Sunday 31 March 2013

CINTA TERMETRI

Indahnya bercinta sehingga akhir dijinjang pelamin. Tuhan makbulkan perjalanan ini dan mudah mudahan ianya dapat memberikan satu sinar dalam kehidupan dan laluilah dengan tabah andainya ada liku liku perjalanan ini yang penuh dengan ujian. 

Pagi ni nak balik kampong. Giliran anak buah den pulak nak kahwin. Tapi nasib baik mak cik ni tak jadi OP. Semput tak baik lagi ni. Mudah2an dapat bernafas dengan sempurna dan reedha lah ini satu ujian untuk ku.


Wednesday 27 March 2013

GUTEN MORGEN

Wah macam munyik orhang baru balik dari GERman je khen ;-). Almaklum pepagi kat Bangi dah hujan erk. Nasib baik masuk opis jam sepuluh. Tak lah rasa malas malas cam selalu tu. Selamat Pagi semua...... Happy working.


Monday 25 March 2013

CHENTA WADIHANA

Rasa bersyukur alhamdulillah pabila sahabat merangkap adik yang sentiasa menemaniku kemana saja telah sah menjadi isteri yang sejati buat pemilik Chenta WADIHANA. Inilah chenta WADIHANA yang pernah ku ceritakan di blog ini dahulu kala. Bagiku ianya sangat  unik dan semuanya adalah restu dariNYA. Insyallah pre wedding Chenta WADIHANA akan menyusul nanti. Nak bagi pengantin rest habis habis dulu. Sian kat depa bah.....

Mungkin ada yang bertanya apa uniknya Chenta Wadihana mereka. Biarpun hampir setahun dua mengenali pemilik Chenta WADIHANA ini namun sekeping hati itu mula meletakkan tahtanya dihati sang arJuna hanya tiga bulan kemudian. Chenta mana yang tiada rintangan. Itu adalah perjalanan untuk membina sebuah kehidupan. Akhirnya 23 mac 2013 CHenta ini bersatu. Table number SIX disitulah segalanya bermula. Dimana pengertianya percintaan ini. Nantikan pre wedding CHENTA WADIHANA soon.....!


Saturday 23 March 2013

JEMMA TAHTA DI HATI MU

Hari berganti hari dan semakin dekat semakin terasa akan debaran dengan hari yang nanti. Alhamdulillah sahabat / adik / teman ku yang amat ku kasihi sudah selamat menjadi raja sehari hari ini. SELAMAT PENGANTIN BARU JEMMA. Syukur alhamdulillah perjalanan yang sangat baik hari ini di hari yang penuh sejarah buat mu. 
Bermula jam lapan malam tadi hinggalah berakhirnya majlis mu untuk hari ini.Ini lah perjanjian ku untuk mu. Alhamdulillah aku telah pun melaksanakannya. Semoga photo ini menjadi memory buat mu & Hubby. 

Aku tak pernah shoot wedding. Indoors ni bagi aku yang tak berapa fandai ni mmg rasa rumit. Dengan perlukan lighting yang cukup sempurna. Tapi aku mencuba dan jadikan ia sebaik mana yang mungkin. Moment dari hati yang ku cuba terbitkan khas buat sahabatku sayang Jemma. Pada SR jugak terima kasih kerana menemani ku sepanjang waktu ceremony ini. Kerana aku dan SR juga adalah teman sepermainan Jemma (hehehhe)



Tuesday 19 March 2013

PENATNYA MARENG SEKEPPER

Hari ni memang macam tak bermaya ja. Semalam off melenjan entah kemana. Balik terasa lah fenatnya setelah seharian berjalan jalan gayanya erk. Balik dari PERTAMA terus terjah WADIHANA. Siapa lagi lau tak SR yang bawak aku ke sinin. Dapat makan cengkodok tepung terasa leganya.

Pepagi ri nih dah sampai opis. Tu dia dapat terima surat dari peminat ni. SATU guni tu. Setelah diaagih agih kan kepada sipembuka yang setia bersama guni guni itu maka ni lah sebahagian untuk ku. 

Mata tak leh nak buka ni. Selamat malam semua

Friday 15 March 2013

KIDZANIA EVENT

Ahad lepas company ku ada Event kat KIDZANIA. Dapat lah free ticket 4 ketul. Nak kena bawak kanak kanak. Pilih punya pilih ACA lah yang terfilih. Memang ada niat pun nak bawak ACA gi sini. Tup tup bila companyku buat event kat sini maka rezeki si ACA lah erk. 

Kalau nak bayau sendiri pun memang mahal. Ibubapa pun kena bayau gak. Pendektakkata semua $$$$$. Lau makan kayefcee ni memang kenyang berbaloi lah. Lagi satu lau nak bawak anak anak kat sini kena yang AKTIF lagi lah berbaloinya. Mana yang takut takut ngan maskot sekeling macam ACA ni hehehe.... memang kesian lah. Bayangan maskot ada dimana mana. Alhamdulillah pujuk di pujuk dapatlah dia masuk 4 penjuru. Kira banyak lah jugaknya khen.

So companyku dah ada satu kat KIDZANIA ni. Lau uolls nampak ada CITREX Vitamin tu. Ingatlah aku erk (hehehehe) biarpun u olls tak pernah nampak haku namun anggaplah aku jugak tu khen. Jangan ada marah fulak erk. Dunia cyber khen kekadang cam ghini lah ragamnya.

X semena mena aku jadi warga asing lak erk.


Naik AIRBUS tu.....


Masa ni okay lagi si ACA ni. Bila nampak maskot haru biru dibuatnya dak ni.



Thursday 14 March 2013

TERBANTUT SUDAH

Bila dah tukar jam kerja ni memang rasa terbantut nak buat apa ja. Malam gelap biarpun pukul tujuh setengah tu memang dah gelap lah pendekkatanya. Kena lah tunggu minggu depan nak jadi normal balik passtu mula semula malam balik nyamfah betoi la. Tafi apa kan daya turutkan saja lah. 

Pepagi cam ni selalunya aku dah sampai port ngeteh ni. Tapi pagi ni macam malas ja. Tunggu lah jap lagi mana port nak cari. Sarap sorang sorang adakala jadi BUHSAN. Sebab tak ada kawan nak sembang. SR Cuti arinih mestinya dah sampai KLIA tu. Nak tunggu memang tak dan kut sebabnya kul 10 karang dah masuk duty aku ni. Apa pun salam pagi untuk sahabat ku semua. Moga hari ini mendatangkan hari yang lebih baik dari semalam erk hendaknya.

Sunshine belakang umah. Kalau SR ni mesti dapat STAR yang memancor mancor khen.


Wednesday 13 March 2013

@GRILLE

Hari ni masuk hari kedua masuk opis jam 10. Seronok jugak rupanya. Pepagi leh gi ngeteh biarpun sorang diri je. Gi Opis bawak sarap untuk kengkawan. Dah macham makcik jual nasi lemak je. Penuh beg kiri kanan. Seronok kawan kawan opis dapat makan sarap luar ni. Almaklum sarap kat Cafe benda yang sama je mungkin jemu jugak kut. Tapi harus di syukuri ghitew erk. 

Malam tadi balik opis jam tujuh setengah. Alang alang biarlah sampai lapan lepas maghrib baru senang nak balik. Hari dah gelap fulak. Scooter parking kat belakang. Dah tentunya 'Usha' guard mamat Nepal kena teman kan ni. Em rasa rasa nak dinner dulu. Nasib baik Jemma tak balik lagi. Jom lah kita gi Wadihana. Makan je lah yang fatut fatut. So pagi ni kena bangun awai nak amik scooter kat Opis lak. Harus jam tujuh setengah ni Jemma dah terfacak depan pagar rumah. Petang petang nak lepak ngan SR memang tak ada lah minggu ni. Tunggu lah minggu depan erk SR. Time aku normal dah lapan sampai lima setengah cam biasa.

Malam semalam sempat jumpa SR lepas maghrib. Jom aa dinner kat @grille tu yok. Dah lama nak gi tapi entah asyik terbantut je. Aku sampai je urang tak ada. Hanya aku ngan SR je. Kedai shuntek. Dah dapat menu order tu order ni semua tak ada. Ada gambor je katanya. Lar...camana tu. Last sekali order ' Sirkholin steak'. Malam tu nak jadi lidah mat salleh. Dah makan tak sedap lah. Tak menyengat sangat. Nak rekomen pun karang korang marah aku lak. 

Pilihan SR. Cam sodap ja

Tuesday 12 March 2013

YOK SARAP NDISek...

Pagi ni segalanya berubah. Elok elok masuk kul lapan start hari ni masuk opis kul sepuluh sampai tujuh setengah petang karang. Hari Sabtu korje lah aku sorang sorang dari kul lapan sampai lima setengah. Hari ISNIN OFF lak. Em mana nak gi hari senen tu. Semuanya nak dimulakan hari Sabtu dan Ahad. Apa pun ikut je lah rentak manusia ni. Kang tak ikut kang mahu kena keplak pulak khen. 
Pagi ni nak ngeteh dulu. Salam hari SELASA untuk semua. Yok Ngeteh.....


Monday 11 March 2013

HAPPY MONDAY

Pagi dah terasa macam nak demam. Tapi tak leh cuti. Mc pun tak volleh jugek. Camano erk. Harap harap dapat gagahkan diri ja lah. Semalam ada event dekat KIDZANIA. Bangun dah tentunya awal khen. Penat jalan seharian balik balik terus kena selsemah. Apa pun happy MONDAY untuk sahabat ku. Jangan boving boving erk menempuhi perjalanan untuk hari ini. See u.....


Friday 8 March 2013

THE BEST WORD ART

We shall never know all the good that a simple SMILE can do.

Salam Jumaat friends...
Love u