Monday, 17 August 2015

JALINAN MESRA AIDILFITRI PMB 2015

Syawal dah pun berlalu. Menutup tirai 2015. Insyaallah akan bertemu lagi di tahun hadapan. Acara gemilang PMB pada tahun ini. JALINAN MESRA AIDILFITRI PMB 2015. Tugas ku setiap tahun tak berubah. Demi kawan kawan yang suka berfoto apasajalah asalkan mereka bahagia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuaca yang begitu baik sekali waktu itu alhamdulillah. Lihat lah wajah dia orang ni yang sungguh ceria. 

 31 Ogos akan menjelang tak lama lagi.

Dia orang ni pandai menari. Lenggang lenggoknya teratur.

Sebuah lagu dari Dato' Farshila Emran

'Humko humise churalo
Del Mein kahin tum chupallo'
............ Bollywood marri

Happynya dia orang. Ni dept dia orang yang buat persembahan. 

Persembahan dari Pharmaniaga Lifescience & Research Development.

Amboi!! Kan main boss ai ni kan. 



Tuesday, 7 July 2015

KU MENYUSUN SEPULUH JARI

Salam Ramadhan untuk sahabat blogger yang dikasihi,
Hari ni masuk hari ke duapuluh kita telah menjalankan Ibadah Puasa. Terasa masa berlalu begitu laju sekali. Minggu hadapan seluruh umat Islam akan menyambut Syawal yang bakal tiba tak lama lagi. Pastinya pelbagai persediaan telah pun dibuat. 

Alhamdulillah tahun ni adalah tahun pertama kami adikberadik akan beraya dirumah baru di kampong. Setelah lapan belas tahun tiada berumah akhirnya doa kami telah pun dimakbolkan olehNya. Alhamdulillah ianya adalah suatu perasaan yang tak dapat digambarkan bagaimana rasanya perasaan ini. Dalam kegembiraan ini adanya suatu yang duka. Aku kehilangan abang kesayangan dua hari sebelum umat menyambut Ramadhan yang lalu. Sedih, hajat kami nak berkumpul semua adik beradik tak tercapai. Sudah ketentuanNYA ini adalah perjalanan kehidupan. Walauapapun sekurang-kurangnya aruah sempat merasa duduk sekejap dirumah pusaka ayahbonda ini. Alfatihah untuk abang.

Untuk sahabat blogger semua ku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada terlanjur kata terlebih bicara. Maafkan diri ini seadanya. SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL untuk semua. I love you..... guys



Sunday, 12 April 2015

LA LA LA BIRTHDAY GURL

Perancangan yang baik. Dari super MOM kebombp!!  Orang pompuan kan serba serbi kreatif. Banyak idea yang nak dibuat. Agaknya kalau ada masa mesti kita pun rasa nak try buat kek sendiri. Tapi masa pulak nak kena pikir. Kek cantik Tiha dari sis Alienda super duper bakery. Sedap melilit rasanya. Sapa nak order leh jer contact sis Einda ni. Apa apa ajer semua dia leh buat.

Mekda dah kabau since lastweek lagi nak celebrate birthday Tiha. Hari Sabtu, cantik! Kalau hari AHAD mesti hati saya bergolak jugak. Sebabnya hari ahad my niece pun nak celebrate birthday jugak. Time pulak sama. Nangis lah cam ni. Tapi akhirnya tak nangis. Dua dua leh pergi, Yahoo!!!

Birthday gurl punya kek.

Hasil kerjatangan ideya sis Einda....

Tunggu taw ada banyak gambar saya dalam ni - TIHA

'ala relax la ni mukadimah jer dulu' - TIHA
OH kejap, saya nak kenal kan. Ni kawan saya AMMAR. Mama & Ibu Ammar besfren taw. Cer tengok bawah ni. 


Hi... saya lah AMMAR.


Ala TIHA ni tak layan pun saya - AMMAR
Ada aku kesah! Huahahahhaa (gelak notty) - TIHA
Nak majuk lah cam ni - Ammar
Ala jangan lah. Hari ni birthday saya tau. Jom jom kita potong kek - TIHA
Sorry lah TIHA aku nak interprem ngan kek ni taw - AMMAR
Ala tak pernya. Pandang camera tu ammar - TIHA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....