Friday 31 August 2012

CUCI MATA

Okay sampai disini Kisah Ben Thanh. Esok kita masuk bab tentang Cu Chi Tunnel pulak kay.


Tengok lah baju baju buatan Vietnam ni. Penuh manik manik penuh labuci. Selai baru Rm55 hinggit dek non.

Kat Ben Thanh ni bukan setakat kain baju bajan saje. Malahan segala benda macam lukisan, sulaman dan macam2 lagi pun ada. Tu aku kata tadi lau masuk Ben Thanh silap2 yang rabun tu elok terus penglihatannya. Ikut skill kan tawar dengan harga separuh. Passtu lau tak dapat naik sikitsikit. Aku dah dapat praktikkan pada hari yang kedua setelah hari pertama mood aku agak merundum sebab dah terbeli tshirt yang mahal tu. Rasa sayang enor duit yang dah terbang tu.
Kalau nak cari beg yang cun2 aku rasa SAIGON SQUARE tempatnya. Nanti entry akan datang aku akan citer tentang SQ ni kay.



Hari ini hari Jumaat. Tak gi mana pun. Ada open house kat bangi lama tapi x dapek nak poyi. Kena ceretberet lah seharian. Mungkin ada benda yang aku makan semalam sampai tak ingat apa dia. Subuh tadi mak aih sakitnya lah haih. Tak tidur sampai ke subuh dibuatnya.
Okay lah sebelum aku nak teruskan tentang Cu Chi Tunnel tu apa kata kita cuci mata kat Ben Thanh dulu. Ada a few photo dari camera twins yang x publish lagi ni.
Minah Salleh pun rajin masuk Ben Thanh. Tapi rata rata yang aku tengok pembawa beg tegar dikalangan orang2 Malaysia. Ada sorang minah salleh tu aku tengok pandai tawar menawar. Agakagak tak nak di tinggalnya salesgurl kedai tu dan seperti sediakala salesgurl tu akan panggil balik. Maklum customer kena gak jaga kan. So minah salleh tu gi lah semula kat kedai tu dan dapat harga apa yang dia nak. Pandai dia.....

Thursday 30 August 2012

NIGHT MARKET BAN THANH

Dah penat berjalan barang pun banyak gak dapat mata pun mula lah bagi signal. Jom aa balik hotel penat ni...tapi di Might market ben thanh still dengan keriuhan dengan pengunjung yang setia disini. Motor yang lalu lalang kat sini jugak punyalah banyak wei. Dengan bunyi hon lagi memecah kesunyian gegendang telinga aku dikala mata dah rasa ngantuk ngantuk ni.


Harganya lebih kurang Rupiah enam belas ringgit. Tawar menawar dapatlah lima belas ringgit je...tapi banyak pilihan.

Untuk panduan kalau nak beli thirt kat atas tu leh dapat 10 hinggit di Night market ban thanh ni. Kualiti kain soso. Kalau nak lebeh baik lagi dalam lima belas hinggit ja. Kat depan restoran Melayu tu my BIL dapat grab 9 pasang jatuh enam hinggit sehelai.

Ada brani lu mau makan sini? hehehhee.....


Inilah lah suasana malam di pekan Ban Thanh. Serupa berada di Chow Kit road kekdahnya. Orang melayu & orang Vietnam. Syurga dunia untuk shopink2 kat sini gamaknya erk. Untuk 1st day ni kami urang masih bertenaga. Sebelum balik hotel aku round2 dulu. Tambah koleksi gift untuk kengkawan. Teropong dulu ada lagi tak saki baki duit dong aku ni. Habis karang nanis esok ada agenda lagi nak gi tengok Terowong Cu chi. Tu lat nak naik sampan kat Delta Mekong. Wah dua hari lagi ni...duit macam dah surut ja. Kat sini peniaga suka tariktarik tangan. Kakak mari lah tengok marilah beli kain ni. Pandai sungguh berbahasa Melayu. Ini adalah dialog business erk.

Wednesday 29 August 2012

CHECK IN (GOLDEN CENTRAL HOTEL SAIGON)


Ni lah rupa ayer kelafa. Sama jer kat Malaysia. Andainya nampak kelainan mungkin dari sudut kreatif kut (hehehe) nak gak masukkan element photography erk. Habis makan harus balik hotel tapi kita urang singgah night market dulu. Suasana kat sini macam downtown key ell lah lebeh kurang. Perjalanan ke hotel tu akan melalui night market dahulu. So boleh lah jamu jamu mata atau cuci cuci mata sebelum tidor. tengok dulu matawang anda. Lau masih ada Ringgit Malaysia belasah ajer.


Malam ni kita urang semua dinner di restoren Kampung melayu (sebelah kedai hjh basiroh). Ramai rakyat malaysia waktu ni. Toleh kiri kanan semuanya rakyat Malaysia. Salam bersalaman bertanya khabar. ' Dari mana' itu lah diantara ayat ayat kata sapa menyapa. bagus jugak kan kita mengenali antara satu sama lain. Dinner malam ni aku order mee mamak. Rindu la....tengok makanan lain cam biasa biasa aje. Anak buah aku order ayer kelafa. Harga makanan kat Vietnam ni memang mahal. tengok package nasi ayam untuk dua urang ajer kalau convert rupiah malaysia hampir Rm32 hinggit. Maknanya sorang dalam lapan belas ringgit. So malam tu dinner aku ditaja oleh Tuan haji & Co. Tq lah tuan Haji.


Bikin rambang mata duk lama lama kat sini. Kakak aku ni memang suka benda benda cam ni. Beli beli semuanya untuk urang. Sana teringat sini teringat...mula susah hati siapa yang tak dapat lagi tu (hehehe). Kalau nak ingat semua memang kena beli satu kedai kat ben thank ni lah jawabnya. Tak terasa pun bahang panas duk lama kat sini. Mungkin sebab aura shopink dah melekat kat badan masing masing tu ngalid sokmo. Jam pun dah nak masuk petang. Sadau dah nak kul 7 malam. Mulalah perot terasa lapar. Nak makan kat mana tu memang allan Nguyen dah bagitahu kat mana nak cari restoran halal. Mestilah kat sebelah kedai hjh Basiroh tu. Pukul 6 Ben Thank market akan ditutup. Malam nanti kita tengok lak NIGHT MARKET diluar kawasan Ben Thank tu pulak. So kita urang balik hotel letak barang buat apa yang patut. Lepas maghrib dalam pukul lapan tu turun lagi nak dinner kat restoran kampung Melayu tak jauh dari Ben than market tu ajer. Dinner malam ni ditaja oleh 'senderian berhad'. Company travel hanya taja lunch jer tadi erk.


Untuk serbenior kengkawan aku adalah beli beberapa ketul beg kat makcik ni. Mesti nak tahu harga kan? Aku dapat satu 6 hinggit dan yang merah ni lapan hinggit duit malaysia. Kawan aku kata semalam kat sini beg cam ghitu dekat 20 hinggit lebeh kat sini. Memang lah adat harga orang berniaga. Nak bawak luggage tu lagi nak seret merintasi jalan yang penuh dengan motor tu lagi nak bawak naik kapal terbang lagi. So kalau tak dikira kos tu semua baik aku pakai sendirik kan. Lau rasa nak murah baik gi shopink sendiri, betul tak?


Bling bling. Cantik tak ni? Orang Vietnam ni sungguh kreatif. Ni boleh jadi pencil box, tempat letak makeup dan boleh je lah nak sumbat apaapa. Kawan kawan aku banyak kirim benda ni. Kirim mulut ada kirim ayer je pun ada (hehehe). So aku pun beli mana yang ingat je lah erk.


Inilah kedai 507 kedai Lyn telekung yang sangat pamos. Kualiti kain sangat cantik. Dalam banyak kedai telekung kedai Lyn yang sangat popular. Kain telekung yang dijual di Malaysia Rm90 hinggit kat kedai Lyn boleh dapat separuh harga lagi....


Daku dah stuck kat kedai dia ni. Teringat mama Aca nak kain cotton. Cari yang berwajah bunga bunga. Ada banyak bikin rambang mata. Tiga pasang kain aku beli kat sini tak sampai seratus ringgit. Tu pun puas aku tawar menawar nak minta lagi kurang. Aku guna duit RM jek sebabnya aku dah pening nak gunan DONG. Nak convert lagi bagai lah penin. Abang ipar aku pandai bargain tapi dia dah jauh kedepan sana. Lari lari aku follow dia sbb nak minta harga murah ni. Tapi aku terkena gak bila beli tshirt tu dengan harga 200Dong hanya dapat 5 ketul je. Maknanya satu jatuh 32 hinggit....aduiii menyesal tak sudah sampai tak leh tido malam tu (harharhar). Anak buah dok pujuk' saborlah maksu, anggap kita sedekah kat diek' Huaaaa nak nangis. Mahu tak nya elok2 bawak 36 keping tinggai berapa keping je lagi. Ni baru setengah hari. Ada 3 hari lagi ....uhuk. Nasib baik ada banker bergerak. penyelamat dikala perlu.


Ramai peniaga kat sini. Ada macam macam benda yang dia urang jual. Keadaan dalam pasar ni memang panas tak dek aircond erk. Tapi waktu aku berada dalam ni hujan pun turun. Rasa lah sejuk sikit. Kalau gi Ben tai market lagi lah bery hot. Hari kedua kita urang dibawa ke ben Tai market berpeluhpeluh dibuatnya. di bentai market banyak kain ela. Kain Licra popular kat sini dan harga opcozlah murah. Wah mesti tak tahan kalau dengor ni bagi wanita wanita tegar yang nak sangat bershopink kat Vietnam ni kan. Hah kumpui duit penuh penuh passtu leh shopink sakan kat sini. tak payah bawak baju banyak banyak, simpan ludggage untuk bawak balik barang shopink, havoc ghitu.


Sampai hotel letak barang passtu relax kejap ambik nafas. Wah best hotel ni ada wifi lajus. Aku ngan 3 anak buah aku duk tingkat lapan manakala Kekanda ku ngan anak twins tingkat 9. Kita urang booking ampat bilik. Sangat luas dan selesa mbangget. Perjalanan ke Ben Thank market hanya 5 minit perjalanan. Tak sabor nak tengok Ben Thank market ni yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia tentang baju bajan kain mengain dan banyak lagi yang ada kat sini. Masuk je dalam Ben Thank market ni mak aih sessi tarek menarek oleh penjual yang memanggil ' kakak kakak mari lah sini marrilah beli, eh kita jumpa semalam'. Bila masa pulak aku jumpa ang sampai pun baru tadi....' Itu lah bicara peniaga di pekan ben thank untuk menarik pelanggan didalam market ini. Patutlah urang Malaysia gila gila nak datang sini. Harga memang jauh lebeh murah dan tawar menawar sudah pun bermula. Disini guna matawang DONG,USD & Ringgit Malaysia. Aku sarankan lau nak gi sini guna ajer duit ringgit malaysia lagi senang. Pening nak convert duit dong ni.....

View dari belakang hotel..


Ini lah rupa hotel Golden Central Hotel di Saigon ni. Dalam pakej tour yang dilla pergi ni Rm1800 termasuk makan minum serta perjalanan selama 4 hari tiga malam.
Click Info tentang GOLDEN CENTRAL HOTEL disini.

Tuesday 28 August 2012

DE TOUR VIETNAM 2012


Ok kita dah sampai. Masa untuk check in ya.....
Lau nak gi SPA pun volleh jugak!!! Ini lah dia Golden Central Hotel. 5 minit perjalanan ke Ben Than Market. 4 star hotel memang best le. Channel tv ada banyak you lebeh 30 channel. Korea mowie pun ado.


Sementara nak sampai ke Hotel penginapan kami di Golden Central Hotel Saigon. bus shummel yang membawa rombongan ini merentasi bandar Ho Chin Minh yang penuh dengan deruan bunyi hon pin pin sana ni. Inilah realiti kehidupan serta perjalanan masyarakat di Vietnam.


Pintu masuk utama di masjid Musulman di bandar HCH.

Masjid Musulman di bandar Ho Chin Minh. Telah di bina pada tahun 1935 oleh Muslim India. Muslim Vietnam kebanyakkannya keturunannya dari suku Champa iaitu sebuah bekas kerajaan yang mengawal Vietnam bahagian tengah dan selatan.


Selesai lunch kami pun terus gerak untuk menunaikan solat di Masjid Musulmane di HCM.
Sebahagian besar penduduk Ho chin Minh lebih suka menggunakan kenderaan bermotor. REMPIT kat sini memang boleh hidup le....


Dalam tour ni memang muslim package. So makanan di tempat halal termasuk dalam agenda perjalanan. Biasanya nak cari tempat makan yang halal ada di sekitar Bent than. Restoren Seri Melayu ni terletak di Saigon. Andainya berada di sekitar Bent Than restoren yang terdekat di kedai Hjh Basiroh. Disebelahnya restoren baru Kampung Melayu. Nanti akan ada disini menumenu dari restoren kampung Melayu. Sedap sedap semuanya...tunggu erk.


Ini di sekitar bandar Ho Chin Minh. Meneruskan perjalanan untuk Lunch di saigon Sri Pinang. Lapor ni.....


Dalam perjalanan pulang dari HRC tu aku bertembung dengan dia ni. Cam ni lah gaya kehidupan masyarakat Vietnam disana. Inilah punca pencarian mereka untuk hidup dibumi Vietnam.


Yeah HRC Ho Chin Minh!!!! 5 minit perjalanan dari de' central Post office HCH. Wanita yang ada tailalat ni namanya Lina. Dia kata during Ramadhan tak ramai pelancong yang datang. Semua nya puasa penat, Lina. Barulah dia paham akan erti ramadhan katanya. Kat sini aku tak beli apa pun. Mungkin urang lain minat ngan HRC ni tapi aku minat tang lain kut. Sorry lah pada kengkawan yang kata aku tak dapat beli tu. Sebab rupiah aku terhad untuk diri aku je erk.


Group Photo dihadapan Post besar HCH.
Saigon Central Post office merupakan pejabat pos yang terletak di bandar HCH. Ianya telah dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian Indochina Perancis pada abad 20 an. Arkitek yang terkenal Gustave Eiffel telah membina bangunan ini. Sehingga kini pejabat pos ini masih beroperasi dan mejadi tumpuan pelancong. Pendekkata kalau melawat Vietnam tak sah kalau tak berkunjung ke sini....


Central Post Office. Post paling besor you, gabak.


Kami dibawa melawat ke Notre Dame Basilica Catedral. Bangunan ini dibangunkan oleh Kolonial Perancis diwaktu beliau menguasai Vietnam Selatan dari tahun 1863-1880. Dahulu kala lebih dikenali dengan nama GEREJA SAIGON.



Ini lah penunggang motorsikal di Vietnam yang tegar!. Tengok tu berapa banyak motorsikal daa. Habis separuh jalan penunggang motorsikal yang punyo. Nan ado ketor lain memang tak do lah sebanyak ini. Menurut Alan motorsikal merupakan kenderaan utama di sini. Banyak geng rempit sini. tapi cuba bayangkan miskipun banyak motor tapi kes kemalangan amat lah kurang. Bunyi hon jangan cakap ler. Hon sana hon sini tak pernah sunyi dengan bunyi hon hon kat sini. Kalau kat Malaysia bunyi hon cam ni agak alergik erk. Sbb selalunya mungkin pemandu marah ke ada yang tak kena ke tapi berlainan pulak kat sini. Hon tu ibaratnya 'memberitahu' akan kewujudan kenderean yang sedang lalu erk. Mula mula tu sakit gak tinger lama lama ikut suka ko lah wei (hehehe). Mereka yang berkenderaan 4 roda amat lah tinggi kos insuran setiap tahun 200%. Motorsikal dia urang kat sini canggih2 belaka. Scooter macam aku pun nan ado kat sini wei.....aku punya dah jauh kebelakang, siut je kan.


Lawatan setengah hari ini kali ni ku dibawa melawat di sekitar bandar Ho chin Minh (Centre Post Office, City Hall dan China town). Nanti leh tengok Colonial Notre Dame di Bandar Ho chin Minh dan terus melawat hard rock cafe di HCH. Masa kat Japan hari tu tak sempat nak singgah HRC ni.


Sampai saje kami disambut oleh tour guide kami Alan Nguyen dari ASIA TOUR TRAVEL sudah menanti rombongan kami. Naik bas shummel taw. Cuaca di Vietnam ler nih kurang sama je ngan malaysia, paneh ler. Waktu di Airport ketika ini sangat lah ramainya umat. Oh ada yang tanya dilla gi follow KLIA TRAVEL untuk rombongan ke HCH kali ini. Pertama kali menjejakkan ke bumi Vietnam bagaikan satu pengembaraan.


Pada 21 Ogos yang lalu dilla serta keluarga selamat berlepas ke Vietnam sessi 'de tour Vietnam 2012' dengan selamatnya. Alhamdulillah kali ni dapat berpeluang sekali lagi bersama keluarga dan ianya memberikan sedikit pengalaman akan kehidupan orangorang Vietnam selepas perang America war selepas 1975. Akan merasai kesusahan kehidupan orangorang disini yang sedikit sebanyak memberikan rasa keinsafan pada diri.

Pakej tiga hari empat malam berada di bandar Ho chin Minh dapat mengenali tempattempat yang menjadi kunjungan rakyat Malaysia yang sangat popular ketika ini. Dengan menaiki pesawat MH750 Kul/SGN dengan memakan masa selama satu jam lima puluh minit. Pukul 10.30 pagi sudah ada di pesawat dan tiba di International airport Tan Son Nhat jam sebelas pagi kerana masa di Vietnam adalah satu jam kebelakang waktu tempatan.