Monday, 14 September 2015

XI'AN TRAVELBLOG INTRO

Salam sahabat ku semua. Alhamdulillah cuti selama seminggu ke XIAN amatlah menyeronokkan. Terima kasih sekali lagi pada myLOVELYsister yang sentiasa membawa ku kemana saja diatas percutian bersama family untuk tahun ini.

Rasanya inilah PERCUTIAN paling menyeronokkan. Ku bebas untuk mengambil shots apa saja tanpa larangan. Di Muslim Quater Street paling syok sekali. Apa saja makanan yang tak pernah kita jumpa ada disana. Best oooo dep!

Cuaca disana hujan saja. Dari aku sampai (isnin sampailah khamis tak berenti hujan setiap hari. Hari Jumaat hari yang paling terang benderang. Tuhan makbulkan doaku untuk aku menikmati suasana ini dengan tenang. Melihat masyarakat Muslim di XIAN serta budayanya. Boleh ku katakan mereka mudah mesra. 


Siapa yang suka Mee Soba, inilah tempatnya yang HALAL.

Sambal Xian. Ni aku yang bagi nama. Dia orang makan sambal taw jangan terkejut. Pedas wooo sambal dia orang. Kuat makan cili rupanya orang cina kat sana.

Suasana sangat happening kat sini.Kalau tengok lori sampah dia orang cute je. Kat Malaysia sebatu dah bau. Kat sini lori sampah depa tak lah wangi tapi lansung tak berbau.

Ini adalah aktiviti yang terkenal di Muslim Quarter. Boleh ku katakan ini lah caranya nak buat KUIH BEHPANG.

Satay Kambeng. Besor giller kayu pencucuk tu.

Tuesday, 18 August 2015

LAST SYAWAL

Dapat last jemputan OPEN HOUSE Hari Raya di rumah ibu Ani. Habis kelas terus serbu rumah Ibu Ani. Menu sodap sodap lah haih. Lagipun waktu tengahari tu. Pastinya semua orang dah lapar.

Aku diantara yang terawal sampai. Memang kena waktunya lah kan. Ammar goodboy hari ini. So mama Ammar boleh lah makan banyak kan. 

Ibu Ani menyambut tetamu yang datang.
Marah tul DAK ni ngan ai (hahahha)
Dak ni nak main camera ai. Mana boleh... dijelingnya cam ni hah.
Masakkan orang dollu  dollu memang cukup power
Wafda maintain ayu je.
Haritu dapatlah gi dua buah rumah. Acara penutup Syawal. Ada panjang umur jumpa lagi ditahun hadapan.

Monday, 17 August 2015

JALINAN MESRA AIDILFITRI PMB 2015

Syawal dah pun berlalu. Menutup tirai 2015. Insyaallah akan bertemu lagi di tahun hadapan. Acara gemilang PMB pada tahun ini. JALINAN MESRA AIDILFITRI PMB 2015. Tugas ku setiap tahun tak berubah. Demi kawan kawan yang suka berfoto apasajalah asalkan mereka bahagia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuaca yang begitu baik sekali waktu itu alhamdulillah. Lihat lah wajah dia orang ni yang sungguh ceria. 

 31 Ogos akan menjelang tak lama lagi.

Dia orang ni pandai menari. Lenggang lenggoknya teratur.

Sebuah lagu dari Dato' Farshila Emran

'Humko humise churalo
Del Mein kahin tum chupallo'
............ Bollywood marri

Happynya dia orang. Ni dept dia orang yang buat persembahan. 

Persembahan dari Pharmaniaga Lifescience & Research Development.

Amboi!! Kan main boss ai ni kan.