Sunday 2 October 2016

FARM IN THE CITY

Kali ke dua aku ke sini. Kali pertama dua tahun yang lalu. Selepas aku pergi Zoo tu hari terasa teringin nak tengok binatang macam kat afrika tu. Membuak buak perasan ni nak pergi FARMINTHE CITY. Janji dengan mek jemmah kali ni. Seawal pagi dah bangun. FITC open pukul 9.30 pagi pada hari Sabtu & Ahad. Selepas sarap di Tepian Bangi dulu. Sampai FITC lebih kurang kul 10.30 pagi. Wah ramainya owang. Oh patutlah cuti 3 hari ghitu. Kanak kanak sekolah tadika punyalah excited sungguh lah. Teringat pulak dizaman aku kecik kecik dulu dapat naik bas bagai. 

Banyak dah kemajuan FITC ni. Dulu kat depan ni kosong aja. Sekarang dah ada Souvenir shop. Ada kedai Pets. Giller lah tengok kucing kucing cantek macam tu. 

So siapa rakan rakan blog yang nak gi FITC ni boleh lah tengok jadual seperti dia atas tu. Tiket adult Rm32 & Children Rm27.00. Iniadalah MYKAD Price.

Model Jemma dengan kereta FITC & Model Ammar

Meerkat
Waktu mula mula datang dulu tak sempat nak singgat tengok meerkat ni. Pandai posink dan banyak aksi dia asyik mendongak je. Memang fesyen dia begitu kah.

Singgah pulak tengok si Raccoon ni. Comel jer.

Aksi si JALAK LENTENG.

Feeding time....
Apa kata nanti kita sambung balik, hokkay