Thursday 28 August 2014

TEMA DINNER

Citer pasal last week punya event. Kali ni lucky draw tidak memihak pada aku. Tak perlah... kawan opis aku dapat TV 60 inci, hah hambik ko. Dia kata besau giller!! Syoklah duk depan tv cam tu terasa duk kat panggong wayang agaknya erk.

Maih sini kita nengok sapa artis malam tu....

Cer teka abang Nuar nyanyi lagu apa

Kalau dengar lagu tu mesti semua feeling lagu ni

Adibah Noor pun ada. Bestnya perfomance dia malam tu. Ngan audience pun hebat rasa tak jemu.

Tema malam tu 'Traditional Glamz 2014'. Wah hampir keseluruhannya teman tak kenai yong. Berubah semuanya. Banyak yang bertemakan bollywood macam opismate teman ni hah...

Meen Finance...

Ni orang kuat WADIHANA ni Mr Adee.

Mrs Dedda... seri makyong.

Ni urang kuat 'Supply Chain & Sect Mr Fruz' glam korang malam tu na

Lawa baju Iqeen malam tu....

Pengantin baru ni...

Monday 25 August 2014

SYUKURIN ALHAMDULILLAH

Angan angan itu bukan saja tajuk lagu Raja Ema. Tapi dalam mindaku angan angan itu merupakan satu hayalan atau mungkin akan berlaku dengan izinNYA. Angan angan yang baik dengan penuh harapan agar Tuhan makbulkan doa ini. Apakah angan angan itu agaknya. Kalau dah minat pada satu benda rasanya lau ada depan mata rasa nak cekau jer. Manakan mungkin. Kalau ada RM yang banyak mungkin kut beli dengan segera tapi lau tak ada duit dan terpaksa kumpul dulu mungkin ianya memakan masa yang sedikit lama. Suatu hari di senja maghrib tengah waktu nak solat tetiba hpku berbunyi. Tertera nama yang biasa ada discreen hp sebelum ni. Setelah menyambut kata salam dan menjawab kata pertanyaan tetiba dia bertanya 'nak apa? Gelang ke rantai? Hah rantai gelang? Rantai basikal ke? Apalak rantai basikal. Betul betul ni tanya nak gelang ke rantai ke IPAD ke? Beria dia bertanya. Camana nak jawab ni. Aku memang nak benda lain selain dari tu. Malu lak nak cakap camana erk. Ku bertanya lagi betul ke nak bagi ni. Dia kata betullah ..... lalu ku jawab leh tak nak ni. Boleh! Eh ye ke boleh? Nanti abang belikan. Yahoooooooo!!!

Alhamdulillah semalam petang dilla dah dapat dah. Thanks abang tq terima kasih. Ni lah hadiah dari abang dilla untuk saya. TENGKIUQ erk abah Aca and senyum sampai akhirnya.


tadaaaaa..........................
Dilla kena xplore banyak lagi ni. 



Wednesday 13 August 2014

PASSPORT

Tahun depan bulan JUN passport teman dah nak expired dah ni. Kejap jer rasa. Baru jer buat ngan mekda dua tahun dulu. Eh nak dekat dua tahun jugak rupanya. Ingat lagi pepagi Mekda temankan teman gi Imegresen Kajang. Thank you Mekda. Ang teman sejati ku dunia akhirat, doakanlah agar kebahagiaan ini sebagai sahabat berpanjangan hingga akhirnya.

Sebelum raya ari tuh kakak teman ada tanya nak ikut depa gi cuti tak. Aku ni tak pernah tolak pun (hehehe) nak ikut jugek. Kakak teman kata raya keenam kita gi jalan. Yahoo.....eh kejap nak tengok passport teman dulu rasa macam dah nak dekat xpired jer. Eh ada lagi masa sampai taun depan lah. Yahooo sekali lagi. Check cuti dulu ada ke idaknya. Setelah ditolak bahagi alamak teman kena amik cuti advance lah. Boss terus tepon ang nak gi mana ni dilla? Cuti ang sampai takat ni jer. Nak advance ang tak leh cuti sampai bulan 10 taw. Wah boss aku dah peringatkan aku nih! Baik boss tak per teman tunggulah cuti sampei bulan sebelas. Agak nak cuti jugek teman ambik lah MC :-) Boss aku kata 'clever gurl'! Akhirnya boss teman pun approved. Boss kecik okey jer asal teman nak cuti sign jalan jer. Ni big boss susah sikit ler. So nampak gaya cuti raya tadi teman bercuti panjang lebeh empat ari dari kawan lain. 

Hari Sabtu 2 August teman & kakaks family fly lah gi sini. Apa apa pun nak ucapkan terima kasih pada kakaks kerana membawa teman cuti bersama. Terima kasih kakaks. Kali ni teman dah sediakan note book setiap kali gi melawat tempat yang teman gi ari tuh. De next entry nanti teman cerita okeh.

JM kacak x ? Lau ang ada ni mahu mimpi siang malam. Encemnya kan hehehee!

 River Kwai Bridge. Banyak sejarahnya.

Bila sampai di Tiger temple ni kita semua bebas berjalan. Kiri kanan banyak binatang termasuk VAVI. Nasib baik tak disondolnya. Agaknya VAVI pun takut ngan manusia kat sini.

'Rare'. Susah nak cari kat Malaysia. Tapi kat sini ada ko nyah :-) Sampai disini kita bertemu di lain entry. Adios.

Tuesday 12 August 2014

THROWBACK 1 SYAWAL

Cam yang aku citer arituh  kali ni balik raya TG KARANG memang mencabor giller yong. Dengan jemnya yang tak kesudahan. Sian sapa jadi drebar. teman yang duk blakang pun rasa nak nyagap je ngantuk giller. Start dari Kole Selangor sampai lah ke Tanjong Karang jem rapat tak sudah nko. Sapa yang tahu jalan rentas rentas tu memang leh slamat walaupun jauh dari nak nunggu jem beransor memang idak ler. Terpaksa skip umah umah yang wajib pergi saban taun. Memang tuan umah dok cari ngaper taun ni tak sampei sampei umah deme. Apa nak buat nyah jalan jem. Nak sampai dari 10 minit jadinya satu jam. Bayangkan baper umah dapat gi taun ni ajer. tu pasei abang ipar teman nak buatkan rumah dekat kampong tu. Insyallah tahun depan tak dek masaalah kut. Tak leh gi arini esok kita leh gi jugek. Berkejor kejor jadinya. Ada rumah kampong syok lah kan. Dapat rasa angin angin sepoi. Lau duk sawah lagi lah view menarek mbangget. Tak sabau nak nunggu umah kampong tu siap (angan angan ni).

Taun ni as usual teman raya bangi dulu. Taun ni jugak family kakak teman tak cukup korum dua anak. Depa kena beraya umah makmentua gilirannya. Lepas sembahyang raya kita urang pun gerak balik kampong. Wajibnya sampai Kole selangor singgah umah Aca dulu selaku abang teman nombor tiga. Lepas tu baru gerak umah sedara mara kali ni dapat gi keluarga belah ayah jer. Raya sebulan nanti balik lagi kampong beraya umah sedara belah aruah mak pulak kan. 

Anak buah 'twins' intro mukadimahnya

She is my sister. Thank you for everything (HUG)

Loving sisters

Salam Aidilfitri untuk semua. Sekiranya ada silap salahku mohon dimaafi....

Tenang kan bila tengok umah kampong tepi sawah macam ni. Hati yang rindu pasti terubat dengan keindahan ini, Subhannallah.

Thursday 7 August 2014

SEBELAS RAYA

Kejap jer dah masuk hari kesebelas di bulan Syawal. Pada rakan rakan blogger dilla ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHER BATEN. Andai ada tertulis ungkapan bahasa yang tidak menyenangkan mohonlah di maafkan untuk diri ini. Mesti korangs dah habis beraya erk. Tahun ni aku dan sister family terkejar kejar nak menghabiskan ziarah hari raya di rumah saudara. Almaklum walaupun kampong ku tak jauh tapi faktor jem sepanjang tahun terpaksa aku skip umah umah sedara buat sementara waktu. Penat giller marathon kat jalan raya ni rupanya. Almaklum sejak umah kampong ku terbakar tapak umah tu masih kosong. Nak buat rumah pun tak tahu sapa yang nak duduk. Tapi bila dah meningkat usia umur tua ni terpikir pulak satu hari nak duduk kampong. Takkan selamanya nak duk sini ajer kan. Alhamdulillah abang ipar serta kakak yang menjaga aku selama ini nak buatkan rumah untuk keluarga di kampong tak lama lagi. Wah semua dah berangan angan nak balik kampong selalu. Rindu nak makan pecal teppo kampong. Sedap woooo. Ni nak tapau balik bangi petang dah basi. Mampu nengok jer biarpun hati sedeh jugak benornya. Insyallah plan tengah dalam pembikinan. Lepas ni leh aa aku bawa Aca balik kampong nenek dia ni. Leh gi mancing gi sawah OH rindunya aku ngan sedara jiran sekampong. Nak nangis raser.... hukhukhuk!!

terima kasih pada my BIL yang menaja semua ini. Moga allah memberikan rezeki yang berpanjangan, amin. Gambar suasana raya pun tak sempat nak upload lagi. Raya ke enam aku & sister families terbang ke BAngkok. 1st time aku bercuti kat sini. Seronok giller lah. Makan best shopping best pendekkata memang semuanya best belaka. Tour kali ni hanya family sister saje so my BIL sewa sebuah bas untuk gi sana sini. Memang selesa sangatlah. Nanti dilla kongsikan pengalaman percutian kali ini. Aku memang dah siap nota setiap kali perjalanan you. Hahaha anak buah aku kata maksu dah jadi penulis untuk Instatravel. Maklum aku ni kan tak pandai nak menulis bagai so daripada aku lupa baik aku tulis siap siap kan.....

Adam kata 'bila maksu nak update blog ni? Gambar Adam banyak kan :-)'

Qeesya kata 'Jangan lupa photo qeesya kasi up sikit na '
Wah anak anak buah aku semakin comel ni memasing seronok bila datang berkumpul kat umah bangi :-)

Dobbot dah jadi kakak. Alhamdulillah astma dobbot dah semakin baik. Aku bersyukur dobbot dapat aktif seperti biasa :-)

Dua urangs anak buah aku tak dapat beraya kat Malaysia tahun ni. Kedua duanya tengah exam. Good luck sayang. Jangan sedeh sedeh pasti tahun hadapan kita semua dapat berkumpul lagi.

Kasih sayang yang tak ternilai. Senyuman kalian membuatkan hati ini sentiasa bahagia.

Jumpa lagi dilain cerita erk. Lagi lima minit maksu aca nak balik dah ni. Ada janjian ngan 'Mekda & Tiha petang ni'. Salam sayang untuk semua jumpa lagi na.