Thursday 28 February 2013

TEMAN SEJIWA

Musim cuti sekolah tiba tak lama lagi. Kawan aku sorang ni dah nak sampai hari meninggalkan dunia bujang tak lama lagi. Dia lah sahabat aku kehulur ke hilir selain dari SR sahabat sahabat mondar mander ku (hehehe). Leh tak cakap ghitu. Biasalah lady lady khen. lau kluar outing sahabat ku yang nak kahwin ni termaktop sekali. Kami berempat aku,Sr, Jemma & Uyie. Jemma lah selalu jadi model. Tapi sejak sejak nak kahwin ni busy sokmo. Kita urang dapat berkumpul sama pun time ngeteh je lah.

Cinta Jemma yang sungguh unik. Apa pun nanti lepas dia kahwin baru lah aku nak storymory kat sini. Walauapapun hari berajanya nanti aku ditugaskan menjadi OP untuk hari yang bersejarah buatnya nanti. Secara tak lansung inilah PERJANJIAN kami (rakan rakan opis) diatas Chentanya yang sangat unik ini. Sorang Sponser PA SYSTEM, sorang lagi sponsor bunga telor dan aku dibahagian ini. Doakanlah aku erk moga dapat memotretkan hari yang bersejarah buat Jemma ni. Aku tak pernah pun jadi OP untuk wedding. Bukan tak suka tapi aku lebeih suka pada budakbudak punya moment lagi. Rasa syok bersemangat lebih bila tengok budak budak ni khen. Tapi insyallah dah namanya PERJANJIAN atas kesyukuran cinta Jemma ini aku akan buat yang terbaik, insyallah. Doakan erk agar hati dan perasaan aku dapat menghayati hari bersejarah Puteri Raja Sehari ni.

Ni pertama kali aku shoot di majlis wedding sahabat ku jugak kat kajang ni.


Ni masa housemate Jemma tunang dulu. 



Wednesday 27 February 2013

MIKIRIN

Tajuk macam lagu jawa ja khen tak pun macam tittle lagu Indonesia ye tak. Mikirin apa...seperti kedengaran macam bibik bibik yang cakap ja. Tengah mikirin tentang Bukit Cerakah Shah Alam ni. Info update terkini masih lagi di tahun 2012. Yang terkini macam tak diupdate je. Berita terkini seekor tapir yang mati di Bukit Cerakah. Teringin nak gi sini lah. Dulunya Bukit Cerakah ni cukuplah fofular. Ada sawah padi kat belakang tu dan ada pondok untuk bird watching. Lau ada tele memang syook  aaa nak mengendap ngendap.

Ni koleksi foto lama ketika dilla dan rakan rakan opis pi melawat Bukit Cerakah suatu ketika dulu. Saat ni aku baru je belajor belajor nak pegang kamera DLSR ni. Moga jadi kenangan....

Monday 25 February 2013

HAPPY KIDS

Betul kata SR dunia kanak-knak yang jauh dari kepalsuan. Mereka adalah natural yang nyata itu adalah sifat diri kanak-kanak ini. Biarpun kita penat sekalipun akan rasa terhibur dengan melihat gelagat mereka. Jika kasih sayang menyulami hati dan perasaan kita insyaallah aura terhadap kanak-kanak ini akan menebal dan menjadikannya sebagai dunia mata moment yang berkelip tanpa disedari. Ini lah dunia ku. Aku sayang kanak-kanak ini.

Such a genuine smile! Mia & Zara.

Dari mata mu.....

Love u kids...

Loving sister...

Candid shot!



Sunday 24 February 2013

SALAM HARI MINGGU

Bersantai kat rumah je hari ni. Belum ada xtvt utk hari ni dan rasanya memang tak adalah kut. Tunggu pulak nextweek ke manatahu. Semalam dah pun selamat sampai kat teratak kak Ienda di BanyanClose. tak jauh rupanya dari sini. Berapa minit je dah sampai. Janji dengan SR lepas zuhor. SR sampai dengan punctual sekali. Ingat nak gi dua keter. Coz my broinlaw pun nak follow gak rupanya tak jadi last minute. So gi je lah satu keter ngan mylovely sister. Sampai teratak kak Ienda wow bestnya. Siap ada khemah khemah lagi macam majlis terima menantu nih (hehehe). Tuan rumah menyambut kedatangan tetamu yang datang. Makanan semua sedep sedep belaka. Thanks kak Ienda kerana menjemput kami kesini.

Ni bukan kat banyanClose erk....
Ni kat bangiclose ja


Dah pun sampai Bukit Mahkota. Nyamannya suasana kat sini. Jalannya senang tapi sebab tersalah masuk simpang makanya berfusing sampai dua kali. Last baru jumpa.....

Tuan rumah yang peramah menyambut kedatangan kami kami semua. Beautiful homes....


Diantara menu menu yang ada.....

Sweet seventeen & tuan tanah yang cukup peramah.


Saturday 23 February 2013

HOUSEWARMING PARTY

Salam pagi Sabtu. Salam ceria dikala cuti cuti begini. Lepas zohor ni nak gerak ke Bukit Mahkota. Nak gi 'housewarming party' umah sis Nenda. Jumpa lagi ya.....


Friday 22 February 2013

SALAM JUMAAT

Kejap benor masa berlalu. Alhamdulillah mensyukuri kerana diberikan nafas untuk menikmati kehidupan di BUMI ALLAH yang penuh nikmat ini. Tiada cerita yang menarik untuk dikongsikan hari ini. Sekadar berkongsi perasaan yang tertulis didalam hati bahawa kita ini adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Tersentuh hati bermakna ada perkara yang membuatkan ianya sedih dan sebaliknya. Oleh itu jaga lah hati jangan dikasari kerana  ianya boleh membuatkan hati ini sakit dan terluka. 

Salam Jumaat.


Thursday 21 February 2013

OPIS

Aku duk Bangi sejak 1990 sampai ke tahun ni. Alhamdulillah BAngi yang aman permai. Dari hutan hijau sampailah dah ada bangunan Bangi tetap menawan dengan kehijauan. Dari pemerintah yang bertukar tukar Bangi kelihatannya fesyen yang sama jugak. Stesyen Bas punyalah banyak tapi yang ada dikala ini hanyalah Bas Mini sahaja. Lau di tahun 2005 dahulu ada gak bas rapid. Bas yang kalor merah tu. Hanya tahan berapa tahun ja. Alih alih ada gak bas mini yang masih kekal hingga kini dan selamanya. Banyak benor jasa bas mini ni you. Lau dulu hanya boleh nampak di chow kit yang mana rindu rindu tu leh aa jengah kat Bandar Baru Bangi ni. Bila hari cuti ramai gak penumpang. Tak kira bangsa dan negara. Semuanya berbilang bangsa dan kebanyakkanya dari negara Bangladesh

Pepagi nak gi kerja jemm lah jugak. Mana yang tak jemm lau duk kat mana mana pun. Dalam pukui 7.40 pagi selalu dah lega sikit dari sebelumnya. Tapi sapa nak tunggu jam tu kan. 

Jalan ni yang paling sebok pepagi. Patutnya kita belok belah kiri jumpa traffic light. Tapi tak nak Q punya pasal sanggup guna jalanorang  lain. Aku yang naik scooter pun kena Q jugak taw kat depan traffic light ni. Ada tu yang siap ambik gambor sebab bengang dia urang guna jalan mereka. Ni kalau masuk dalam Bandar Baru Bangi punya FB memang syok aaa. 

Aman lau merempit tak banyak kenderaan ni. Masa cepat je sampai.

Bagi yang berkenderaan empat tayar bila lambat macam ni lah jadinya. Park lah jauh sinun dan tempat letak kereta kat opis aku ni ciput belaka. 

Sampai opis dah pun.....

Sampai je atas meja ada ni lah pulak. terima kasih dear....