Sunday 29 November 2015

SCHOOL HOLIDAY

Seronok tak jadi murid sekolah dan cikgu bila tibanya bulan November December cam ni. Dapat cuti panjang dah boleh plan nak bercuti kemana saja. Tapi menurut kawan ai yang merupakan seorang guru pendidik ini jam bukan macam dulu. Cikgu relax time cuti sekolah panjang cam ni. Lar ni tak ada dah. Banyak kerja jugak katanya. Ada mesyuarat kena pergi. Macam macam kena buat. Report kena buat. Nak cuti boleh tapi bukan lah sebulan. Hehehe dulu aruah bapak ai mmg suka lau anak anak dia dapat cikgu. Kerja senang katanya. Jam ni bukan lagi senang tanggungjawab lagi berat. Budak budak ini jam sangat sangat cerdik. Tak kata kat orang lain lah kan. Anak buah ai Aca ni lau tengok markah semua sembilan puluh lapan puluh tujuh puluh keatas. Tapi dapat nombor tigasatu daripada empatsatu dalam kelas. Agak yang dapat nombor satu tu mesti dapat score 100% gamaknya. So cuti sekolah kali ni memang tak ada plan lagi nak gi mana. Aca datang je lah dulu umah BANGI. Dapat main SIM pun jadilah dah rasa bangga sebab dia dapat tidur umah BANGI walaupun semalam.

Semalam pagi sebelum kenduri dah sampai dapat lak tidur umah BANGI malam tadi rasa dah puas dah dia tu. Pagi ni abah mama aca nak gerak pagi dari bangi nak gi Nilai pulak melawat cucu katanya. Aca kena lah ikut karang anak buah dua orang tu dok tanya mana auntie mana auntie. Lau ikut dia mahu nak stay bangi lagi tuh. Sempat cakap ngan abah nanti singgah bangi tau. Tu tak puas lah tu nak main SIM lagi. Hehehe aca clever erk. 

Ligat dia mikir nak suruh abah singgah lagi ni. 


Saturday 28 November 2015

HANECO

Cuti sekolah dah pun bermula. Pastinya kita ni banyak dapat jemputan sana sini. Jemputan makan kenduri lar. Pagi ni dilla gi macam tempat jepon tapi nama jer ala rupa jepon. Majlis kenduri kahwin. Alhamdulillah cuaca sedang elok ajer. Nampak cam mendung tapi tak hujan lagi. Rumah kawan rapat abah aca masa jadi cikgu dollu dollu. Hampir 20 tahun tak jumpa, katanya. Kakak ngan dilla pagi pagi dah siap siap nak gi umah Pak Din ni. Cari punya cari terbabas sampai tesco semenyih nu. Rupanya dekat jer ngan sekolah dilla dulu kat Sek rendah Semenyih tu hah. 

Masa ni awal dilla sampai. pengantin pun tak sampai lagi. Ada photoobooth saje suruh Aca berdiri kat situ, hehehe.

Pengantin tak sampai lagi kita amiklah gambor makbapak pengantin. Dapat abah aca bergambar kenangan dengan rakan serumah yang hampir dua puluh tahun tak jumpa. Agak agak kita pun ada kawan lama yang tak pernah jumpa sampai la ni. Mesti happy lah kan dapat jumpa cam ni.


Selamat pengantin baru Liyana & Afiq. Walau tak sempat nak jumpa pengantin dapat tengok photobooth pun jadilah.