Monday 21 July 2014

MAJLIS

Salam harmoni buat sahabat blogger yang di kasihi.
Tinggal seminggu lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, amin.

Aktiviti Company sempena bulan Puasa ini adalah Iftar bersama kanak kanak jagaan Baitul Hidayah di Puchong pada hari Jumaat yang lepas. Alhamdulillah perjalanan yang sangat baik. Segalanya berjalan dengan lancar. Ramai rakan rakan opis yang yang turut serta dalam majlis ini.

Director Office bergambar bersama kanak kanak yang diraikan.


Bersama Pengetua Pusat Jagaan Kanak Kanak Baitul Hidayah serta menyampaikan duit raya.
Persembahan nasyid dari anak anak yatim Baitul Hidayah.


'Beautiful Eyes'. Amat tertarik dengan mata anak ini.
'Fathi' wajahnya bersih. Sungguh shommel... geramnya
Oh ini Ammar ye. Ammar mewakili adik adik di pusat jagaan Baitul Hidayah ini.
My Boss yang diterbangkan dari Dubai....
Our MC yang cukup bertenaga...

Friday 4 July 2014

ANGKA ENAM

Dah masuk hari keenam kita hari ini berpuasa. Kejap jer masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk angka enam, alhamdulillah. Biarpun umah Bangi ni bermasaalah tentang ayer yang terpaksa kami bermarathon saban pagi jam tiga alhamdulillah perjalanan ini terpaksa dihadapi dengan penuh sabar. 

Sabar lah erk biarpun ngantuk ngantuk mata ni dibuatnya. Masuknya rehat setengah jam di opis bukan leh tidor erk. Ada kumpulan bertadarus dan ada kumpulan masing masing. Pihak management telah menghadiahkan alquran pada setiap staff  sempena bulan ramadhan ni. Syukran alhamdulillah. 

Untuk audit 5S pulak masih tak sampai sampai lagi kat tempat aku ni. Mungkin hari ni kut. Tak sabar nak sepah sepah meja ni (hehehe). Bak kata JM  6S aku setuju tu. Sebab aku pun follow yang terhujung sekali tu kan, Mana nak kemasnya lau meja penuh dokument sentiasa. Ala kalau pandai kemas boleh jer kan tapi alasan malas cam aku tu sampai bilalah tak sampai matlamat 5S ni.

Sumber dari Iphone.....
Doakanlah aku supaya tak dapat NCR ari ni ek......

Wednesday 2 July 2014

5 ES

Dah masuk hari ke empat kita puasa. Nak kira lah berapa hari lagi kita nak raya, leh? Hehehe macam budak budak kan. Selalunya lepas sahor aku memang tak tidor. Sampailah masuk opis ada gak tersenguk senguk. Balik sempena bulan puasa ni awal kul empat setengah. Balik umah sempat tidor kejap. Masuk dapor kul enam. Aku jadi pembantu kakak aku jer. Kakak aku kalau masak macam lipas kudung. Toleh kiri kanan dah siap.

Dua tiga hari ni aku kejelah sorang sorang. Selalumya aku berdua ngan partner aku Mirol. Tapi Mirol cuti sempena jadi bapak ni aku lah sorang sorang nampak gaya. Tahniah Mirol selamat dah jadi daddy pagi tadi jam lima pagi. Hahaha secara tak lansung boss aku dapat dua cucu baru dah. Tapi nak suruh gak cucucu tu panggil dia abang, volleh!

Petang ni worstation aku kena audit 5S. Malas betul nak mengemeh bila mood puasa ni. Semalam semua aku dah kasi clear. Esok lepas audit aku letak balik (hahaha) kantoi lah ngan auditor ni karang.

Start dari reception sampai ke bilik meeting Auditor 5S ni semua nak check. Ngantuk nak tidor lah.. hahaha berani ko erk! Kenalah tunggu time rehat karang.