Saturday 31 December 2016

NEW YEAR

Azam baru di tahun baru yang akan datang. Pasti akan terlaksana mudah mudahannya. Pada rakan rakan blogger Selamat Menyambut Tahun Baru 2017⧪


Sunday 2 October 2016

FARM IN THE CITY

Kali ke dua aku ke sini. Kali pertama dua tahun yang lalu. Selepas aku pergi Zoo tu hari terasa teringin nak tengok binatang macam kat afrika tu. Membuak buak perasan ni nak pergi FARMINTHE CITY. Janji dengan mek jemmah kali ni. Seawal pagi dah bangun. FITC open pukul 9.30 pagi pada hari Sabtu & Ahad. Selepas sarap di Tepian Bangi dulu. Sampai FITC lebih kurang kul 10.30 pagi. Wah ramainya owang. Oh patutlah cuti 3 hari ghitu. Kanak kanak sekolah tadika punyalah excited sungguh lah. Teringat pulak dizaman aku kecik kecik dulu dapat naik bas bagai. 

Banyak dah kemajuan FITC ni. Dulu kat depan ni kosong aja. Sekarang dah ada Souvenir shop. Ada kedai Pets. Giller lah tengok kucing kucing cantek macam tu. 

So siapa rakan rakan blog yang nak gi FITC ni boleh lah tengok jadual seperti dia atas tu. Tiket adult Rm32 & Children Rm27.00. Iniadalah MYKAD Price.

Model Jemma dengan kereta FITC & Model Ammar

Meerkat
Waktu mula mula datang dulu tak sempat nak singgat tengok meerkat ni. Pandai posink dan banyak aksi dia asyik mendongak je. Memang fesyen dia begitu kah.

Singgah pulak tengok si Raccoon ni. Comel jer.

Aksi si JALAK LENTENG.

Feeding time....
Apa kata nanti kita sambung balik, hokkay

Sunday 28 August 2016

INTERNATIONAL ZOO

Bunyi macam nak gi Zoo Obercea je. Dah plan seminggu sudah bersama Mekdah. Asal janji ai ni mesti ada hal. Tetiba tertengok kat IG anak Pak Lah pergi ke Singita Grumeti Tanzania. Pergh!!! Ai meroyan sungguh tengok life singa tiger lion leopard duk saja mundar mandir cam tu. Roger Mekdah kompem lah kita gi International zoo minggu ini.

WELCOME TO THE ZOO....
Maskot ke model boleh lah
Last minute datang. Ingatkan tak jadi ikut dah habis exam kan apa kata kita release tension kat Zoo Negara kan Aca.

Tihani ada lah kawan. Syok dapat outing sama sama. 
Oh tiket Zoo Negara + Panda kira mahal jugak lah. Kalau ada anak lima empat tiga berat jugak lah. Tiket untuk Adult Rm44 Children Rm12 hinggit. Tiket naik Trem bayor noks erk. Adult Rm7 Children Rm4 (tak silap) tetiba tak hinggat pulak. Nak menapak jauh jugak lah walaupun cuaca tak lah berapa nak panas. Pukul 9 pagi we all dah sampai pintu Zoo. Dah lama tak jejak sini adalah kira empat lima tahun sudah bila ada outing + class photography kat sini.

Haruslah Post Model diva ni. Abaikan lah plastik merah popcorn dia tu. Ai random photo mana yang ada ya. Banyak sungguh ai shoot semalam ada 900 keping kut. Memandangkan background tu ala Zebra, ai letaklah photo zebra dulu. Terbayang bayang kalau ai dapat pergi Tanzania tu. Life view dari hutan daun kering tu bayangkan, ai mimpilah nampak gaya zzzzzzzzzz!!

Bersemangat naik trem. Mari kita tengok Panda dulu. Asyik owang citer best PANDA. Nak tengok Life camaner rupa kehidupan asyik tengok kat tv je. Anak panda dah dihantar balik erk. Sebelum nak masuk rumah panda wajib ambik gambar dulu. Ada khas photographer kat luar tu. Ada maskot Panda, ai try nak shoot gambar dia ngelak ngelak pulak. Kalau kat Indon kena bagi duit kat poket dia tu. Rupanya maskot Panda suruh kita ambik gambar then kalau nak beli beli lah kat luar nanti. Tu yang aca pegang tu kad tunjuk kat kaunter untuk photo yang kita ambik tadi.

Tada..................!! Masuk pintu je hah ko jah!! Menjulur badan ghitew. Tabiat kut time kul sepuluh sebelas time tido. Jangan buat bising ye, nanti kena sound! Cakap macam bunyik bunyik pun tak boleh jah. Ada yang stress jugak ni. Cakap tak kuat mana pun bukannya jerit jerit. Penjaga panda ni dok syhhhhhhh tak sudah sudah. Agak agak lah kan takkan nya tak tahu beza. So biarlah foto berbicara.
Habis tengok Panda ai cakap kat Mekdah apakata kita tengok singaharimauleopard. Untung nasib dapat tengok dia berenang ke makan ke. Tapi sayang.......
Aca dah get ready moment itu

Ai macam rasa kecewa lah pulak. Mungkin waktu tak mengizinkan untuk melihat apa yang ai fikirkan. Ai maju setapak lagi akhirnya dapat lah jugak cam ni rupa, jadilah kan dari dia tak bergerak gerak tu.
Hahahaha Tihah cam tau tau apa yang ai pikir ni. Sayang Tihah. Sebenarnya ada banyak lagi yang ai nak letak kat sini. Nantilah ai sambung lagi kay.

Thursday 28 July 2016

WEDDING RECEPTION DR FARAH & HARITH 16 JUL 2016


Majlis Akad Nikah di Masjid Negeri. Majlis persandingan kedua mempelai sudah pun selesai, alhamdulillah. Tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat pengantin Baru kepada keduanya Farah (aka Aca) & Harith. Moga kekal hingga til jannah, amin.

Farah Family & Uncle Mie
Farah Bridesmaid
Majlis seterusnya di IDCC HALL CENTRE