Thursday, 1 October 2015

XI'AN THE MOST BEAUTIFUL CITY IN CHINA

Dah hampir dua minggu lebeh dah edisi perjalanan ke Xian China ni. Dari sehari nak update tak jugak siapnya. Mood menulis tu ada tapi kekadang terbantut begitu saja. Kena ada mood secukupnya kut.

Nak cerita pengalaman gi ke China kali ni. Pernah pergi dulu ke Hong Kong kendian singgah di Shenzen. Tahun berapa dah tak ingat. Ada lah lima enam tahun kut. Kali ni pengalaman ke Travel ke Xian sungguh syiok giller. Bebas nak shot apa saja. Itu lah yang penting. Kalau orang giller kamera ni modal tak lain tak bukan. Ini lah caranya. Satu shot lain ceritanya dan shot ke dua ke tiga dan seterusnya. Tak hairanlah kalau kaki travel penuh dengan photo yang pastinya menjadi kenangan mereka.

7 Sept jam 5.30 bermulalah langkah pertama pada tahun ini untuk melihat negara destinasi yang menjadi pilihan. Terima kasih pada sisterku yang saban setiap tahun menaja perjalanan ku ini. Perjalanan selama 5 jam setengah ini  bagiku yang agak lama jugak.. Dah lama tak fly wei. Kematu jugak di buatnya.

Jam 12.30 am sampai lah ke bumi XIAN diiringi dengan hujan hujan manja. Airport Xi'an Xiangyang International Airport kaki ku telah melangkah buat pertama kalinya.Pegawai Imegresen di Xi'an Airport ini menunjukkan muka yang manis biarpun hari dah masuk pagi. Mungkin kerja dia orang hari hari. Kena maintain service yang baik. Jangan lupa tekan button yang ada di depan Imegresen samaada puashati atau tidaknya. Urusan passport pun cepat tak banyak soal.  Cuaca di luar hujan. Kami terpaksa berjalan lagi keluar lebih kurang 10 minit untuk menaiki bas yang telah sedia menunggu.  

Seperti yang aku katakan hujan noks. Tarik lah luggage dengan lajunya. basah sikit sikit ajer.

Jam 1.30 am dah sampai di Xi'an HongBao Hotel. Berehat secukupnya untuk simpan energy pada hari esok pulak. 

DAY 1

Pintu utama Hotel Xi'an HongBao. Pepagi (selasa) aku dah berdiri kat sini. Tengok cuaca dari dalam hotel macam cantik ajer. Rupanya....hujan lah. Alahai jugak. Untuk itinerary hari ini kita akan melawat City Wall, Great Mosque, Muslim Street, Bell & Drum Tower Square.Apa pun kita breakfast dulu.

Breakfast di hotel Paw mesti ada noks, Pau dengan spirulina, paw ngan herbs pun ada. Sepanjang duk lima hari kat hotel ni aku belum jumpa Paw kaya Paw pandan. Memang tak ada kut.

Ongkosnya yang harus di bawa. Biarpun banyak mana janji asal boleh shopping. Minda terapi yang boleh hilangkan tension kut. Di Xi'an ni tak adalah tempat shopping sangat pun. Cuma di Muslim Quarter Street ni ada gak souvenir yang boleh di cari.Cuma bestnya kita dapat tawar menawar dengan harga yang sangat cantik rupa. Tshirt quality yang sangat baik boleh dapat 20 yuan saja (lebih kurang rm13).


Okay itinerary hari pertama ni
Kali ni dari hotel jam 9.00 pagi kami mulakan perjalanan. Tempat pertama THE XIAN CITY WALL yang mengikut sejarahnya telah dibina pada tahun 1374 sehingga 1378 sepanjang 14 km. Gigih aku menulis nota pada buku comel yang aku bawa setiap kali perjalanan. Tour guides kami "meimei'yang fasih berbahasa Inggeris menceritakan tentang sejarah Xi'an.Berbentuk empat segi dengan pintu gerbang disetiap seginya. Terbinanya tembok ini untuk menghindarkan dari serangan musuh musuh dari luar.Time aku gi kat bell tu loceng bulat tu dah tak ada, dah di tanggalkan pun. Lau ada loceng bell tu mahu bergema satu Xi'an.

Main enterance Xi'an City Wall.
14 km nok jauhnya. Bila meimei kata boleh naik basikal, baper lama nak sampai gamaknya. Budakbudak ni xcited naik naik sikal. Kita tengoklah nanti larat ke taknya erk.

Harga tiket 40 yuan setiap sorang.Tugas tour guides menerangkan terperinci akan kedudukan Wall ini.


Jangan pandang belakang! Hahaha bukan ada hantu, tapi gayat lah. Tinggi curam tangga ni. Tak sabor nak cepat sampai. 


Angin sepoi sepoi. Sejuknya tapi mulut tak berasap.Silap hari kut.
aKTIVITI NAIK BASIKAL. Nanti dilla cerita di part akan datang. Jauh ni naik basikal 14 km. Mengah dibuatnya. 

Aku rasa release tul bila berada disini. Jadi relax, bersahaja. Aku boleh captured apa saja. No body kata' hey jangan, no Camera Pls & bla bla'. Sebabnya lau orang cam aku ni kena sergah cam tu memang KOMPOM aaa semua gambar akan jadi Buruk! Amik gambor gunakan MOOD ini lah jadinya. Tapi kat sini memang korang akan enjoy mbagget. Tak Caya, gi lah sini. Silap silap dia orang akan bagi kerjasa dengan gaya yang tak disuga. So biarlah gambar berbicara, ghitew. 

Ini salah satu kedai souvenir yang ada kat tepi Muslim Quarter Street ni. Saje lah aku beli jam sebijik. Lebeh kurang sama ja kat Malaysia tapi kununnya nak beli gak jam di China made in china buat kenangan. 

Dia sangat fasih berbahasa inggeris. Ni hari yang last aku singgah Muslim Quarter Street sebelum fly malam. Dapatlah jalan puas puas kat sini. Baju baju tu dia bagi harga 45 YuanRmb. Hangpa tawar jadi 20 mesti dia orang kasi. Tak bagi korangs cubalah blah sikit sikit mesti dia panggil pangil. Masa tu apa lagi bargain semampu boleh. Sebabnya aku dah try sebelum perjalanan pulang tempohari.

1ST DAY datang sini tak nampak pun gula Cotton candy ni. Mungkin masatu hari hujan.Last day jumaat cuaca terang benderang. Adanya dia disini. Sangat kreatif dan aku pernah tengok tengok dalam Astro tapi tak ingat dimana ada orang serupa buat cotton candy cam ni. Cam teruja nengoknya. 

 Kat sini inilah makanan paling pamous. Cam rupa kek pun ada tapi dibuat dai pulut dan ada sos. Manis sosnya. Mana mana korang lalu akan ada kuih ni. Sorry aku tak ingat harga berapa $$$$.

Ni ketam sotong goreng. Besor giller noks. Orang kedah aritu dia kata SOTONG RAJA. Harga dua puluh yuan lebeh kurang myr 13.50. Kita dah biasa makan potong potong. So lau gi sini pastikan bawak gunting lah baru rasa nikmat.

Macam macam jenis makanan ada. 

Dia orang ni suka makan kambeng. Tengok lah ngan lidi satay kambeng yang lejen.

Satu hari duk sini pun tak menjemukan..
Nanti kita sambung lagi

Monday, 14 September 2015

XI'AN TRAVELBLOG INTRO

Salam sahabat ku semua. Alhamdulillah cuti selama seminggu ke XIAN amatlah menyeronokkan. Terima kasih sekali lagi pada myLOVELYsister yang sentiasa membawa ku kemana saja diatas percutian bersama family untuk tahun ini.

Rasanya inilah PERCUTIAN paling menyeronokkan. Ku bebas untuk mengambil shots apa saja tanpa larangan. Di Muslim Quater Street paling syok sekali. Apa saja makanan yang tak pernah kita jumpa ada disana. Best oooo dep!

Cuaca disana hujan saja. Dari aku sampai (isnin sampailah khamis tak berenti hujan setiap hari. Hari Jumaat hari yang paling terang benderang. Tuhan makbulkan doaku untuk aku menikmati suasana ini dengan tenang. Melihat masyarakat Muslim di XIAN serta budayanya. Boleh ku katakan mereka mudah mesra. 


Siapa yang suka Mee Soba, inilah tempatnya yang HALAL.

Sambal Xian. Ni aku yang bagi nama. Dia orang makan sambal taw jangan terkejut. Pedas wooo sambal dia orang. Kuat makan cili rupanya orang cina kat sana.

Suasana sangat happening kat sini.Kalau tengok lori sampah dia orang cute je. Kat Malaysia sebatu dah bau. Kat sini lori sampah depa tak lah wangi tapi lansung tak berbau.

Ini adalah aktiviti yang terkenal di Muslim Quarter. Boleh ku katakan ini lah caranya nak buat KUIH BEHPANG.

Satay Kambeng. Besor giller kayu pencucuk tu.

Tuesday, 18 August 2015

LAST SYAWAL

Dapat last jemputan OPEN HOUSE Hari Raya di rumah ibu Ani. Habis kelas terus serbu rumah Ibu Ani. Menu sodap sodap lah haih. Lagipun waktu tengahari tu. Pastinya semua orang dah lapar.

Aku diantara yang terawal sampai. Memang kena waktunya lah kan. Ammar goodboy hari ini. So mama Ammar boleh lah makan banyak kan. 

Ibu Ani menyambut tetamu yang datang.
Marah tul DAK ni ngan ai (hahahha)
Dak ni nak main camera ai. Mana boleh... dijelingnya cam ni hah.
Masakkan orang dollu  dollu memang cukup power
Wafda maintain ayu je.
Haritu dapatlah gi dua buah rumah. Acara penutup Syawal. Ada panjang umur jumpa lagi ditahun hadapan.