Sehari dua ni tekak rasa perit perit lah pulak. Terasa nak batuk pulak tetiba bila menjelang malam. Jangan sempot udah lah. Aku pernah duduk ICU gara gara lambat ambik nebulizer ni. Mohon padaNYA agar aku diberikan kesejahteraan hendaknya. Sedor tak sedor kul sembilan aku dah terlelap malam tadi. Kul dua belas tercelek lah pulak. Aduhai nak pejam balik rasa terkebil kebil mata ni. Lepas telan ubat tu tak sedor bila masa mata ni terpejam. Tetiba mimpi WAN Azizah pulak. Real beb...rasa Wan Azizah tengah bersembang sembang ngan DSAI. Bior betik....agaknya semalam aku ada tengok gambor depa berdua ngan cucu kat FB kut. Masyaallah kul tujuh empat belas minit sudah!!! Wa aku sudah lewattttt...tulunnnn!!!
Kul tujuh empat puluh sempat singgah PETRONAS. Cari 'PakDin' ni. Cari Colla tapi tak dek. Kesannya kurang berkesan lah ngan pakdin ni. Esok nak cari lain lah pulak. Esok kena kijo ganti rakan sebelah yang tengah mood cuti kahwin erk. Tapi hari Isnin cuti...wah syioknya. So OFFDAY teman hari Selasa. Tiga hari cuti yibaaaa!!









