Monday, 24 September 2012

GEGURLS

Hari ini patutnya aku cuti fullday tapi terpaksa pi opis jugak ambik sekerat hari ja. Tak apalah asalkan dapat cuti ari ni alhamdulillah. Macam aku habaq hari tuh bulan ni memang bulan airmata. Sabtu lepas Ajies bro twins fly jauh untuk mencari ILMU. Malam ni giliran twins pulak nak flyback to TANTA. Sat gi aku nak pi airport. Nak babay babay kat depa ni. Sedih lah pulak no. Semua anak buah aku memang terlalu rapat. Sorang tak ada akan terasa ketiadaannya. Buat kaksu & kak Yong. Maksu ill' miss u again. Jaga diri moga diberikan yang terbaik dalam kehidupan.Pada Jemma, tq. Sbb tolong cover kerjaku didepan nu. Nak gerak dah ni. Jumpa lagi semua.
Ketiga tiga ni jauh dah tapi dekat dihati maksu.
Twins telah selamat berlepas malam tadi jam 8.30 malam. Alhamdulillah kali ni balik Mesir bersama rakan rakan serumah. Tahun ni merupakan tahun kedua Twins berada di Tanta University. Ada empat tahun lagi Twins harus berada disana. Maksu doakan kejayaan kalian berdua, amin. Last sekali 1 oktober anak buah aku yang sorang akan balik ke Tanta jugak. Lar ni class tak mula lagi jadi dia harus lepaking lama lama kat Malaysia. Penerbangan yang terakhir lah tu kiranya hehehehe.

Saturday, 22 September 2012

AJIES



Dah ku kata hari tu kan bulan September bulan ayermata untuk aku. Lepas sorang sorang anak buah aku meninggalkan rumah ni yang dulunya begitu riuh rendah bila tibanya dia urang ni berkumpul sama. Bermula dari Nana hari tu fly ke Jordan, pass tu Farah pulak menyusul. Hari ini giliran Ajies pulak. Aku baru je balik dari Airport. Bila tiba kat rumah tengok kereta si Ajies sedeh pulak aku rasa. Tuannya akan tiada dalam masa dua tahun ni. Dia lah teman gaduh aku kat rumah ni. Bila dia tak dek mestilah aku rasa sunyi. All the best to ajies. Apa pun maksu akan sentiasa rindukan ajies selalu. Ajies akan berada di Shelford selama dua tahun. Insyallah kita akan jumpa nanti. Study jangan main main erk...hehehe!

Okay untuk entry LEGOLAND tu insyallah akan ku siapkan nanti. Bukan apa benornya aku ngalid ngan INSTAGRAM sampai lupa nak update entry tu. Sorry erk ORGA, DEP! Aku memang ghini lau dah hadap menatang yg aku suka tu lansung lupa (kehkeh). Insyallah aku akan cuba siapkan nanti. Minggu ni rasa entry babai kut. Sebabnya isnin ni giliran twins lak nak balik Mesir pulak. Last sekali 1 oct anak buah aku yang last balik Mesir jugak. Sedehnya lah.....
Aliesya ni memang rapat ngan Ajies. 
Cam ni lah Aca. Touching lak aku nengoknya. Aca jangan sedih sedih erk.Ajies ni teman segadoh aku lau kat rumah. Mmmg rasa sunyi lah bila aku tiba rumah ni malam tadi. Tengok kat kiter dia aku rasa sedih pulak. Tak dek dah dengau sore sore aku dok kejut dia dah. Pusingan kehidupan cam ni lah gaya kan. 

Sunday, 16 September 2012

BAYU MARINA RESORT

Tadaaaaaaaaaaaaa! Best kan? Nampak luas kan. Leh masuk dua family pun tak apa.

Hello selamat pagi. Aku bangun awai hari ni. Nak tidor lebihlebih mata ni automatik memang tak nak lelap. Lar ni aku berada di Bayu Marina Resort Johor. Apartment hotel ni baru still dalam promosi. Ianya bertaraf lima bintang dan terletak di tengah tengah bandar JB dan dekat ajer dengan Selat Tebrau ni. Bila berada disini aku teringat lak kat 'Nan Huser'.Aku dapat tingkat 10. Best sangat dan sangat selesa. Memandangkan ni family outing kenalah booked 2 apartment. Rm260 per night. Ada 2 bilik double bed dan sangat sangat lah selesa.