Tuesday 13 August 2013

ESOK KORJER

Habis dah cuti raya kali ni. Esok dah mula korjer. Cepatnya masa berlalu. Kenapa cepat sangat ni.

Aca kata 'relax maksu' korjer jer lah. Khamis Jumaat pastu cuti balik. Nanti Aca datang lagi Hokkay!

Saturday 10 August 2013

TIGA RAYA

Wah kejapnya dah masuk hari Raya ke tiga erk. Ketika ini daku memang dah berada kat Bangi. Boring la tak gi mana mana. Pepagi my sister & Family dah bergerak ke Johor. Turn rumah mybraderinlaw pulak beraya kat sana. Tapi dia urang balik hari je. Malam kang sampailah Bangi semula. Apa nak buat pagi ni. Sebelum nak mulakan tugas kat dapor sempat call THR GEGAR. Wah dapat cakap ngan DJ Ewan. Rupanya kami berjiran ja. Seksyen 15 dan 1 x jauh mana lah mekda. Dj Ewan kata nanti leh lepak kat Faris Maju Hokkay. 

Jangan jelez hokkay! Bukan uolls jer ada baju raya. Iphone ai pun hado.....


Raya tahun ni tetiba ada ktupat palas u.. Diterbangkan dari dapor Dr Alan & Farah. Merasa jugaklah makan ketupat palas tahun ni. Alhamdulillah meriah jugak raya pertama kat Bangi. Anak anak sisterku semua beraya disini. Turn Bangi tahun ni. Esok depa kena balik umah mak mentua lak. Nextweek depa semua nak terbang gi JAKARTA. Adui kena tinggal lagi. Tak dapat nak follow kali ni. Sebab boss aku tak leh nak approve cuti aku ni. Huaaa nanis lah cam ni. Tak dek rezeki lah kan tapi sedeh jugak sebab tak dapat najk sama sama ngan depa ni. Susah nak cuti serentak. Bila semua Hokkay aku pulak yang tak available. (pujuk hati ni) volleh ghitu.
Nilah anak anak buah yang aku kasihi. Kakak ni lah yang menjaga aku hingga kehujung nyawa insyallah. Terima kasih sis atas segalanya....
Aku ada buah kembar taw jangan tak tahu. Ada dua pasang lagi dari abang aku. Tunggu aku balik kampong sekali lagi baru dapat shoot dia urang dia urang ni nanti. Kazen ku pun ada. kesemuanya ada 7 pasangan kembar. Banyak khen......
Masa Ajies kecik kecik dulu aku sempatlah jaga dia urang ni. Sekarang dah besar panjang. Masa berlalu begitu cepat erk.
My Nieces KakSU & kak Yong.
Love u Aiman. 
The siblings...
Lepas acara salam salam kita urang pun bersiap sedialah nak balik kampong. Satu jam setengah je dah sampai. Sebelum tu kena singgah beraya umah sister Longku kat bawah tu je. 

Friday 9 August 2013

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir & Baten. Yehaaa... u olls dah raya sampai mana? As usual dipagi raya lepas sembahyang raya daku & kakak Families akan datang ziarah umah kak long dulu. Passtu terus balik Tg Karang. Pagi ni bertolak ke Tanjung Karang agak lewat sikit. So dah tolak jem lebeh kurang kul satu baru sampai Kuala selangor umah Aca. Nasib baik daku lalu LATAR. Kakak aku lalu Klang memang jem gilla lah kat Jeram. Pe pun nanti kita saambung lagi na. Aku baru je sampai Bangi ni. Balik hari lah dapat lah pulun lima buah rumah. Nanti sok lusa balik lagi.... Okay semua Gud nite.

Dari Aca untuk semua...Lob u

Tuesday 6 August 2013

DEMI TUGAS

Dikala semua rakan rakan yang sudah pun bercuti dan berada di kampong aku masih lagi bertugas demi pertabasan. Ewah.......ayat!! X leh nak hinggat erk. Ala aku saban taun raya kat Bangi je. Raya pertama balik kampong yang tak berapa jauh tu. Malam balik semula kat Bangi. Cam tu lah rutin ku saban tahun. Rindu kat aruah mak dan ayah. Lau mereka ada dah tentu awal awal aku balik kampong khen. So hari ni last day kejer. Pepagi kul sepuluh boss dah panggil dept meeting. Meriah meeting kali ni sebab ada sesi bergambau. Boss ingatkan 14 Ogos masuk kejer balik erk. Jangan ada yang ponteng. Kisahnya aku nak cuti dikala itu boss tak approve. Sebabnya partner kejer aku dah apply awal cuti dari aku. Boss kata dua dua tak leh cuti serentak.  Sadis lah jugak sbb sepatutmya aku leh ikut my lovely sister Fly gi JAKARTA & SOLO. Uhuk nak nangis pun ada tapi demi tugas di perbatasan....ommak sedihnya. 


Tetiba nampak kak Ienda berlegar di Lobby. Rupanya ada temu janji ngan shidahdolmat.  Ni gift kuih raya dari Kak Ienda. Thanks kak....


Ni gift dari BOSS kita urang. Shuntek....suka sangat.
Untuk rakan rakan Blog yang dikasihi, dilla menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan. Mohon diampunkan silap kata tutur bicara selama ini. Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHER DAN BATEN.