Saturday, 8 September 2012

AIRMATA

Pasti Nana akan rindu kat ' Dobbot & AcA"

6 tahun Nana kat sana. All the best nana......

Ni Nana ngan unty2 belah abah dia & belah aruah mama dia....

Bermula esok hati dan perasaan aku ni dah mula rasa sedeh pulak. Bukan putus cinta erk. Jangan nak menafsir aku berbagai bagai. Sepertimana yang pernah aku kata dulu bulan september bulan airmata. Apa taknya anak anak buah aku ni semua sorang sorang akan fly. Esok Nana, aka Aca. Tulat kakak Nana pulak si Farah. Nanti 24 sept si Twins pulak lepas tu abang twins. Last sekali Emy abang Nana. Semua ni anak buah yang paling bising kalau berkumpul sama. Bila dah fly semua mesti lah sunyi kan. Oh malam ni Aca family akan tidur kat bangi. Sebab flight Nana esok petang ke Jordan. Berkampung lah urang Kuala Selangor malam ni kek Bangi. Pagi tadi aku balik kampong u tapi kat Kuala Selangor je. Family Nana buat kenduri doa selamat. Kul 10 gerak sampai kul 11.30 pagi. Masak simple simple ja. Lepas asyar tadi aku pun balik Bangi semula. Cuaca mendung passtu hujan. Malam ni berehat cam biasa le. jom kita tengok photo budak2 ni.

Thursday, 6 September 2012

DELTA MEKONG


Jom kita makan buahbuah sambil dengar depa menyanyi.....
Sedap tak suara mereka? Ala cam biasa aaaa. Nak kata suprano tu idak ler. Suare depa kan ala ngau ngau sikit. Sebab dalam bahasa mereka tiada perkataan'R' erk....

Suka tak tengok kalerful cam ni. Ini buaian gantung erk. Baik sangat untuk prop shooting. Boleh gantung baby ghitew. Aku dapat beli kat pekan Ben Thanh dalam harga bawah dua puluh hinggit satu. Kat sini mungkin murah sikit kut aku pun tak tanya sebab dong dah mulus. Buaian yang aku beli tu tak ada kayu cam ni. Pemegang kiri kanan shuntek jugak. Orang orang Vietnam ni memang suka berbuai. Kalau lalu kat tepi tepi jalan tu banyak buaian gantung. Ada besi penyangkut ghitew kekdahnya. Agaknya mereka ni suka suasana tenang sambil baringbaring menungmenung ghitu kut erk.

Dah habis borong kat kedai apow Alan Nguyen kata jom kita gerak dengar muzik pulak sambil makan buahbuahan, katanya. Maju setapak menyusuri kedaikedai yang menjual berbagai barangan. Naik rabun dibuatnya. rabun sebab duit dong dah habis sudah.

Barang-barang kat APOw gallery ni memang shuntek-shuntek. Harga beg ni leh dapat Rm30 saje. Berbaloi lah kan compare kat Malaysia depa juai beratus gak taw. Photo atas tu 'Apow' with my sister & niece. Buat kenangkenangan. Entah bila nak gi sini lagi agaknya.

Mataku lebih tertarek kat sini biarpun dah masuk hari ke tiga mata duit dong ku tinggal nyawa nyawa ikan je tapi sempat rembat 3 beg kat sini....

Kat sini kita disajikan dengan makanan kerepek kerepek (tapi aku tak makan erk). Minuman madu dicampur dengan limau kasturi. Disamping tu dia orang jugak memperkenalkan tentang kosmetik yang diperbuat daripada madu lebah asli.


Station minyak pun ado. Selepas melawat Candy Island kami pun di bawa ke Unicorn Island pulak. Unicorn Island merupakan pulau yang terbesar diantara pulau pulau yang ada disini. Banyak aktiviti yang menarik di Unicorn Island ni. Boleh makan buahan-buahan, minum madu bersama limau kasturi dan last part kita akan disajikan buahan buahan untuk dimakan sambil dengar kumpulan ala ala koir menyanyi. Passtu bagilah depa tips sikit. Last song ' Si Jantung hati' tu part lagu yang ku tak tahan tu. Pandai lak nyanyi lagu melayu ni dengan suarasuara teran dalam lak lagi. Satu yang best kan kat sini barang2 kraftangan macam beg beg yang aku beli kat Ben Thanh market tu jauh lebih murah tau. So agak agak angpa nak melawat Unicorn Island ni baik beli beg2 tu kat sini. Sebabnya kat sini kilang depa. Aku suka beli kat 'APOW' tu gallery Apow kat rumah lebah tu. Memang mix pun bapak Cina Malaysia maknya Orang Vietnam. Boleh berbahasa melayu walaupun agak pelat sedikit kita still paham lagik erk. Senang nak bargain aku kat apow ni. Nanti aku boh gambar apow erk. Photo atas tu kita dah pun sampai kat Unicorn Island. Mula mula kita kena gi rumah lebah dulu. Rasa air madu ngan limau kasturi tu. Waktu ni ramai gak pelancong yang datang. Orang Malaysia jangan cakap lah. Senggol senggolan toleh toleh orang kita sajok.

Kali ni dilla nak cerita tentang DELTA MEKONG yang terkenal dengan kesuburan pertaniannya. Padi adalah sumber pertanian yang utama di negara Vietnam. DELTA MEKONG ini meliputi sebahagian besar tenggara Vietnam dengan keluasan 39,000 kilometer persegi. Seronok dapat menyusuri Sungai Mekong ini iaitu sungai ke 12 yang terpanjang di DUNIA yang mengalir ke beberapa buah negara antaranya China, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Pulau terbesar disini adalah Pulau Unicorn. Kita dapat merasai menaiki bot kayu. Berpeluh peluh makcik yang mendayung kat depan tu. Kena lah bagi Tips erk...maka laju lah dayungdayung kayu makcik ni hehehehe......sebab kayu kayan yang dibawa pun boleh tahan gak beratnya erk.

Wednesday, 5 September 2012

CU CHI TUNNEL

Peluru dan bom yang telah di gugurkan oleh tentera Amerika di Cu Chi...

Cu Chi menjadi kebanggaan oleh orang Vietnam. Terowong tikus ini telah menjadi simbol kejayaan dan kemenangan mereka atas Perancis, Pemerintah Vietnam Selatan dan juga Amerika Syarikat. Tentera Vietnam tidak menggunakan senjata yang hebat tetapi mereka hanya ada terowong yang sangat besar ertinya dan menjadi punca segala kekalahan tentera Amerika dalam perang ini. Hebatnya terowong ini dibuat secara manual dan menggunakan alatalat pertanian namun hasilnya sungguh luar biasa.

Lepas ni kita di bawa ke kawasan Cu Chi Tunnel. Boleh masuk terowong tu sejauh 30 km. Tapi satu nasihat saya kosongkan fikiran anda dan jangan panik. Sebab kita terpaksa membongkok kerana terowong tu agak kecil. Aku tak masuk sebab rasa cam sempot jek nengok keadaannya ghitu. Kakak aku masuk halfway. Dia kata tetiba tak leh nak nafas terpaksa undur ke belakang sedangkan di belakang dia punya lah ramai. hendak tidak terpaksalah urang belakang PASRAH. Lau nak ikutkan lagi 5 minit jalan kedepan dah nak sampai tapi sebab panik kan....memang tak leh nak fikir apa katanya.


Inilah rupa bentuk terowong cu chi. Ada dua bahagian yang terbentuk. Dihujung belah KIRI itu yang seperti beratap itu adalah bilik GEMBIRA, menurut alan Nguyen. Gelak ketawa kami didalam ni. Apa itu bilik gembira anda haruslah datang kesini untuk mengetahui lebih lanjut apa maksud disebaliknya (hehehe).

Cu chi ni mempunyai nilai sejarah yang begitu bernilai. Cu Chi Tunnel yang terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi yang jauhnya lebeh kurang 100 km dari Ho Chin Minh. Cu Chi Tunnel merupakan terowong bawah tanah yang sejauh 200 km. Dalamnya terowong ini 1- 40 meter. Orang yang berbadan besar masuk sini mesti tak leh nak kluaq. Betapa rampingnya rakyat vietnam ni. Kurus kurus belaka....

Ambik mood kejap kay.


Tiket dah dapat pamplet pun kita dapat jugak. Bermulalah edisi pengembaraan ke Cu Chi Tunnel dengan semangat ingin tahu dan akan menghayati betapa deritanya mereka dari peperangan ini. 1975 tu aku baru 3 tahun taw.....Atas tu as a model. Twins mulakan pengembaraan ini dengan as a videographer. Memang lawak kalau tengok video yang dia urang telah hasilkan dengan pengembaraan di Cu chi tunnel ni. Jom kita tengok lagi....

Kita dah pun sampai ke Cu Chi Tunnel setelah mengharungi perjalanan selama dua jam. Kematu lah jugak mutut duk lama dalam bas ni. Sementara tourguide kami mendapatkan tiket masuk ni aku tinjautinjau dulu apa yang ada kat sini. Cuaca yang panas sama jek ngan Malaysia membuatkan aku rasa haus sangat. Nak beli ayer pun 15,000 dong (rm2.25). Kat sini tak terima Rm depa guna USD ajer. Jelleh aaa (hehehe). Hilang haus aku try masuk kat weapons gallery ni. Wah ada macam2 senapang u. Ni semua dari kisah silam semasa peperangan Vietnam dulu.

Orangorang Vietnam ni suka santaisantai ghini erk. Banyak terdapat buaian gantung2 ni disepanjang jalan. Owh satu lagi kan lau u all gi pekan ben Thanh tu ada urang yang jual buai hand made tu belilah. Rugi tak beli. Buatannya sangat shuntek. Dilla sempat beli lapan ketul u...hehehe banyak kan. Tu semua untuk rakanrakan photography untuk dijadikan prop shooting.

Dapatkan tiket terlebih dahulu. baru lah kita akan dapat pamplet ni erk.


Kali ni dilla nak sharing info tentang lawatan ke CU CHI TUNNEL di Vietnam baru baru ni. Day 2 CU CHI dalam agenda perjalanan kami kali ni. Lepas breakfast jam 8.30 pagi semua berkumpul di hotel lobi. Isi perut kenyang kenyang tapi tak sekenyang duk kat malaysia erk. Al maklum breakfast ala kadar je. Ape ajer yang boleh dimakan hanya cereal dan roti sajok. Kalau kat Malaysia leh makan macam macam kan (hehehe). Mula lah waktu ni rasa rindu kat Malaysia teringat Nan tandoori lah, kerang lah ketam lah. Ingat makan aje...ishhh!!!Tepat 8.30 pagi kami pun bertolak dari HCMC. Perjalanan memakan masa 2 jam ghitew. Disepanjang perjalanan ke Kemboja ni pemandangan hanya tertumpu di sawah padi saja. Luas jugak sawah padi dia orang. Apa yang menariknya terdapat kubur di tengahtengah sawah. Menurut Alan Nguyen selaku 'tourguide' kami memang menjadi tradisi orang Vietnam yang meninggal akan disemadikan ditanah mereka sendiri. Agar senang cucucicit akan menziarahi persemadian mereka kelak.