My Iklan

Sunday, 25 May 2014

KERINDUAN

Entah lah posting kali ni banyak tentang rindu. Rindu mekda rindu aca dan seterusnya rindu tentang ni. Mana tahu kan rezeki akan datang moga ada rezeki untuk datang ke sini lagi.

Pastinya pada mereka yang pernah pergi mesti ada perasaan ini.

Marilah kita sama sama berdoa moga kita di berikan peluang ini.

Selamat malam semua. Love u.....

Saturday, 24 May 2014

Happy Saturday

Cuaca sungguh baik ri ni. Tapi tak dek plan nak gi mana pun. Gu tak cukup hehehe. Nanti dah skali keluar saban minggu tak duk rumah. Cam tu lah stylenya aku ni. Nak membaking api lektrik mak aih udah mahal sih. Kena stop dulu lah nampek gaya. Kuat membaking sebabnya ideya nya banyak mendatang. Nanti lah bulan depan cari ideya lain lak.

Awan membiru pagi tadi, alhamdulillah.

Ni lah garden mydearsister. My sister dah pandai cakap ngan munga munga dia taw. Hidup subur maju jaya. Lau u olls tengok mesti gerem dan boleh jatuh chenta. Tangan ku tak berijou. Lau tanam apa saje kompem mati. 

Monday, 19 May 2014

CAPTURE THE MOMENT

Antara hobi. Tak dapat dipisahkan walau jauh mana sekalipun. Tetap ada di hati walau beribu batu jauh perjalanan. Banyak yang tersurat dan tersirat kisah duka hampa kecewa gembira sekaligus ianya memberikan satu definasi diri inilah yang di cari. Pengubat segala duka nestapa.Alhamdulillah atas kurniaanMU. Semoga aku terus bahagia bercerita melalui 'view finder' mata kecil ini.

Biarlah dia bercerita.....

Saturday, 17 May 2014

BILA KU RINDU KU SEBUT NAMA MU

Bukan berchenta tapi aku rindu. Rindu padanya. Sebulan lebeh lamanya aku tak jumpa. Baru sebulan bukan setahun. Hati kalau dah rindu mesti berkata kata. Masa tidak mengizinkan waktu untuk bersama. Bilakah waktunya....

Aca,
Maksu rindu Aca. Abah sebok erk. Abah fly sana abah fly sini. Abah ada talks lah maksu.....

Ye lah,
Maksu tunggu Aca datang yek. Baju princess & kasut Aca yang maksu beli tu ada lagi ni. 

 Cam ni lah caranya melayarkan rindu pada dia. Bak kata orhang puteh "Aunt and Niece the Unique Relationship.


Friday, 16 May 2014

PERKONGSIAN

Apa jua ILMU yang ada atau dicari lebih elok dikongsi. Satu perkongsian ILMU yang boleh membawa manfaat bersama. Alangkah indahnya. 

Apamacam? Ok tak gaya lengok budi bicara haku? Hehehe.
Ala bukan apa semalam terserempak ngan web resepi ni.
Cuba lah korang try resepi dalam ni, macam best je. Aku ada masukkan cookies MILO tu semalam. Admin buku tu dah pun masukkan dalam tu. Moga kita dapat manfaat mencari gali resepi terhebat. Raya kan dah nak dekat ni.

SELAMAT MENCUBA erk......


Thursday, 15 May 2014

MILO COOKIES

Kisah hari Selasa. Wesak day hari membaking. Sebabnya tak ada plan nak kemana. Seperti yang dikata Rakan seperjuangan cuti tiga bulan. Kebetulan jiran sebelah nak rasa Congo Bars lagi katanya. Ok lah memang hari ni di peruntukkan duk dapor. Lagi pun balang balang dah habis kekosongan. Alhamdulillah TQ my sister banyak support supply bahan bahan baking. Tambah bersemangat dalam 'PENCARIAN RESEPI TERHEBAT' sebelum menjelangnya puasa nanti. Tinggal sebulan je lagi. At least bila puasa nanti kita dah tahu resepi mana menjadi pilihan.

Ok kali ni dilla nak kongsi resepi MILO COOKIES. Yang terbaik pilihan resepi kali ini. U olls try cuba. Insyallah pasti jadi. Bahan bahan yang agak mudah dan satunya rasa cookies ini memang terbaik dari resepi yang dilla pernah xplore sebelum ini. Cuma dilla tak berapa kreatif untuk membentuk adunan menjadi shuntek. Bagi dilla janji sedap resepi yang sangat mudah dan pembentukkan adunan itu boleh di perbaiki nanti.


MILO COOKIES

BAHAN A
2 cawan gula kastor
1 buttercup

BAHAN B
4 biji kuning telor
1 camca teh esen vanila

BAHAN C
4 cawan tepung penaik <----- dilla guna tepung gandum
(Ayak tepong bersama 1 camca teh soda bikarbonat)
1 cawan milo

BAHAN D
chocolatechips
dilla tambahkan ALMOND STRIKE

BAHAN HIASAN
M&M CHOCOLATE

CARA
Sebelum itu panaskan oven pada 180 celsious selama 20 minit

FIRST Campurkan BAHAN A
SECOND Campurkan BAHAN B. Tapi sebelum itu kacau dulu kining telur bersama esen vanilla.
THIRD Masukkan milo dulu baru tepung.Tepung tadi masukkan sedikit demi sedikit kacau dan kacau hinggalah tepung terakhir.
FOURTH Akhir sekali masukkan chocolatechips, Almond strike gaul rata. 
FIFTH Bentukkan bulat bulat dan hiaskan dengan coklat M&M diatasnya

Bakar adunan dengan suhu 150c dalam masa 20 minit

Note" kredit kepada pemilik resepi ini (tak ingat amik blog mana)
Memang the best cookies yang dilla pernah buat
So u all try ni...


** just sharing.....

Wednesday, 14 May 2014

CONGO BARS

Mesti ada yang kata Gambor makanan jer Blog dilla ni :-)
Nak tau tak tiap tiap cuti ni tak kira Sabtu Ahad koje teman merisik resipi resipi yang ada.
Semua biskut menggunakan resepi yang berbeda. Nak cari yang lebih sedap. Modified apa yang patut. Tu lah hari hari cuti yang ku buat. Hilang jer mesti kat dapur. Syok woo bila kuih jadi. Pastu ada lak yang suka makan. Memang hati berbunga, tak CAYA cuba try. 

Belajar cari resepi ni kat google. 1st time buat terus naik dalam oven, wah bestnya. Conga bars ni kata kek bukan kek. Nak cari feel rasa yang betul betul tu masih tak dapat lagi. Sebabnya aku tak suka kek. So suruh lah budak budak opis rasa. Alhamdulillah resepi ni memang jadik. Nanti kawan kawan blogger try erk.

Resepi: Congo Bar



315gm tepung gandum

21/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

150gm mentega
250 gm gula perang (dilla guna 200 g saje)
3 biji telur A

 1 sudu teh esen vanilla
300gm chocolate chip
100gm hirisan badam.

Loyang 10" x 10" dialas dan digris

Cara:
1. Ayak tepung, baking dan garam. Gaulkan bersama chocolate chip dan hirisan badam. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan gula perang, gaul guna spatula hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang. Taburkan hirisan badam.
6. Bakar suhu 170C , masa 30 - 35 minit

** Note -Nak lagi sedap tambah sikit walnut (blend kasar)

*** credit to blog soulain...

Ini lah dia upernya. Mekda, kak dilla tunggu mekda balik ni. Nanti kak dilla uatkan utk mekda erk....

Saturday, 10 May 2014

MARKET ROAD

Tajuknya ala ala nak gi TRAVEL je kan. Agak agak kat mana erk. Cam nak gi Vietnam pun ada. China town pun iyyer. Tak nah gi pun market road ni. 1st time kiranya duduk makan kat sini. Ala ala KOPITIAM terletak di GM MALL Klang yang ada ramai urang suka gi sini. Macam KENANGA WHOLESALE tu lah. Tapi bagi pendapat dilla Kenanga lagi best aaa. Kedai teratur so tahu kat mana part kita nak cari.  

Last week punya citer ni. Lepas kenduri wedding Dedda kat Kg Batu Laut tu kita urang singgah GM fulak. Jauh tu. Tapi drebbar kata jom kita jalan jalan lah. Lagipun hari Sabtu. Ahad boleh rehat. Sampai GM MALL parking penuh. Pusing punya pusing akhirnya dapat jugak. Dengan Ammar sekali gi. Nasib baik Ammar behave....

Sampai ajer kita urang cari tempat solat. Aras satu tempatnya. Besar jugak dan selesa lah. Cuma waktu tu mungkin ramai pengunjung. Agak crowded sikit la. Lepas solat tu pusing pusing kejap tapi tak dek aper yang nak di beli. Dah penat pusing jom aa singgah Market Road Kopitiam. Ada nampak PAU. Cam sodap je....

Dapat duk bawah lighting...
Guna iphone lighting banyak membantu

Awal awal lagi dilla order PAU ni. Gebuss sedap lah

Then dilla order PORRIDGE.Tadikan dah makan kenduri.. tapi still teringin nak rasa porridge Market Road ni. Sodap....

Dep, air sojuk memang tak dapek nak di pisahkan.Sodap lah aih!

Ni ayer kopi Jemma. Dilla suko cawan ni. Rare...

Jemma jaga badan makan lah roti je. Dah kenyang semua kita pun beransur balik. Sehari berjalan.

Ammar dah pandai BERSELFIE u olls.....

Tuesday, 6 May 2014

ROTI GULA

Semut suka pada gula. Sebab tu lau volleh jangan sepah sepah gula merata atas meja. Semut akan panggil kawan kawan dia.  Berumah gula namanya. tapi itu tak bermakna kita tak boleh menikmati rasa gula. Apa kata kali ni dilla nak share resepi roti gula. Resepi dari HANA RESEPI. Selalu jugak beli yang kat kedai punya. Cicah ngan ayor kopi Cek Nah, pewwwww sodap lah haih!

Sangat praktikal beli benda ni. Beli online jer. Tak payah nak susah buat double boiler atas api. Ni ang letak je atas meja sambil duduk tuang je butter atau coklat cair terus. Nak warm je pun bolih.... sangat praktikal dan harganya sangat murah cuma Rm50 hinggit je + postage sepuluh hinggit. 

Ni gula banyak sangat. Lau nak buat kurangkan gula sikit lah erk. Ni kira 1st trial.....

Bakor dalam Oben sepuluh minit je. Agak nampak perang tu kira dah ok lah tu.

Hah... boleh makan bersama ayor kopi yang pekat pekat tu. Mesti teringat zaman deduhlu.
Nak tahu resepi jangan lupa klik kat atas tu kay.

Monday, 5 May 2014

BROWNIES

aKU dah tinggalkan main masak masak ni lebeh kurang lima enam taun yang lalu. Lau dahulu kala mmg aku suka duk dapor try masak apa yang kita suka.Aku dapat housemate yang suka makan. Memang syok aa kan. Sejak duduk ngan kakak ni dapat lah masak masak ghitu je tak beriya lah sangatnya.Kakak aku masak lajus. So aku tohlong mana yang patut jer ler, hehehe! Semalam waktu kakak kemas bilik stor tetiba dia bagi satu file kat aku. Bila aku belek belek 'eh ni resepi buku yang hilang tu kak. Dah lama cari file ni kat mana jumpa?' Beriya ku bertanya. Sebabnya dalam file ni resepi nya tak TIPU!. Insyallah memang jadik. Excited gillek aku semalam. Belek punya belek ada resepi BROWNIES chef kak HANIELIZA. Dulu aku rajin bawak gi Opis. Suka budak budak opis dan aku pun seronok lah sebab ada orang suka makan. Habis lipat kain aku terus masuk dapor. Alhamdulillah... jadik.Resepi jap lagi dilla edit erk. Link ni tak jalan lah pulak.


Tada..............
Bila dah siap leh aa letak toping coklat atas tu
Ni aku tak taruk sebab kakak ku tak leh nak makan manis manis
Yang untuk dak opis punya aku dah letak coklat. Pakai coklat Beryl's yang bulat duit syiling tu memang best. Cuba lah erk

RESEPI

BROWNIES

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau  bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

Sunday, 4 May 2014

FRIENDSHIP

Kawan...
Cer teka lagu siapa ni?
Mesti ingat kan mesti lah suara lunak si RUHIL AMANI tu
Gegor jantung lau dengor lagu si Ruhil ni. Kan apa aku cukup minat tul lagu dia ni
Satu lagi lagu ala ala nasyid tu ' Tangan yang memberi lebey baik dari tangan yang menerima'
Apa kaitannya erk.
Semalam aku ngan sahabat jalan gi Banting. Ada opismate wedding. Sapa lagi lau tak Jemma yang bawak aku gi sana. Mekda cuti panjang, so tak dapat lah Mekda nak bawak aku kali ni. Balik dari kenduri singgah gudang kepek Kak Ros. Best lah gi sini tapi tak sompek nak amik gambor sebab penat sangat. Jauh perjalanan kita urang semalam. Nasib ada dj AAN & Achlien. Lau harap kita urang follow blakang rasa lambat sampeinya.

Happy Family. Ammar dah besar. Dah ngoceh ngoceh. Dah pandai bercerita. 

Panas terik cuaca ketika ni Ammar steady je. 

Sampai umah pengantin awei rupanya. Wah dengan cuaca yang panas ni tersa nak minum ayor je nih. Pengantin kata gi duk bawah cepat mesti semua haus ni. Sian kat pengantin kepanasan. Selamat Pengantin Baru DEDDA. Memang best kenduri kahwin dedda ni menu kondangannya memang best. KG BATU laut kan banyak uwong Jowo. Menu uwong Jowo memang best.

Kaki Ammar dah mula goyang goyang. Panas gamaknya kut.....

Lau kenduri kat kampong cam ni inilah suasana yang kita selalu akan nampak. Ni khemah khas buat orang kampung yang dinamakan 'REWANG'. Kenduri orang Jawe ada BONTROTAN, maknanya bekal yang akan diagih2kan khas untuk perewang dan sedara mara. 
Rindu dengan susana cam ni...

DJ Achlien. Satu keto kita semalam & jauh perjalanan kita erk.

Happy family. Pinjamanakkejaperk mek Jemah.

Ammar time tidor dah nak sampai ni...

Waktu ni pengantin pun sampai. Sempatlah nyinggah pelamin selepas habis makan. Dapat bergambar bersama pengantin dari lensa wedding photography tu kita urangpun terus balik. Bye Dedda.... jumpa kita kat Opis nanti erk.

Meya & Mek Jemma. dilla mana? Ala jangan aa tanya. Dah tentunya dilla yang shoot gambor budak berdua ni...hihihi