Ziyyad. 

Semalam genap tiga bulan umur Ammar. Selama tiga bulan ini Mek Jemah telah bergelar seorang IBU. Kalau dulunya mek jemah lah model dilabangi kesana kesini tapi kini nampak gayanya mek jemah terpaksa menjadi model ibu dan anak. Tugasnya sebagai ibu memastikan agar Ammar sentiasa ada dimatanya selalu. Ammar anak yang baik. Seharian berada di Taman hijau yang agak panas ini Ammar sangat behave. Tidak nangis pun biarpun cuaca yang agak panas terik. Sangat senang menjaga Ammar ni.

Moga Ammar menjadi anak yang soleh...

Habis photoshoot terus lepak kat Wadihana. Terima kasih mekda kerna banjer kak dilla semalam....