Thursday, 3 April 2014

BB TOMYUM

Baru ada kesempatan nak singgah BB tOmyum semalam petang. Dinner awal sebelum sampai umah dengan mek Jemah. Tengahari tak lunch pun. Cuaca pun macam mendung mendung suam je. Elok cari tempat berbumbung. Lau tak karang kuyup di buatnya.

Bau satay Willy menyucuk idung. Order lah sekali kita makan sama sama ngan Mek Jemah. Order 15 cucuk untuk dua urang pun mengah mengah nak habiskannya. 

Menawan tak satay willy ni?
Ngences kejap


Terasa nak makan nasi semalam. Sian mek Jemma lapor sungguh. Almaklum tengahari tak lunch pun...

- Iphone jer kamera x larat nak bawak lar ni

Wednesday, 2 April 2014

CRUNCHY ALMOND

Hah! Tetiba tajuk biskut. Mesti ada yang terkejut khen. Sejak bila lah rajin masuk dapur. Hahaha eh dulu aku memang suka masak taw. Masa duk ngan kengkawan satu Umah dulu. Hari hari buat kek buat biskut.Tukang sensory budak budak opis. Tapi bila dah duduk ngan kakak ni tak adalah nak masak masak ghitunya. Malas tu tak adalah cuma tak rajin jar. Tapi kali ni mood sepuluh tahun tu datang semula. Berkobar kobar noks, suka budak budak opis aku sebab ari ari buat menu yang berlainan. Kakak aku pun suka. Alhamdulillah rasa seronok masak bila ada urang yang nak makan ni. Ni menu pertama untuk Raya nanti. Aku dah kabau kat kakak tahun ni kita jangan beli biskut raya. Kita buat jer. So kita cuba resepi yang senang senang. Kalau ok bersiap sedialah kita beli bahan kuihnya.

Kali ni aku try cuba resepi kak ita Masam Manis crunchy almond. Mudah dan senang nak buatnya cuma.... barangannya agak mahal lah. So memang tak dinafikan penjual biskut ni agak mahal. 320 g RM27 hinggit. So baik buat sendiri puas makan (hehehe). nak tahu resepi click kat SINI erk.

Scale harus ada noks. Ni giant punya brand. Tapi semalam aku dah beli scale baru lah. Yang ni ku hangkat je tercabut lah pulak. Cam tak syok je. Ganas aku benornya.

Ni lah tepung GOLDEN FLORENTINA. Aku beli kat yummie bakery. Ni murah sikit tapi memang menjadik kalau nak buat kuih ni. Dapat lah satu balang tinggi. Aku potong besau besau. Lau kecik mesti dapat banyak kut. Lagi pun nak makan sendiri je. Ada lah sikit bagi kawan kawan opis rasa. 

Tara............
Ni lah crunchy Almond. Siap dah noks. Potong lajus lajus bila dah kluar dari oben. Bakor dalam 10 minit je jangan lebih nanti rentong. Selamat mencuba erk.....




Tuesday, 18 March 2014

MATERNITY

Tinggal minggu ni ajer dapat sama ngan Mekda. Ya lah kawan sengeteh kawan sekata pendek kata kawan lah semuanya. Tiga bulan Mekda akan berehat di PulaU yang Indah. Angin sepoi sepoi bicara. Wah sronok ghitew kan Mekda. Untuk melaksanakan impian Mekda kali ini alhamdulillah dengan IzinNYa aku dapat laksanakan impian Mekda untuk photoshoot Maternity dua minggu yang lalu. Sorry lah baru hari ini dapat update. Semoga Mekda gembira dengan senada seirama dan ianyanya dapat menjadi kenangan yang terindah sebelum bergelar Ibu ni kan selepas kawan sahabat terapat Mek Jemmah menjadi IBU kepada Ammar Ziyad tiga bulan lalu. Mek Jemmah tak dapat aku nak shoot Maternity untuknya. Insyallah kalau diizinkan Ammar ber 'Adik' nanti akan ku laksanakan untuk mu jua Mek Jemmah. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk kalian sahabat ku. Sumbangan dari mata hati ku yang ikhlas. Dari kaca mata bertemankan shutter & View Finder segalanya bercerita....

Tentu perasaan menjadi IBU adalah suatu kegembiraan yang dapat dirasai oleh jiwa dan raga. Betapa bahagianya.....

Berserinya wajah bakal IBU ini....

Kalau bunga apa tandanya? Cer teka ....nanti mesti Mekdah banjer 'collek PCB'.


Bila photographer menjadi model .... ada gaya ghitew


Ammar Ziyyad & Mekda


Mek Jemmah & Ammar. Wah masing masing dah pegang anak. Seronoknya aku nanti dikelilingi anak anak comel cam ni. Pasti ada ENTRY yang bakal menyusul nanti untuk mereka ni. Last word, ku doakan untuk Mekda semoga selamat segalanya. Moga di permudahkan mudahmudahan. Pasti aku merindui diantara sahabat ini.