Thursday, 28 August 2014

TEMA DINNER

Citer pasal last week punya event. Kali ni lucky draw tidak memihak pada aku. Tak perlah... kawan opis aku dapat TV 60 inci, hah hambik ko. Dia kata besau giller!! Syoklah duk depan tv cam tu terasa duk kat panggong wayang agaknya erk.

Maih sini kita nengok sapa artis malam tu....

Cer teka abang Nuar nyanyi lagu apa

Kalau dengar lagu tu mesti semua feeling lagu ni

Adibah Noor pun ada. Bestnya perfomance dia malam tu. Ngan audience pun hebat rasa tak jemu.

Tema malam tu 'Traditional Glamz 2014'. Wah hampir keseluruhannya teman tak kenai yong. Berubah semuanya. Banyak yang bertemakan bollywood macam opismate teman ni hah...

Meen Finance...

Ni orang kuat WADIHANA ni Mr Adee.

Mrs Dedda... seri makyong.

Ni urang kuat 'Supply Chain & Sect Mr Fruz' glam korang malam tu na

Lawa baju Iqeen malam tu....

Pengantin baru ni...

Monday, 25 August 2014

SYUKURIN ALHAMDULILLAH

Angan angan itu bukan saja tajuk lagu Raja Ema. Tapi dalam mindaku angan angan itu merupakan satu hayalan atau mungkin akan berlaku dengan izinNYA. Angan angan yang baik dengan penuh harapan agar Tuhan makbulkan doa ini. Apakah angan angan itu agaknya. Kalau dah minat pada satu benda rasanya lau ada depan mata rasa nak cekau jer. Manakan mungkin. Kalau ada RM yang banyak mungkin kut beli dengan segera tapi lau tak ada duit dan terpaksa kumpul dulu mungkin ianya memakan masa yang sedikit lama. Suatu hari di senja maghrib tengah waktu nak solat tetiba hpku berbunyi. Tertera nama yang biasa ada discreen hp sebelum ni. Setelah menyambut kata salam dan menjawab kata pertanyaan tetiba dia bertanya 'nak apa? Gelang ke rantai? Hah rantai gelang? Rantai basikal ke? Apalak rantai basikal. Betul betul ni tanya nak gelang ke rantai ke IPAD ke? Beria dia bertanya. Camana nak jawab ni. Aku memang nak benda lain selain dari tu. Malu lak nak cakap camana erk. Ku bertanya lagi betul ke nak bagi ni. Dia kata betullah ..... lalu ku jawab leh tak nak ni. Boleh! Eh ye ke boleh? Nanti abang belikan. Yahoooooooo!!!

Alhamdulillah semalam petang dilla dah dapat dah. Thanks abang tq terima kasih. Ni lah hadiah dari abang dilla untuk saya. TENGKIUQ erk abah Aca and senyum sampai akhirnya.


tadaaaaa..........................
Dilla kena xplore banyak lagi ni. 



Wednesday, 13 August 2014

PASSPORT

Tahun depan bulan JUN passport teman dah nak expired dah ni. Kejap jer rasa. Baru jer buat ngan mekda dua tahun dulu. Eh nak dekat dua tahun jugak rupanya. Ingat lagi pepagi Mekda temankan teman gi Imegresen Kajang. Thank you Mekda. Ang teman sejati ku dunia akhirat, doakanlah agar kebahagiaan ini sebagai sahabat berpanjangan hingga akhirnya.

Sebelum raya ari tuh kakak teman ada tanya nak ikut depa gi cuti tak. Aku ni tak pernah tolak pun (hehehe) nak ikut jugek. Kakak teman kata raya keenam kita gi jalan. Yahoo.....eh kejap nak tengok passport teman dulu rasa macam dah nak dekat xpired jer. Eh ada lagi masa sampai taun depan lah. Yahooo sekali lagi. Check cuti dulu ada ke idaknya. Setelah ditolak bahagi alamak teman kena amik cuti advance lah. Boss terus tepon ang nak gi mana ni dilla? Cuti ang sampai takat ni jer. Nak advance ang tak leh cuti sampai bulan 10 taw. Wah boss aku dah peringatkan aku nih! Baik boss tak per teman tunggulah cuti sampei bulan sebelas. Agak nak cuti jugek teman ambik lah MC :-) Boss aku kata 'clever gurl'! Akhirnya boss teman pun approved. Boss kecik okey jer asal teman nak cuti sign jalan jer. Ni big boss susah sikit ler. So nampak gaya cuti raya tadi teman bercuti panjang lebeh empat ari dari kawan lain. 

Hari Sabtu 2 August teman & kakaks family fly lah gi sini. Apa apa pun nak ucapkan terima kasih pada kakaks kerana membawa teman cuti bersama. Terima kasih kakaks. Kali ni teman dah sediakan note book setiap kali gi melawat tempat yang teman gi ari tuh. De next entry nanti teman cerita okeh.

JM kacak x ? Lau ang ada ni mahu mimpi siang malam. Encemnya kan hehehee!

 River Kwai Bridge. Banyak sejarahnya.

Bila sampai di Tiger temple ni kita semua bebas berjalan. Kiri kanan banyak binatang termasuk VAVI. Nasib baik tak disondolnya. Agaknya VAVI pun takut ngan manusia kat sini.

'Rare'. Susah nak cari kat Malaysia. Tapi kat sini ada ko nyah :-) Sampai disini kita bertemu di lain entry. Adios.