My Iklan

Sunday, 21 December 2014

Yang Terindah...

Hari ni dapat jumpa dengan cucu cucu anak buah yang comel lotey. Rindunya lah haih. Ada cucu yang dah umur setahun baru jumpa. Bukan hilang atau kemana. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan makanya hari ini sebagai sejarah. M E D I N A, dah nak setahun beberapa hari lagi. Mungkin dekat dekat tarikh birthday ngan Aca. Tahun depan lah kita sambut sekali ye 1 january Okay....

G o o d NIGHT everyone

Selamat malam

Monday, 1 December 2014

THE ENGAGEMENT CEREMONY

Time cuti sekolah dah pun bermula. Ada lah sedara mara kita yang buat kenduri kendara tak kiralah majlis tunang ke majlis kahwin ke. Selalunya majlis kahwin lah paling besor. Cuti sekolah kali ni anak sedara sebelah abang ipau dilla lak tunang. Aku ni tak amik pun job wedding bagai sebab rasa susah sikit. Tapi sebab mengenangkan sedara buatlah jugak walau tak hebat mana cam photographer wedding yang popular dikala ini. 

Tahniah kakak. Kakak ni cikgu dapat owang Melaka. Insyallah tahun hadapan majlisnya. Majlis bertunang berlansung pada hari Sabtu lepas. Untung kakak sebab mama pandai gubah hantaran tunang kahwin. Tak payah nak upah orang lagi. Majlis yang sungguh meriah. Adik beradik sebelah abah kakak 14 orang kesemuanya bila dah dicampur anak menantu memang lah ramai. Macam dah jadi kenduri kahwin lak nengoknya. 

 Doakan agar mereka ini sampai hajat dan menjadi isteri yang solehah.

My Lovely Gopro, thanks. I love you