Tahun depan bulan JUN passport teman dah nak expired dah ni. Kejap jer rasa. Baru jer buat ngan mekda dua tahun dulu. Eh nak dekat dua tahun jugak rupanya. Ingat lagi pepagi Mekda temankan teman gi Imegresen Kajang. Thank you Mekda. Ang teman sejati ku dunia akhirat, doakanlah agar kebahagiaan ini sebagai sahabat berpanjangan hingga akhirnya.
Sebelum raya ari tuh kakak teman ada tanya nak ikut depa gi cuti tak. Aku ni tak pernah tolak pun (hehehe) nak ikut jugek. Kakak teman kata raya keenam kita gi jalan. Yahoo.....eh kejap nak tengok passport teman dulu rasa macam dah nak dekat xpired jer. Eh ada lagi masa sampai taun depan lah. Yahooo sekali lagi. Check cuti dulu ada ke idaknya. Setelah ditolak bahagi alamak teman kena amik cuti advance lah. Boss terus tepon ang nak gi mana ni dilla? Cuti ang sampai takat ni jer. Nak advance ang tak leh cuti sampai bulan 10 taw. Wah boss aku dah peringatkan aku nih! Baik boss tak per teman tunggulah cuti sampei bulan sebelas. Agak nak cuti jugek teman ambik lah MC :-) Boss aku kata 'clever gurl'! Akhirnya boss teman pun approved. Boss kecik okey jer asal teman nak cuti sign jalan jer. Ni big boss susah sikit ler. So nampak gaya cuti raya tadi teman bercuti panjang lebeh empat ari dari kawan lain.
Hari Sabtu 2 August teman & kakaks family fly lah gi sini. Apa apa pun nak ucapkan terima kasih pada kakaks kerana membawa teman cuti bersama. Terima kasih kakaks. Kali ni teman dah sediakan note book setiap kali gi melawat tempat yang teman gi ari tuh. De next entry nanti teman cerita okeh.
JM kacak x ? Lau ang ada ni mahu mimpi siang malam. Encemnya kan hehehee!
River Kwai Bridge. Banyak sejarahnya.
Bila sampai di Tiger temple ni kita semua bebas berjalan. Kiri kanan banyak binatang termasuk VAVI. Nasib baik tak disondolnya. Agaknya VAVI pun takut ngan manusia kat sini.
'Rare'. Susah nak cari kat Malaysia. Tapi kat sini ada ko nyah :-) Sampai disini kita bertemu di lain entry. Adios.