Sunday 29 December 2013

I LOVE MY NIECE

Birthday Aca yang ke enam tahun dah pun selamat di rumah Bangi semalam. Alhamdulillah Aca nampak happy sangat. Seronok di kelilingi kazen kazen yang sangat penyayang ni. Insyallah nanti maksu dilla akan buat special entry untuk birthday Aca erk.


So pagi Ahad ni abah Aca dah plan nak balik Kole Selangor awal lagi. Aca macam tak nak balik jer. Maksu nak cakap aca..... Jangan lah balik dulu. Jangan lah balik!!!! Tapi abah aca agak busy pagi ni. Aca tak beli kasut skolah lagi beg skolah kahi. So Aca kata nak  swimming lah dulu Aca nak main playdoh lah Aca nak gi Bangi Gateway lah. Pandai aca. Maksu dah angan angan nak shoot outdoor untuk Aca terpaksalah di batalkan. Esok (Isnin) Aca nak kena gi skool lah pulak. Mana sempat je lah Aca kay. Asal Aca happy oklah tu. 



Friday 27 December 2013

HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS

I have been so blessed to have you for my niece. You are an incredibly smart and gorgeous GURL, and I have grown more and more proud of you everyday! 


HAPPY BIRTHDAY SAYANG!


Wednesday 25 December 2013

AMMAR ZIAD

Bau baby memang sedap. Dah lama tak bau baby ni. Rasa nak gesek idung ni kat wajah baby comel ni. alhamdulillah Ammar dah nak masuk dua minggu umurnya. Ibu kena lah berpantang erk. Seronok lah ibu cuti panjang sambil jaga Ammar ni. Itulah rutin my dear Jemma. Cepat jer masa berlalu. Zaman bujang zaman dah jadi isteri kini zaman menjadi ibu. 



Tahniah Jemma. moga menjadi ibu pelindung anak yang dikasihi. Untuk Adee juga tahniah jadi babah.


Sedap kan nama Ammar ni. Sebelum Jemma bersalin arituh sempat sembang alam kat opis. nanti kalau baby lahir namakan lah Ammar. Mengenang kembali akan 'Ahmad Ammar Ahmad Azam' student rakyat Malaysia yang meninggalkan kenangan kehidupannya di bumi TURKI itu. Moga Muhammad Ammar Ziad ini jugak akan menjadi anak yang soleh amin.



Duhai Ammar. Asyik tidor jer lah Ammar ni. Acik dilla kuis kuis pipi Ammar pun tak jugak bangun bangun erk.

Taraaaa.....Ammar dah celik tu. Hihi berjaya jugak akhirnya tapi kejap jer lah. Passtu Ammar sambung balik tidor. hok alah wei



Sunday 22 December 2013

DAYS OUT

Hampir dua tahun tak berjumpa. Mengenalinya sejak dua tahun yang lalu menjadi akrab miskipun hanya berhubung melalui telefon dan FB pastinya tidak pernah lupa dalam ingatan. Bukan rakan sekolah atau rakan sekerja tapi hubungan silaturrahim diteruskan selepas pulangnya kami dari jepun dua tahun yang lalu. Alhamdulillah pagi ni seperti yang dijanjikan bertemulah aku ditemani dengan Mekda berada di MdValley jam sebelas pagi tadi. A Small Gathering with Yuan Ita. Hilang rindu ......pada kakak & Refal jugak.


Happy Family. Berejam sembang kat cini. Mekda yang pertama mengenali beliaupun mesti rasa confiy ken. She is a very nice person. 


Foto ketika melawat Japan dua tahun yang lalu. Disinilah ku mengenali Ita & family. Waktu ni Family Melayu ada 3 group saje. So mana ke hulu dan ke hilir memang bersama family Ita jer. Kenangan travel bersama Kansai - Tokyo.


Duta CHILIS'. Terima kasih mekda kerana sudi menemani kak dilla sepanjang hari sepenjang minggu semalam dan hari ini. 


Banyak topik yang menarik. Dok story mory sampai tak ingat masa begitu cepat berlalu. Terima kasih Ita kerana banjer kak dilla & Mekda. Semoga di murahkan rezeki amin. Insyallah kita akan bertemu kembali dengan iZinNYA. Moga silaturrahim diantara kita berpanjangan AMIN AMIN.

Kakak & Refal


Sweet Momma

Sunday 8 December 2013

LITTLE ANGEL

Hari Ahad yang tak kemana. Duk rumah lipat kain yang segunung tingginya. semalam ada 5S housekeeping day kat opis seharian. Dah petang baru balik. So hari ni kenalah berehat nampak gayanya. Petang tadi My Aca datang rumah Bangi. rindu maksu kat Aca. Walaupun cuti sekolah namun Aca tak cuti lagi. 14 Dec baru start cuti. Smart reader masih bersekolah lagi waktu ni. Kanak kanak riang kan. Seronok dapat tangkap gambar Aca hari ni.


Tahun depan dah nak masuk sekolah darjah satu. Kejap je masa berlalu. 27 Dec ni birthday Aca. Insyallah nanti kita celebrate birthday Aca erk. "Nak cake BARBIE 2 tingkek yer Maksu"! Mak aih cake camano lak rupo eh. Tak leh nak bayang kek BABIE bertingkek tingkek ni Aca. Insyallah tak dapek dua tingkek setingkek pun boleh lah yo.
Sejak Celcom slow menyelow ni rasa malas nak guna snap ngan Iphone. Kali ni ceq terpaksa lah guna samsunggalaxycamera ni. Android dah leh install VSCOCAM. Rasa seronok pulak. Bila guna ngan Unifai ni laju berdesup jadinya. Nak compare ngan DLSR memang jauh beza lah. Ni tetap tahap compaq jugek jadinya. Janji terang ok lah kan.

Wednesday 4 December 2013

KOMPANG DI PALU

Musim cuti sekolah ni dah tentunya kita pun dapat banyak jemputan kahwin. Masa ni lah waktu yang sangat sesuai dengan cuti sekolah yang panjang. Sudah tentunya saudara mara dapat datang meraikan hari yang bahagia ini. Ni foto pengantin yang ceq pi sabtu lepas. Ameng dan pasangannya 'Hikmah & Hilman'. Serasi je nama depa berdua ni. 

Maksu ingin ucapkan 'Selamat Pengantin Baru Ameng dan pasangan. Selamat hari bahagia hingga ke hujung dunia.....insyallah.


Monday 2 December 2013

MAI CEQ MAI

Sabtu arituh memang dah plan nak gi Perlis. Ada kenduri kahwin kat Padang Besaq & Pauh. So Sabtu subuh syapie dah mulakan perjalanan. Ada lima driver yang bertauliah menunggu giliran. Perjalanan yang agak jauh memakan masa enam jam insyallah. 

Singgah sarap di KFC JEJANTAS. Tompek lain ponuh. Mat mat motor saje dah memenuhi meja yang ado. Habis sarap perjalanan pun di teruskan. Jauh lagi perjalanan ni. Nak kena pergi kenduri kat Padang Besaq dulu passtu patah balik ke Pauh pulak erk.


Anak buah aku sorang ni memang rajin. Dok pada semua urang layan tiduq zzzz dia dok lagi buat gherja. masa ni dah nak sampai Ipoh ni. Lajus kebabom anak buah aku sorang ni drive. Kakak aku dok pot pet pasal kelajuan ni hahahaha. Jangan laju laju angah. Ikut had kelajuan yang ada.


Alhamdulillah akhirnya sampai juga kat PERLIS sudah. Lima setengah jam perjalanan ni. Semua foto captured ngan Iphone jer. Senang dan pantas. Dah sampai rumah pengantin lelaki kat Padang Besaq ni aku lupa nak ambik gambaq depa ngan Iphone ni. Comel jer pengantin lelaki si Ameng ni. Keturunan darah cina sebelak pak. Mesti lah look like chinese ghitew. Nanti next entry dilla upload gambaq depa ni. Wife yang sweet macam Heliza Af pun ada. Dah makan kenduri rumah Ameng berlari pulak ke PAUH ni. Bak kata kakak aku tak pa lah lambat lambat. Nak singgah umah besan boleh duk lama lama katanya. Setengah jam dari rumah Ameng dah pun sampai Pauh. Tu dia kita urang sampai dalam kui tiga orang masih ramai lagi....


Ni dah sampai Umah Joji dah ni. Tu nampak baju hijau sekerat tu abang ipaq si Joji (anak buah aku anak kakak aku yang sulong). Ni jugak umah behsan hakak aku.....
Selamat Pengantin Baru Joji & Yana.  Best aaa kenduri depa ni. Ada stall ayaq batu campuq, mee sup melehtop, Apam balik Ulu Pauh. Phew!!!!


Dah kenyang sudah kita urang pun balik lah ke istana hinggap homestay kat Kangar ni. Ada tiga bilik memang sangat muat untuk kita urangs yang ramai ni.  Just nice condition homestay ni tapi kena di perbaiki lagi. Bilik ayaq no 2 ayaq macam salur paip yang tersumbat. Agak menyedihkan jugak lah sebab tak dapat mandi ngan sempurna setelah seharian penat dalam perjalanan. Terpaksa tumpang mandi kat masterbedroom lak.

Anak buah aku "Sabaq maksu sabaq". Sabaq lah ni...