Monday 21 January 2013

BEAUTIFUL MORNING

Morning friends. Sound macam cool je kan (senyum sengeh). No more monday bluess sebabnya hari ni dilla dah start cuti sampai lah hari Khamis, yahoo!! Tak kemana pun cuma nak habiskan cuti last year punya. Ada balance tiga hari tu haruslah kasi habis. Kalau tak burn je macam tu. Lau keje gomen untung lah kan boleh berbayor. Duk umah je lah banyak benda boleh buat. Lagi pun tengah tenga bulan ni uncang tak berapa syok sangat. Pagi ni pagi pagi follow my sis ngeteh kat Faris Maju. Sempat shoot kat balapan seksyen 15 tu.

Comel tak dia? Sambil mommy jogging dia duduk sambil makan roti. Bila dilla snap photo ni dia seperti malu malu. Hihihi tapi post tetap comel.Si kakak juga....tq sayang. Ada entry untuk dikongsi hari ini.

Friday 18 January 2013

INSTAGRAM

Ramai yang dah berminat dengan Instagram ni termasuk lah diri aku ni. Seronok apa adakala jadi leka sekejap kan. Jangan ikut macam dilla, hahaha. Dilla hanya guna dengan Sony Neo L je. Kalau guna IPONE lagi melecun kan. Then dilla guna application snapseed dan macam macam lah app yang lain terus Neo jadi sempot. But kata Orga dia rindu Photo2 Japan ni. Ada rezeki insyallah leh gi lagi erk ORga.

PhotoOfTheDay.....


Sementara menunggu Jemma snap jap guna Neo. Beautiful morning. Itulah photo yang menghiasi Instagram saban pagi. Rakan rakan lain akan memberi respons 'Like'  dan ianya memberikan mood yang sangat baik di pagi hari. Untuk rakan rakan yang meminati photography ni dalam IG kita boleh kongsikan photo dengan rakan yang lain. Dilla sukakan 'Tone' yang di hasilkan. Memerlukan kesabaran dan ideya untuk mencari tone yang sebegitu rupa. Try and error tu pastinya.
Tanda menghargai rakan rakan IG terima lah sekuntum mawar dari disneyland garden. 


Asakusa dalam kenangan. 
Editing : Snapseed
By Phone : Sony Neo L

Thursday 17 January 2013

ADA WAKTUNYA

Tiada XTVT di sepanjang minggu ni. Sejak Abang Nik tak dok cam ni lah gaya hidupku. Nak kemana seperti tak cukup tak rasa complete sepenuhnya. Tinggal berapa hari lagi nak menanti Abang Nik pulang. Rasa tak sabar pulak erk. Apa yang dilakukan saban hari dengan hobi yang memerlukan mood dan tenang waktu untuk melakarkan warna warna yang semestinya ada keceriaan. Aku sangat addict dengan editing. Nasib baik NEO L sentiasa menemani ku sepanjang masa. Habis semua app aku install. Adakala NEO pun terasa sesaknya untuk bernafas. Sian Neo......

Inilah kerjaku untuk hari ini. Leka dengan IG adakalanya begitu menyeronokkan. Like like dari sahabat serata dunia. Dalam IG kita boleh mencari idea. Pada yang minat dalam photography IG banyak membantu.
Flashback dari De Tour Of Japan 2012. Hanya menggunakan app Snapseed untuk mewarnai bridge Imperial Of Japan. Disinilah Istana Maharaja Akihito.



Sunday 13 January 2013

MISS MY NIKI

Dah hampir masuk seminggu lebih My Lovely Niki masuk ke alam rawatan. Tak pernah service pun tak pernah sekalipun mandi bunga. Ada gak hikmahnya bila salah satu lens kesayangan kena penyakit funges ni. Sedang elok nak berbakti pada sahabat yang bakal mengakhiri zaman bujangnya nanti Abang NIKI dapat berbakti untuk moment yang sangat bermakna nanti buat seorang sahabat. Insyallah $$ ada rezeki untuk mengubati abang Niki. Tapi kenalah tunggu end month erk hehehe. Rindu dendam terpaksa kena tahan jugak.
Salah satu outing potrait with My LIL ACA 2012.


with her siblings.
Kenangan bakti dari sang Niki. 

Sunday 6 January 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY ACA

Dia lah anak buah aku paling kecik diantara yang ada. Dari kecik sampai besor memang sangat rapat dengan dia ni. Dari baby sampai besor jugek dia amat senang dengan camera. lau ada model budak kecik dalam blog ni memang dia je lah yang rajin posink. Sekarang dah 5 tahun usianya. Dah pun masuk kinder garden tapi tetap maintain menangis (hehehe). Permulaan kut lama lama karang mesti dah biasa kan. 

Sempena birthday dia kali ini aku tak tahu nak beli apa. Fikir jenuh gak apa yang nak di beri. Tapi setiap kali jumpa mesti dia tanya 'dah beli mermaid lom maksu'. Fikir punya fikir custom mermaid ni mahal. Pas tu pakai pun bukan leh buat jalan jalan selalu macam x sesuai lah pulak. Kebetulan aku kuar ngan SR arituh gi kenanga di Jalan Pudu adalah kedai custom baru bukak. Aku lah 1st customer dia katanya lah. Ni mesti leh bagi diskaun lebeh ni. Cari punya cari aku berkenan pulak pada yang lain. Mermaid tu ada tapi nanti lah aku beli yang lain dulu. Lau ada karnival skool dia sok boleh aku belikan.  Pilih punya pilih aku berkenan pada baju 'snow white' ni. Nasib ada size untuk dia. terlanjur jeling mata ada lak baju 'superwoman'. Wah dah dapat dua. Moga dia suka dan sememangnya dia sangat suka. Semalam dia pi Bangi walaupun hanya sekejap tapi riaksi wajahnya sungguh ceria sambil mengayakan custom baju pilihan dia ni. 'HAPPY BELATED BIRTDAY ACA. MAKSU REALLY LOVE U SAYANG'.

Memandangkan Nikon aku tak dek terpaksa snap guna TAB ni. Cuma dok clear sangat lah tapi moment sangat aku sayang.


Saturday 5 January 2013

UMAI CAFE

Morning breakfast ingat nak hi KOPITIAM. Setengah jalan berubah pikiran lak. Kata kat SR moh ler kita gi breakfast kat UMAI D'LAke. Agak agak dah open ke pagi ni. SR kata ok je oklah cam ghitu. Bukan apa tetiba teringat cengkodok pisang tu. Terasa terasa bagai di depan mata. Sampai Putrajaya Lake kul 8.30. Nampak crew tengah bersihkan cafe kat atas tu. Aku tanya kul baper nak open ni nampak kat pintu CLOSED je tu hah. Dia kata kul 9.00 kak. Ok lah tu ada lagi setengah jam. Snap situ sana depan belakang guna TAB je hah. Maklum gadget semua kat workshop. Time ni rasa rindu pulak. Kul sembilan suku jugak dia open pun apa lagi terjah masuk. As usual SR kata pepagi mmg ramai. Abang abang naik sikal semua ngeteh sini. Rugi lah Jemma tak ada pagi ni. Tapi sempat calling Jemma yang nak merasa cengkodok pisang Umai. Depa sampai lambat sikit aku ngan SR dah dua kali order tu hehehee Kuat makan tol kan. 
Best aa makan kat Umai ni. Harga murah giller compare kat bangi. Memang sangat puas hati. leh datang lagi lau ghini kan.
Cengkodok pisang aku sangat ni. Harga Rm2.50 aje. Ada yang tanya kat mana Umai ni. Terletak di BANGUNAN ANJUNG MONUMEN ALAF BARU PRESINT 2 PUTARAJAYA. Orang memang lah ramai. Kusi duduk silih berganti. Pagi tadi jam 9 pun orang dah mula ramai. Kena sabor menanti lah erk lau nak makan sini.
Nasi lemak ayam herba + telor Rm7 hinggit
Pamos kuih udang Umai. Ni RM3 hinggit. Ada dua kuah sos & kuah kacang.

Thursday 3 January 2013

LIFE IS FULL OF BEAUTY

aWALNYA ceq sampai opis pagi ni. Tumfang my sister yang nak gi jogging tu. Pepagi jalan tak jemm lagi. Lau kul 7.30 am alamat beratuq keta sampai simpang surau Annur tu. Pagi ni sampai opis awal rasa seronok pulak. Cool je....relax. Harap harap biarlah sampai ke petang erk.
Opis ku pepagi ni tenang je. Hanya bunyian telefon berderingdering manja untuk disambut dengan penuh khemah kekdahnya. Just nak sharing dengan u all semua pada 18 jan 13 ni kat MD Valley ada Malaysia Food Festival.  Pada awalnya macam dah plan nak gi je tapi alat menembak saya semua kat workshop. Rasa macam tak sempat nak guna gun tu semua. Nak guna Neo L pun ada kat workshop jugek. Adui mak camana ni. rasa rugi kalau tak gi. Gadget yang tinggal hanya TAB ni je lah kat makcik.
Tetiba ada lah photo Funfair. Teringat zaman kecikkecik dulu. Kat kg lau ada funfair macam ni mahu satu kampong datang serbu erk. Ni photo masa ondeway ke Telok Kemang. Start 26 dec tu memang aku cuti giller giller. Malas nak pikir pasal kerja ni sebabnya memang nak release betul lah kata orang tu. Nak mohon cuti pun azabnya lah. Cuti tak leh bawak maju kedepan undur apatah lagi. Memang payah giller lah. Dapat cuti memang pulun sakan. Malas nak pikir pikir. Geram pun ada. Time kita nak nak cuti cam tu lak gaya. time orang lain sonang je. So bila dapat cuti memang off betul pasal office ni. Sikit pun tak ingat....(sampai hati kan).
26 dec lalu aku ngan Jemma, Azie follow Uyie berbengkel di Corus paradise resort ni. Kata nak cuti kan. Bertolak tengahari dalam masa 45 minit dah sampai. Dah lama aku tak gi sini. Area PD ni tak banyak yang berubah. Nak tengok hotel hotel yang shuntek pun x banyak yang ada. Pemandangan so so saja.
Jemma, Uyie & Azie. Aku as usual hanya penangkap gambor (jangan mara erk kekangkawan).
Corus Paradise resort PD Best Available Rate MYR171++

Wednesday 2 January 2013

WORK WORK WORK

Ceria pagi di hari Rabu. Walaupun  terbangun lewat pagi agak kelam kabut jugaklah. Dah tercuti sekian lama   rasa nak pi opis rasa liat ja. Terbayang jalan yang jem. Tq pada Jemma yang sudi jemput saya tumpang kereta pagi ni. Scooter ku meragam dah masuk workshop. Sehari dua ni baiklah dia. Boleh merempit seperti biasa.
Bas Mini pun menjalankan tugasnya dipagi pagi cam ni. Mana yang rindu kat Bas Mini ni leh tatap puas puas. Hanya kat Bangi je yang ada Bas Mini cam ni. Teringat kisah dua tahun lalu. Drebbar Bas Mini ni beli goreng pisang kat atas bukit tu lupa lak nak tarek handbreak, maka jatuh terjunam bas ni ke longkang. Pe yang kelakornya drebbar bas ni berlari lari mengejor bas ni yang laju turun ke bawah bukit.
Sambil tunggu warna hijau menyala ni terpandang pulak kiri kanan jalan. JUST nak sharing berapa ramai yang ambik kira pasal benda ni. Masa ni mesti mood tengah seronok nak mencacak cacak papan tanda ni tak kira kat mana lokasi sekalipun. Tujuannya tentulah nak bagi senang untuk mencari lokasi yang di tuju. Apa yang menjadi persoalan selepas habis majlis macam ni banyak papan papan tanda pengantin ni terbiar begitu saja. Tu salah menjadi kemarahan Pihak Majlis Daerah. Kena lah kutip satu satu disetiap destinasi yang ada. Tapi memang tak rajin lah kut nak buat macam tu walaupun HARUS Kena gak lakukannya erk.
Sampai pun dah kat opis den. Kat sini lah kena parking keter selalu. Ni time tak banyak keter rini semua ada yang staff gi skool ni. Lau tak susah gaban nak cari park yg kosong. Meraban masuk area kilang yang ada kat sini. Azab gak rasanya.
rINDUNYA!!! Mesti de yang kata menyut lah dilla ni. Rindu kat my workstation lah. 

Tuesday 1 January 2013

SALAM TAHUN BARU 2013


Wah lamanya aku tak mengupdate Blog ku ini. Ideya yang dah berkarat ni sememangnya nak kena tunggu tahun baru  nak makeup habis blog yang dah bersawang ni erk. Ingatan dari Shidah Ramli pada diri ku 'bila nak update blog kak dilla tu'. Tq SR...kerana  memberi peringatan untuk aktif semula berblogging ni. Oh tak lupa pada rerakan yang wish birthday pada diri Ku Terimas kasih semua. Doa kalian agar semuanya dimakbulkan olehNya, amin.

Start dari 25 dec 2012 aku dah pun mula bercuti. Azabnya nak cuti. Maklum tiada pengganti. Kerja ku menjual suara ni selalunya kena ada orang ganti baru leh cuti. Kalau dulu ok je tapi semenjak management baru ni tak boleh belaka. Sengsara tul nak bercuti cutian macam dulu. Rasa sesak nafas ni dibuatnya. Akhirnya 25 dec dapat gak cuti. 26 dec follow Uyie Aman ke Corus Hotel untuk seminar bengkel. Aku tumpang hotel jek passtu buatlah xtvt mende tapi tak da mende pun. Shoot view yang sama tapi best gak lah. Jalan jalan ke Telok Kemang petang petang. Cuaca pun bagus je. Balik dari Curos 28 dec jumaat. Sabtu tu ada xtvt mancing kat Tanjong Karang. Plan lama dah and kazen dah janji nak bawak kita orang mancing kat Sg Besor. Katanya banyak ikan kat sana. Aku tak mancing laut tapi mancing kek sawah je. Gigih aku panas panas duk tepi sawah. Ikan pandai pilih pancing. Jauh gak merangkak meredah padi yang belum potong ni. Tapi view sangat menarik.

Foto atas ni aku guna HP Sony Neo L xperia jek. Aku edit ngan Snapsheed ja. Yang bawah ni aku guna Nikon sebelum Nikon ku dah pun ku hantar service semalam ngan Shidah ramli gara gara ada Hammer u...sajok tol hammer ni nak bagi habis duit aku erk.
My Kazen merangkap Senior Otai kaki pancing ni. ke laut ke darat semua leh gi noks....


Wah semua nak mengukur batang pancing ni. Sapa paling panjang leh redah Puyu sepat iwak leley. Time nak bagi umpan cacing semua gelli...ayyaaa!! Aku pegang guna lapik plastic habis cacing jatuh. Adoi maklum lama tak pegang cacing. Uyie pandai guna cengkerik....selamba badak je pegang menatang tu. Nak mancing tapi geli nak pegang semua benda tu camano kekdahnya erk (hehehe).


Tq pada Adee kerna banyak membantu. Pasang tali pancing umpan pancing last last ' Ko pasanglah sendirik' Hahahha mana tahan kan. Tengah feel ikan makan umpan ada lak tukang kaco suruh bukak mata kail ikan. Hehehe sendiri mau ingat lah no. Nak mancing kena lah sanggup buat benda tu semua. Oh lupa nak kabor. Kita orang mancing dua hari taw. Yang ni kat Sungai besor tepi sawah redupredup ghitew. Ikan tak lah banyak mana sebab kita orang sampai pun dah tengahari. Waktu ikan rehatrehat kat pool sandor2. Kalau pagi shuntek sikit kan. Sejuk redup mesti ikan suka makan lau ada umpan. 

Tadaaaaaaaaaaa!! Nampak tak bawah ni ada Ikan. Ni lah ikan puyu pertama sejak 12 tahun aku tak mancing kat sawah cam ni. Wah syok feel tarik pancing ni. Teringat zaman nostalgia waktu aku kecik2 remaja dulu. Duk kat sawah bawah pokok tunggu ikan makan umpan. hah bayangkan 12 tahun yang lalu cam ni lah rasanya. Yang sebelah tu ikan Uyie. Oh dialah jura mancing pada hari pertama semalam. Kazen ku yang otai terpaksa serender je lah. Apa taknya tak sampai seminit asyik2 batang pancing si Uyie asyik mengena je. Memang bukan senang nak tawan hati Ikan ni benornya.


my kazens...santai pancing. 


Merenung nasib. Awatlah ikan tak nak kat aku (uhuk)

Dialah Juara dikala ini. berekor ekor ikan dia dapat. Apakan daya aku kalah dengan ekor2 yang tak seberapa. Pasrah lah aku dikala ini.....