Monday 20 January 2014

MOHON KEMAAFAN

Assalamualaikum,
Kepada rakan blogger yang dikasihi lagi dihormati.
Saya menyusun jari kesepuluh yang ada ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya ada terlanggar  kata tutur bicara tanpa saya sedari mahupun yang menyentap hati dan perasaan. Mohon maafilah diri ini. Saya akan menunaikan UMRAH pada tahun ini (20 - 31 jan 2014) bermulah perjalanan saya pada petang ini jam 7.00 nanti. Doakan agar saya dapat menyempurnakan ibadah ini dengan sebaiknya. Take care my friends.....

Saturday 18 January 2014

OUTDOOR

Tetiba feeling arinih cam ari ahad je. Esok maknanya nak kena kejer. Owhh semalam jumaat cuti kan. Tu rasa fefeling lain bebenor. Tak dek kemana pun ri ni. Sibuk sibuk sikit sehari dua ni. Semalam je kuar ngan mekda sarap kat Umai. Dah lama tak gi Umai. Dapat gak makan cengkodok pisang. Kan tak leh nak uat sendiri pun. Tapi ngegada nak makan cengkodok uwang luar. 


Petang tadi gi pasor. Sebok dok cari wyre iphone putih tu. Dah enam kali beli asyik putus jer, ganas bebenor. Lau bessi gak aa mesti x putus kan. Maleh ler nak beli yang ORI tu mahei. Beli je murah murah je hah. Kali ni ku tukor guna macam usv samsung tu passtu boh iphone nyer clip tu rasa tahan kut. Harga tadi dapat sepuluh hinggit je sesudah di tawar dengan ngan sebenor dua beleh ringgit. Harap harap kali ni wyre ni tahan berpanjangan hendaknya.


Balik dari pasor eh nampak lah keter lain dari yang lain parking depan umah. Owhhh ACA......
Rindunya kat anak buah aku sorang ni. Isnin kena tinggal mak abahnya dua minggu. Aku makciknya pun tentu rindu apatah lagi mak abahnya. Dah lama sampai rupanya. Ingat kan tak jadi datang. Sampai je kakak kata dia dok tanya pasal baju. Amboi...kan nak tanya maksu erk Aca. Ala baju yang dah kumpul banyak tu lah. Tu la keja dia dok ngutip baju yang maksu beli. Asal Aca happy sudah lah erk. 

Kat belakang umah ni ada taman. Luas jugek. Dulu nampak buruk tapi kini dah berwajah baru. Aca nak main kat playground katanya. Jom lah....

Thursday 16 January 2014

COUNTING THE DAYS...

Alhamdulillah syukur pada MU ya Allah. Mudah mudahan ku diberikan kekuatan untuk melaksanakannya dengan sempurna. Menanti hari untuk terbang kesana.


Pada sahabat blogger terima kasih kerana sudi berkunjung kerumah ini. Ku mohon maaf pada kalian sekiranya ada terlanggar tatabicara dalam penulisan ini. Mohon kalian dalam kesejahteraan selalu.



Sunday 12 January 2014

BERINSTA

Addict lah namanya tu. Asal celik jer mata IG lah dulu depan mata. Sementara nak bangun tu raba phone dulu. Kut takut ada message yang tak perasan. Mana tahu kan kalau dah tido mati. Goyang katil pun memang tak rasa apa. Dasyat tu.....


Tahun 2014 try editing photo lama lama tu masuk kat # hashtag yang berkaitan dengan photo KIDsPhotography. Memang sangat mencabar lah. Sebab 'International Photographer' sangat owesome. Karya acik sangat kerdil rasanya. Tapi try ajer lah. Sambil tengok karya photographer yang owesome ni banyak idea leh kita boleh follow. Dets why ai love kids photography. Me and Mekda sama je aliran. 

Dua ari lepas karya acik yang kerdil ini dapat notification dari #IG_KIDS. 'Photo AIsya' memulakan langkah baru bersaing dalam IG di persada dunia kanak kanak dalam fotografi. 2014 memberikan acik semangat untuk acik berkarya menyelami dunia kanak kanak melalui lensa mata kecil ini. Tiada hadiah namun cukuplah kerana Hashtag ini menghargai setiap karya yang ada . Banyaknya  saingan dari photographer international yang sangat sangat owesome. Hasil karya mereka sangat menarik dari angle tone colour yang sangat menguja hati. Rakan rakan juga boleh mencuba untuk meng hashtag diatas karya yang anda hasilkan dalam dunia fotografi ini. Cuba lah ada banyak kategori. Untuk yang berminat dalam Travel juga boleh follow #vsco_hub dan banyak lagi.

Foto Aisya membuka tirai 2014 dalam Insta IG.


Dah sememangnya hobi saya. Saya?? Hahhaa dep...ang janganlah gelak erk. Sesekali nak berformal kuhnunnya. Ala bahasa ku memang tonggang terbalek. Dulu masa skolah suka buat karangan. Bila dah tua ghini bahasa pun tak teratur. Apa daaa.....

Bila ku berada di depan pc mmg cam nilah gayanya. Kodek sana kodek sini. Idea tengah datang boleh edit enam atau tujuh keping gambau. lau idea tarak...tahu dah blog ni mesti sepi. Cam tu lah gaya hidupku.


Lakukanlah apa yang anda suka. Asalkan ianya tak melanggar etika kehidupan. Itu lah moto rasmi hidupku. Tetiba lak erk. Bukan apa ada yang kata dan tanya tak jemu ke duk depan pc lama lama. Jemu tak jemu tu bukan jawapannya. Kena lah jawab sendiri kerana kita tak samo (Smile) ghitew.

Damia & Zara. Untuk kali ke 2 karya ini terpilih hashtag dari # thechildrenoftheworld. Thank you for choosing my photo. Moderator & team thank you so much.


Saturday 11 January 2014

MENGHITUNG HARI

Seakan lagu Kris Dayanti. Dah lama tak dengar lagu ni. Begitu lah kisahnya menghitung hari yang tak pasti ni. Ada rezekinya Insyaallah. Jika tidak, memang bukan waktunya di jemput untuk kesana.



Selamat hari Sabtu my prensss.



Monday 6 January 2014

THROWBACK ACA BIRTHDAY

Alhamdulillah majlis keluarga sempena menyambut Aca Birthday dah pun di laksanakan. Rasa bersyukur atas majlis ini dapat menghimpunkan sanak sedara terdekat. Dia sangat suka. Tahu dia sangat happy. Pernah menyambut hari kelahirannya sewaktu dia berumur setahun. Sampai kini banner sambutan harijadinya ketika umur itu belum lagi ditanggalkan di garaj keter umah bawah ni. Setiap kali dia bermain basikal di situ pasti dia akan bercerita ' tu birthday aca masa kecikkan maksu'.  Alhamdulillah ketika menyambut hari jadinya kali ini rezeki maksu ada sedikit untuknya. Love you Aca. 



Lahir pada 27 hb december. Baru masuk enam tahun dan dah masuk darjah satu pun erk Aca. Umur muda tu. Sebelum nak sambut birthday ni maksu tanya aca nak apa. Nak PLAYDOH boleh? Prezen birthday pun dah dapat awal. Tapi maksu still ada xtra prezen lagi buat ACA. Alhamdulillah dia sangat suka ngan prezen tu biarpun kocik ja. Kazen2 pun bagi prezen yang dia suka. Macam tau tau je dia urang ni tapi sebenarnya dia urang ni pun tak tahu apa yang aca suka. Kebetulan semua prezen memang sangat sangat dia suka. Hahaha miracle lah insting aca ni ken.


26 HB tu birthday kak syahida, Aca kazen. So kita uat sekali lah.


Hope Aca happy. Insyallah tahun depan ada rezeki kita dapat bersama seperti ini lagi. 


Sunday 5 January 2014

GRAND OPENING BANGI GATEWAY

Satu lagi Shopping Mall yang menjadi mercu tanda Bandar Baru Bangi 'Bangi Gateway'. Terletak di syeksyen 15 berdekatan dengan NIOSH dan Galaxy Futsal Bangi. Bertambah satu lagi shopping mall di bandar baru bangi selain dari WARTA & PKNS BILLION ketika ini. Telah di rasmikan oleh YB Dr ShafieNgah Adun Bangi pada 1 Jan 2014 yang lalu. 


Credit to google (semasa dalam pembinaan)


1 hb semua rakyat Malaysia di beri cuti. So dapat lah makcik duk sini sehingga habis majlis. Bukan apa nak tengok Mawi secara dekat. Mawi masih bertenaga dengan suara dia rupanya.



Mawi menyanyikan empat buah lagu. 



Persembahan dari kebudayaan...


'Syikin' dari sekolah kanak kanak KHAS Jalan reko. Pertama kali ku mendengar suaranya, naik bulu roma. Gemersik dah syahdu ramai audience yang mengalirkan airmata ketika ini.



Saturday 4 January 2014

SABTU DATANG LAGI

Sekejap benor dah masuk ari Sabtu erk. Tinggal sehari jer lagi esok nak habiskan cuti. Cam tu lah budak nak masuk skolah. Maka acik pun dah nak masuk kerja pulak. Seminggu cuti kali ni rasa seronok je. nak cuti lagi karang tak berasap pulak. Mudah mudahan di tahun baru ni mood rajin sentiasa ada disisi.

Pagi ni cadang nak kuar jap ngan mekda. Hajat hati nak cari props shooting. Cam dah berkenan di hati je ni apa yang di mahu. Tengok jap lagi kalau jadi insyallah. Doakan saya mendapat apa yang diimpikan erk. Saya! Teringat pulak aku kat dep. Hahahaha formal lah sangat erk dep. Ntah apa apa dilla ni kan. 

Bak kata si ACA ' Goodluck maksu'



Friday 3 January 2014

JANUARY BIRTHDAY

Ramai kawan kawan seangkatan dilla tahun ni yang meraikan hari kelahiran mike pada bulan Januari ni. Memandangkan kampeni sapdown seminggu tegak ni tak dapat lah kami nak celebrate sama sama seperti tahun tahun lalu. Sekadar sonok sonok nak meraikan hari kelahiran mike ni ajer. Nampak gaya minggu depan lah kita urang gather gather kat opis erk.


Ni cerita semalam teman lama jiran setaman dah lama dah lost contact. Tetiba muncul kat FB. Ya Allah cam tahu tahu insting diri ku ini. Baru sebut nama sehari sebelum .....ya allah syukur. Berjanji lah kami berjumpa di Bangi Gateway semalam. Menyambut sekali birthday boy. Wah rupanya her husband birthday semalam. Happy birthday abg Ngah Azman. Moga panjang umur di murahkan rezeki ya amin. Ditemani anak comel 'Anaqi' ni. Ya allah geramnya ...... comel sungguh anaqi ni. Baru setahun dua bulan mmg zaman lasak lah waktu ni. 


Terima kasih Yong Yus celebrated my birthday jugak. Lupa nak snap birthday gurl cake tu. Asyik bercerita je tak ingat lak erk.

Jeng jeng anaqi... apa dia nak uat tu!

OOOwhh.....

Anaqi dah boring duk lama lama kat sini. Jom lah mama bawak dia kluar cepat....

anaqi dah jumpa teman sebaya... 'Aisyaaa'


Saya sangat addict melihat kanak kanak di persekitaran. Entah mengapa hati saya begitu tertarik melihat wajah anak yang bersih ini.

Jumpa nanti de next entry 'Grand Opening Bangi Gateway'
adios