Dah masuk hari ke empat kita puasa. Nak kira lah berapa hari lagi kita nak raya, leh? Hehehe macam budak budak kan. Selalunya lepas sahor aku memang tak tidor. Sampailah masuk opis ada gak tersenguk senguk. Balik sempena bulan puasa ni awal kul empat setengah. Balik umah sempat tidor kejap. Masuk dapor kul enam. Aku jadi pembantu kakak aku jer. Kakak aku kalau masak macam lipas kudung. Toleh kiri kanan dah siap.
Dua tiga hari ni aku kejelah sorang sorang. Selalumya aku berdua ngan partner aku Mirol. Tapi Mirol cuti sempena jadi bapak ni aku lah sorang sorang nampak gaya. Tahniah Mirol selamat dah jadi daddy pagi tadi jam lima pagi. Hahaha secara tak lansung boss aku dapat dua cucu baru dah. Tapi nak suruh gak cucucu tu panggil dia abang, volleh!
Petang ni worstation aku kena audit 5S. Malas betul nak mengemeh bila mood puasa ni. Semalam semua aku dah kasi clear. Esok lepas audit aku letak balik (hahaha) kantoi lah ngan auditor ni karang.





