Kita bersama Sifu Mimi. Tapi Aca sangat takut dengan itu Ayer. Camano?
Sunday, 9 September 2012
Saturday, 8 September 2012
AIRMATA
Pasti Nana akan rindu kat ' Dobbot & AcA"
Ni Nana ngan unty2 belah abah dia & belah aruah mama dia....
Bermula esok hati dan perasaan aku ni dah mula rasa sedeh pulak. Bukan putus cinta erk. Jangan nak menafsir aku berbagai bagai. Sepertimana yang pernah aku kata dulu bulan september bulan airmata. Apa taknya anak anak buah aku ni semua sorang sorang akan fly. Esok Nana, aka Aca. Tulat kakak Nana pulak si Farah. Nanti 24 sept si Twins pulak lepas tu abang twins. Last sekali Emy abang Nana. Semua ni anak buah yang paling bising kalau berkumpul sama. Bila dah fly semua mesti lah sunyi kan. Oh malam ni Aca family akan tidur kat bangi. Sebab flight Nana esok petang ke Jordan. Berkampung lah urang Kuala Selangor malam ni kek Bangi. Pagi tadi aku balik kampong u tapi kat Kuala Selangor je. Family Nana buat kenduri doa selamat. Kul 10 gerak sampai kul 11.30 pagi. Masak simple simple ja. Lepas asyar tadi aku pun balik Bangi semula. Cuaca mendung passtu hujan. Malam ni berehat cam biasa le. jom kita tengok photo budak2 ni.
Thursday, 6 September 2012
DELTA MEKONG
Jom kita makan buahbuah sambil dengar depa menyanyi.....
Sedap tak suara mereka? Ala cam biasa aaaa. Nak kata suprano tu idak ler. Suare depa kan ala ngau ngau sikit. Sebab dalam bahasa mereka tiada perkataan'R' erk....
Station minyak pun ado. Selepas melawat Candy Island kami pun di bawa ke Unicorn Island pulak. Unicorn Island merupakan pulau yang terbesar diantara pulau pulau yang ada disini. Banyak aktiviti yang menarik di Unicorn Island ni. Boleh makan buahan-buahan, minum madu bersama limau kasturi dan last part kita akan disajikan buahan buahan untuk dimakan sambil dengar kumpulan ala ala koir menyanyi. Passtu bagilah depa tips sikit. Last song ' Si Jantung hati' tu part lagu yang ku tak tahan tu. Pandai lak nyanyi lagu melayu ni dengan suarasuara teran dalam lak lagi. Satu yang best kan kat sini barang2 kraftangan macam beg beg yang aku beli kat Ben Thanh market tu jauh lebih murah tau. So agak agak angpa nak melawat Unicorn Island ni baik beli beg2 tu kat sini. Sebabnya kat sini kilang depa. Aku suka beli kat 'APOW' tu gallery Apow kat rumah lebah tu. Memang mix pun bapak Cina Malaysia maknya Orang Vietnam. Boleh berbahasa melayu walaupun agak pelat sedikit kita still paham lagik erk. Senang nak bargain aku kat apow ni. Nanti aku boh gambar apow erk. Photo atas tu kita dah pun sampai kat Unicorn Island. Mula mula kita kena gi rumah lebah dulu. Rasa air madu ngan limau kasturi tu. Waktu ni ramai gak pelancong yang datang. Orang Malaysia jangan cakap lah. Senggol senggolan toleh toleh orang kita sajok.
Kali ni dilla nak cerita tentang DELTA MEKONG yang terkenal dengan kesuburan pertaniannya. Padi adalah sumber pertanian yang utama di negara Vietnam. DELTA MEKONG ini meliputi sebahagian besar tenggara Vietnam dengan keluasan 39,000 kilometer persegi. Seronok dapat menyusuri Sungai Mekong ini iaitu sungai ke 12 yang terpanjang di DUNIA yang mengalir ke beberapa buah negara antaranya China, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Pulau terbesar disini adalah Pulau Unicorn. Kita dapat merasai menaiki bot kayu. Berpeluh peluh makcik yang mendayung kat depan tu. Kena lah bagi Tips erk...maka laju lah dayungdayung kayu makcik ni hehehehe......sebab kayu kayan yang dibawa pun boleh tahan gak beratnya erk.
Subscribe to:
Posts (Atom)