My Iklan

Wednesday, 30 April 2014

NU-IN CAFE

Tiada kisah nak di cerita. Minggu ni perjalanan kehidupan seperti biasa. Cuma nak citer dapat jumpa kawan lama. Rindu masa satu opis dulu. Port kami kat NU-IN A little Perakian. Bertahan sampai sekarang NU-IN ni , alhamdulillah. Maklum kat Bangi ni kedai makan bagaikan cendawan tumbuh. Like a food paradise... tapi tiba masa macam tak tahu nak pilih yang mana satu. Sudahnya gi lah tempat yang kita selalu lepakian.

Kuih TAPAH berlauk. Tak puas kalau makan satu je. Mesti nak order dua tiga ketol.

 Ada bermacam macam jenis kuih kat NU-IN ni order sajelah yeop:-)


Cool tempat ni...
dilla lau nak lepak2 soh seh sokseh suka tempat cam ni. Relax pastinya cool bak jawa kata tak 'memberek'.




Milo tabor. Ko dah rase? Sodap lah aih!

** Ada yang tanya dilla guna lens apa untuk smua yang dilla shoot ni. Ok... utk food dilla prefer guna 35mm. Camera tu kekadang dilla bawak D300 tapi nak lebeh senang ringan dilla banyak guna D40.

Tuesday, 29 April 2014

PAPARICH

Salam Hari Selasa. Kejap dah nak masuk bulan May ya. Citer minggu lepas sarap sarap pagi kat PAPARICH Bangi. Agak ramai jugaklah bila weekend macam ni penuh saja semua tempat. Apa yang bestnya tempat ni cool. Banyak menu.... so boleh pilih mana saja menu yang kita suka.

Banyak dah cawangan PAPARICH ni. Kat Bangi ni owner Melayu erk.

Pilihanku nasi Lemak kali ni. Sekali pandang macam Nasi Lemak BangiKopitiam. Rasanya sodap.

Ni menu kakak dilla Curry Mee. 

Menu nasi AYam sekali tu lupa nak snap nasi ayamnya pulak!

Minum ayor mineral je...

Anyway thanks KAKA banjer breakfast ni....

Saturday, 19 April 2014

HAVE A NICE WEEKEND YOU ALL ....

Air di catu Hujan tetap hujan. Weekend pulak time tu pusingan giliran tetiba waktu ghini. Apa pun tak leh buat. Nak duk dapor lau tak dak ayer yang mengalir tu cam tak puas je. Ada lah tong dua tiga tu tapi nak jugak air kluar curah curah cam tu. Bak kata orhang tak leh nak fefeeling. Bila lah agaknya Catuan tu nak dimansuh kannnya erk.

Giliran umah aku ni kalau ikutkan esok tengahari baru ada. Itu pun tak taw lagi. Baju dah nak hampir penuh dua ari punya simpan. Lenguh aa nak tunduk basuh memberus tu (ngegada lak tetiba erk). Dulu kat asrama boleh je basuh tapi kuantiti tak lah banyak cam sekarang. Esok lau ada ayer ingat nak masak masaklah. Nak habiskan barang Bakery dalam raga tu. Last week aku buat crunchy almond kebetulan aca datang. Suka dia main masak masak dalam oben. Esok cadang nak uat cookies. Aku ada beli tekap2 gambor bear rituh. Lau ada ayer esok aku nak try buat. Kak long aku asyik tanya buat biskut apa. Sian lak sampai skarank aku tak hantar2 rasa kat umah dia. Umah kat bawah nu ... kalau sebelah leh tukor pinggan ngan tangan.

Bubur Tepong

Orang jawa punya menu ni. Wajib menjadi menu waktu puasa. Passtu masukkan dalam bakul sejuk tu waaa.... masa sahor cuba try test. Kenyang sungguh lah. Bahan tepong gula melaka sedikit gula & santan je. Ada setengah urang dia letak bijik sagu. Kebetulan sagu tak der dikala buat ni. Jangan lupa letak daun pandan erk, harum! Ni pebret abah si Aca. Terajat hati nak buat lastweek macam dapat rasa rasa aca nak datang. Rupanya betul lah..... kuat enor insting haku ni.

Passtu kakak ku buat lah karipub. Kakak aku masak laju wei. Aku belum sempat toleh kanan dapur dah pasang api. Inti baru nak masak dia dah siap nguli tepong untuk buat doh. Memang aku tak leh lawan kecepatan dia uat kejer ni. 

Doa doa esok moga ada ayer lah erk. Time cuti ghini rasa terbantut semua kerjer. Untuk semua selamat malam jumpa lagi de next post ya :-)

Monday, 14 April 2014

RINDU TANDA SAYANG

My little Aca datang Bangi semalam. Rindu maksu kat Aca. Sempat Maksu buatkan Crunchy Almond untuk mama Aca semalam. 

Aca dah nampak dewasa. Matang dalam bicara. Sayang maksu kat Aca. Janji maksu nak bagi dress princess semalam baju tak sampai sampai. Sorry lah ACA pagi ni baju tu baru sampai kat opis. Nanti nextweek kalau abah Aca tak busy boleh datang Bangi lagi kay. Maksu nak buat photoshoot Aca pun cuaca tak baik selalu, hujan. Tak apalah hujan rahmat. Insyallah oneday mesti ada kelapangan untuk kita nanti.

Tak dapat nak shoot outdoor maksu terpaksa shoot indoor. Hujan lebat kat luar tu. But Aca still dapat posing yang baik. Love you aca......



Thursday, 3 April 2014

BB TOMYUM

Baru ada kesempatan nak singgah BB tOmyum semalam petang. Dinner awal sebelum sampai umah dengan mek Jemah. Tengahari tak lunch pun. Cuaca pun macam mendung mendung suam je. Elok cari tempat berbumbung. Lau tak karang kuyup di buatnya.

Bau satay Willy menyucuk idung. Order lah sekali kita makan sama sama ngan Mek Jemah. Order 15 cucuk untuk dua urang pun mengah mengah nak habiskannya. 

Menawan tak satay willy ni?
Ngences kejap


Terasa nak makan nasi semalam. Sian mek Jemma lapor sungguh. Almaklum tengahari tak lunch pun...

- Iphone jer kamera x larat nak bawak lar ni

Wednesday, 2 April 2014

CRUNCHY ALMOND

Hah! Tetiba tajuk biskut. Mesti ada yang terkejut khen. Sejak bila lah rajin masuk dapur. Hahaha eh dulu aku memang suka masak taw. Masa duk ngan kengkawan satu Umah dulu. Hari hari buat kek buat biskut.Tukang sensory budak budak opis. Tapi bila dah duduk ngan kakak ni tak adalah nak masak masak ghitunya. Malas tu tak adalah cuma tak rajin jar. Tapi kali ni mood sepuluh tahun tu datang semula. Berkobar kobar noks, suka budak budak opis aku sebab ari ari buat menu yang berlainan. Kakak aku pun suka. Alhamdulillah rasa seronok masak bila ada urang yang nak makan ni. Ni menu pertama untuk Raya nanti. Aku dah kabau kat kakak tahun ni kita jangan beli biskut raya. Kita buat jer. So kita cuba resepi yang senang senang. Kalau ok bersiap sedialah kita beli bahan kuihnya.

Kali ni aku try cuba resepi kak ita Masam Manis crunchy almond. Mudah dan senang nak buatnya cuma.... barangannya agak mahal lah. So memang tak dinafikan penjual biskut ni agak mahal. 320 g RM27 hinggit. So baik buat sendiri puas makan (hehehe). nak tahu resepi click kat SINI erk.

Scale harus ada noks. Ni giant punya brand. Tapi semalam aku dah beli scale baru lah. Yang ni ku hangkat je tercabut lah pulak. Cam tak syok je. Ganas aku benornya.

Ni lah tepung GOLDEN FLORENTINA. Aku beli kat yummie bakery. Ni murah sikit tapi memang menjadik kalau nak buat kuih ni. Dapat lah satu balang tinggi. Aku potong besau besau. Lau kecik mesti dapat banyak kut. Lagi pun nak makan sendiri je. Ada lah sikit bagi kawan kawan opis rasa. 

Tara............
Ni lah crunchy Almond. Siap dah noks. Potong lajus lajus bila dah kluar dari oben. Bakor dalam 10 minit je jangan lebih nanti rentong. Selamat mencuba erk.....