Thursday 27 February 2014

KELATE OH KELATE

Tour Guide kita urang ni tak sabau sabau nak bawak aku dan cik Minah menjelajahi misi untuk hari tu. Mood muka happy ja miskipun perot dah mula lapor nyah.

'Kakak ku ' memang terbaik lah. Terima kasih atas keprihatinanya (ngeh ngeh ngeh).

Dari Airport kita naik taxi sampai bandar KB. Charge tiga puluh hinggit. Nak kata murauh atau tidak orang cik molek ja tahu ni. 


Singgah pasar Khaty. Mekda mesti kata pandai pandai jer ubah nama pasar khadijah demo ni (hehehe).


Wednesday 26 February 2014

FIREFLY

Throwback...
Terjumpa pulak photo dalam iphone semalam. Nak posting entry ni lama dah tapi terlupa. Waktu gi Kelantan balik harian. Balik harian nko! Ko mampu? Hehehe keja giller kan. Balik hari dalam masa satu hari. Sebab nak try rasa naik FIREFLY. Mekda gelak giler giler tengok kita urang dalam bas. Hahaha seumur hidup mekda kata dia pun tak pernah nak naik bas KB ni. Ala biasa lah mekda kita adventures ma. Kena xplore lebeh. Memang best aaaa. Best mbangget. Selesa pun jugak. Waktu booked ticket rm70 returns.


Bila tengok stewardess FF ni semua cun cun. Stylo beb. 


Lebih kurang sejam jugaklah baru sampai Airport Ismail Petra. Perjalanannya memang bestlah. Tempat duduk pun luas. Semua photo ni aku guna Iphone. So picture tak cun mana lah.

Breakfast dulu harus erk. Cool...tenang jer kat sini.



Starbucks jer ada kat Subang Airport ni. Layan kejap nak nunggu kenyang. Baru best nak jalan.


MY DIVA! Dia urang ni gengkakijalan. Tapi best sheolss Fire Fly ni. Kekadang terasa Jet kita yang punya. Relax tak lah tergesa gesa nak tutup pagar kalau lewat sikit erk. Tunggu ticket promosi lau nak dapat ticket murah kay. Ticket yang kita urang tujuh puluh hinggit ja. Destination Kelantan. Kenapa Kelantan? Saje nak jalan jalan nak makan 'collek' nak naik bas gi PCB. Kerja giller lah kan.


Friday 21 February 2014

TWINS

Jam lapan malam ni si twins akan meninggalkan Malaysia buat seketika. Aku bab berpisah bertemu memang sedeh. Bintang airmata nko. Sedara 'Ibu neng Yatimah' harus lah ghitu. Feeling sedeh sedeh ghitu kan sikap owang pompuan. Kalau laki..nangis kira tahap dewa lah kan. Airmata lelaki susah nak jatuh. Tu pasal lelaki di bilang hero. Lau nangis gak cam kaum aku mesti kena kutuk punya, betul tak? Hahaha jangan marah lah ngan statement ni erk. apa pun tangisan tu anugerah. Bukan senang nak membentuk perasaan sedeh. Semuanya dari hati dan perasaan.

Hari ini aku tak dapat nak follow dia urang gi airport. Aku sebok basuh baju dah seminggu ku simpan ni. Bukan apa ayer kat rumah aku ni bermasaalah lah. Umah tinggi jadinya sempena air kena catu umah ni termasuk dalam golongan 'terpaksa menerima' keadaan. Pagi pagi ayer dah tak ada. Petang tadi jam tiga baru naik apa lagi aku membasuh sampai ke sudah passtu penat lah pulak sebab aku guna machine manual. Auto punya tak jalan lau ayer cipot macam ni. Sorry erk gurls.... maksu doakan agar kalian selamat sampai. Insyallah bulan enam nanti kita jumpa lagi.....

Ni lah satu satusatunya anak twins kakakku.

Maksu hantar kat muka pintu je na.... love u gurls

Tuesday 18 February 2014

KEZUTAN

Tetiba terasa bagai mimpi. Eh betul ke Twins balik ni. Cam pelik jer. Masa we all gi Umrah ari tuh dia urang ni ada kat LONDON. Bercuti melawat kazen & abang yang sedang study kat sana. Betapa akrabnya dia urang ni bersama kazen kazen yang belajar sama negara melawat abang dan kakak serta kazen yang sama sama hidup dalam satu keluarga. Teruskan pertalian persaudaraan ini hingga akhirnya gurls. Balance cuti dua belas hari yang ada ni dibawaknya balik ke Malaysia semata mata nak berjumpa abah dan mama yang baru pulang Umrah seminggu yang lalu. Jumaat ni maka pulanglah twins ke Mesir untuk menyambung kembali study setelah sebulan bercuti. Aku pulak yang sedih. Maklum budak budak ni masa kecik kecik dulu aku yang jaga dia urang nko. Masa dia uang balik Malaysia ni aku kakak ngan abang ipar aku memang lansung tak tahu. Senyap senyap je depa berdua buat plan. Abang abang dan adik deme semua tahu. Saje nak buat kezutan lah tu. Masa umrah hari tu kakak aku mmg x sihat. Tu makanya dia urang ni cuba balik nak nengok si mama katanya. Gurl gurls........... lau aku ni sebagai mak mesti rasa terharu sesangat. Kakak aku pun rasa heran kenapa tetiba anak bujang nak pinjam kereta nak fetch kawan baiknya si 'mat' kat aiport pada malam tu. Mat mana pulak. Setahu kakak aku anak dia macam tak ada kawan bernama mat. Kawan baru kut. Hahaha nak gelak bila kakak aku dok cerita pagi tu. Macammacam budak budak ni. 


Ni lah lima urang budaks yang kelihatan dari enam sebenarya yang menjadi sahabat sedara rakan study rakan travel sekaligus adalah anak anak buah ku yang hidup bersama dari kecik sampai lah dah besor ghini. 



Tiga daripadanya kakak & abang Aca yang sangat di kasihi. Mencari ilmu jauh meninggalkan keluarga. Mudah mudahan kalian mendapat sesuatu impian yang sungguh bermakna. Lima daripadanya adalah bakal doktor insyallah dan sorang yang agak macho berkacamata itu di bidang akuan. DEP hahaha aku kena betul kan lah kan. AKAUN...hah baru betul ayat si jambu ni.


Tinggal tiga tahun setengah lagi dia urang ni akan menamatkan study memasing. Twins di Mesir, Farah (tengah) di Queen Mary London & Nana di Jordan. 



Emy pun tinggal tiga tahun lagi nak habis study. Sama sama bersama twins satu university. Kalau time cuti semua balik umah bangi memang ribut.


Going to miss u gurls....


Perjalanan yang harus di teruskan hingga akhirnya - Nana


Wednesday 12 February 2014

LADANG UNTA DI MEKAH

Sesi melawat ladang Unta di Mekah ni salah satu lawatan dalam Itinenary yang wajib ada setiap dalam package Umrah ni. Selepas Tanaem Mutawif 'Ustad Wa' membawa kami ke sini untuk mengenali Unta Unta di padang pasir di gurun Sahara. Ewahh.... sedap tak ayat hujung tu.

Nak beli susu UNTA 5 Riyal sahaja. Rasanya sedap jugek. Tapi sian tengok anak UNTA yang nak menyusu tu tapi tak dapat. Sebabnya susu Unta dikatupnya ngan kain guni. Alahai siannya.


Banyak pasir so saya urang Malaysia tak biasa ngan pasir yang bertiup dengan bunyian seperti di Gurun Sahara alkisahnya. Hahaha habis mata pedih bila nak buat video tentang unta ni.


OO cam tu rasanya duk di padang pasir ni. Selama ni tengok dalam national geographic so tak dapat merasai pengalaman ini.



Comel tak budak ni? Masa kita urang gi tanaem tu jumpalah anak anak arab ni kat masjid. Pandai lak dia posink. So kisah unta pun dah habis nanti kita sambung kisah lain pulak kay. Selamat berblogging.


Friday 7 February 2014

The soul is healed by being with children

Entah naper erk bila berhadapan dengan kanak kanak ni hati rasa girang. Melihat 'moment' anak anak ni secara LIVE. Itu lah hakikat yang sebenar. Natural, life is beautiful!


Natijahnya bila hati dah suka apa yang kita suka ianya memberikan suatu yang sangat indah perjalanan dalam diri. Biar pun penat mana aktifnya dia, ianya tetap memberikan suatu yang baik dalam pemotretan objek di kanta mata hitam ini. Syukur alhamdulillah dari capture mata ini masih mampu mencari kedamaian hati. Terima kasih kanak kanak yang ku kasihi.


Untung menjadi IBU. Di kasihi di sayangi. 
Sehari sebelum perjalanan UMRAH sempat ku outdoor bersama ibu dan anak anak ini. Dari foto yang berbicara. 


'Dini' seindah namanya.


'Wafda' yang agak pemalu pada mulanya.


Dua bersaudara. Aksi notty WAFDA. 


Mereka berdua ni sangat senang berada di depan kamera. 'Senang korje acik dilla'


Buaian ni hanya satu. Sudahnya berebut rebut dengan si 'kakak'. 'Mama should be patient okay!' hahaha tak keruan mama di buatnya.



Adik kata 'bagi can lah pada kakak'

'Sayang adik' mama kata ' sayang lah sangat!

Adik happy go lucky

'The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find  forgiveness." - Hanore' de Balzac



Wednesday 5 February 2014

AL RAHMAH MOUNTAIN

Jabal Rahmah merupakan bukit batu yang terletak di sebelah selatan Padang Arafah, sekitar 25 kilometer di sebelah tenggara Kota Makkah. Di puncak Jabal rahmah tersebut terdapat tugu putih yang dibangun untuk mengenang peristiwa pertemuan kembali yang sangat mengharukan antara kedua nenek moyang manusia, iaitu Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah ditirunkan dari syurga dan dipisahkan oleh Allah SWT selama dua ratus tahun. Mengenai di mana Adam AS ditirinkan oleh Allah SAW di bumi, terdapat banyak riwayat, antara lain: 1. Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim yang di terima dari Abdullah bin Umar, disebutkan bahawa adam AS di turunkan Allah SAW di bumi tepatnya di bukit Shafa dan Siti Hawa diturunkan di Bukit Marwa. dalam riwayat lain yang juga dari Ibnu Abi Hatim yang diterima dari Abdullah bin Umar, disebutkan bahawa Adam AS diturunkan di di antara negeri Makkah dan Thaif. 2. menurut riwayat Ibnu Asakir yang di terima dari Abdullah Bin Abbas, dikatakan bahwa adam AS ditirunkan di Hindustan (India) dan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Hal ini pulalah menjadi sebab bagi penamaan kota Jiddah/Jeddah. Arti Jiddah adalah nenek perempuan.


Haji & Mut'am Charity Association 



lala