Tuesday 30 April 2013

UNIPAI KO

Tetiba UNIFAI tak berfungsi lak. Habis dah on Off bagai tapi tak gak jalan. Emm apa alah agaknya punca erk. Terpaksa lah guna Phone nyer internet sambung menyambung. Pagi ni nak datang awal kat opis tapi cam xsempat je. Petang karang ada lawatan dari MOF. Harus sebuk opis pagi ni....

Sompek aku buat ari Sabtu kelmarin. Dah siap senang hati tinggal nak buat kat Screen lah pulak arinih. Semalam lunch kat Wadi. Lapor sesangat. Kawan sebelah cuti kahwin. Aku kuor je lah kul satu kan ada urang nak datang pun. Lau ada pun Office closed hehehhee....

Standard lah herge makanan kat BAngi ni mana ada yang murah cam kantin skollah erk. Rm5.90 harga makanan ni mmg cukup berbaloi sebabnya besor2 susah nak masuk tekak. Kena lah kongsi pun Volleh. Makan lah selagi boleh apa sangat nak dipertikaikan tentang harga. Asalkan puas hati dan sedap okey ajer pada aku khen. TETIBA lak emo erk. (Hanya wak je yang tahu khen wak).

Thursday 25 April 2013

JJCM

Balik dari melawat si dobbot hari tu singgah lah kat Selera PUTRA ngan mekda SR. Tempat pilihan hati setiap kali nak makan kat sini lah tompeknya. Bukan apa suasana kat sini sangat cool, relax dan leh layan perasaan. Pilihan kita urang NANDOS lah. Sekali tu khen bila sampai kat sini alamak!!!!! SARAS! Saras ada lah. Janji nak email kat dia arituh teman tak buat buat pun. Janji pelesu tul lah dilla ni khen. Bukan apa kad SARAS tu lupa ku taruk mana. 
Sampai je SARAS kenal kan ngan rakan sekorjenya AZWA. Lau angpa pi ALAMANDA NANDOS pasti akan jumpa Azwa ni. Minta jek diskaun erk....hehhee!



Wednesday 24 April 2013

IKIN DE BIG DAY

Bulan ni memang bersilang seli rakan rakan opisku naik tangga pelamin. Bermula ngan Jemma, Ikin & minggu ni Mirol lak (partner) teman sebelah meja aku naik tangga felamin erk. Lepas tu si Ita & Kim fulak selepas Mirol. Wah memang aku get ready ngan hari hari bahagia dia urang ni dan nasib baik kenduri kendara depa ni hari AHAD. Lau SABTU time aku keje memang frust aku tak dapek nak gi.
Ni Ikin funya BIG DAY. Aku samfai awal ngan Jemma. Sebab nya Jemma & teams ada carrier affair kat KLCC. So harus lah gi awal. Then pengantin lelaki mestilah tak samfai lagi. Sampai rumah pengantin tetamu dah ramai. Selepas jumpa pengantin de'IKIN' kita urang terus tuju tempat makan sebab lafar sesangat. Lagipun mmg bajed nak gi makan umah pengantin. Sedap sedap makannya wei.


Monday 22 April 2013

PRAY FOR HER

Semalam petang dengan bertemankan SR aku lari ke PUTRAJAYA HOSPITAL. LAri ngan cik HONDA lah. Dah seminggu DOBBOT duk kat spital ni. Astma dobbot masih tak pulih pulih lagi. Semalam agak teruk berbanding pada hari yang dulu. Nampak dengar dadanya berombak. Alahai dobbot, pitty you. Sedih lak aku nengoknya. NURSE terpaksa lah pakaikan nab tu kat hidung dah dia rasa tak selesa. Marilah kita doakan agar DOBBOT cepat sembuh ya. Moga ceria selalu dan berilah kekuatan untuk ibubapa anak ini, Amin.


Saturday 20 April 2013

OH BULAN


Malam bulan dipagar bintang
Makin indah beri senyuman
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman .... Ewah!!

Tetiba nyanyi lak memalam cam ni erk
Macam kena angau je khen
Kan apa terjumpa fotus bulan ni hah
Tetiba teringat lagu P.Ramlee
Ai memang suka nyanyi you
Ikutkan hati nak je fekek fekek macam karok tu 
Sebabnya tetiba dapat Ideya ni

Sambung Nyanyi lagi lah (Nyengir)

Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara


Alamak esok ada wedding la....
Harus nak tidor awal malam ni
Good night alls

HAPPY SATURDAY

Wah minggu ni rasa macam best je. Sebabnya Sabtu AHAD free khen. Time kena kijo hari SABTU tu macam stress je sebabnya lagi kan memang tak suka mbangget. Tapi tu lah apakan daya suka ke tak kena suka terfaksa ghitew. So minggu ni kira minggu yang membahagiakan lah. Tak de pun cuti cuti kemana. Planning tu ada tapi kena tunggu dulu. Happy Saturday buat kawan2ku semua. Jom ngeteh!


Monday 15 April 2013

GET WELL SOON, sayang

Musim hujan musim cuaca yang tak menentu dikala ini ramai yang jatuh sakit. Apa pun tabahlah menghadapi segalanya. Mudah mudahan kita dijagai dan kita juga mengingatiNya agar diberikan kesempurnaan menghadapi keadaan ini, amin.

Petang tadi roger SR terus lari ngan CIK HONDA gi hospital PUTRAJAYA. Mukan dilla yang sakit erk yang. My dobbot dah dua kali masuk hospital  ni. Hari tu masuk ICU dekat dua minggu. Sian my dobbot. Tadi petang kahak masih banyak lagi. Dobbot pun cam tak selesa je. Mudah mudahan Dobbot cepat sembuh ya! BAB bergambar...serah kat DOBBOT. Masih boleh POSINK as usual. Love u dobbot.


OFF DAY

Orang lain gi kijo hari ni lak OFF DAY aku. Cam janggal je gaya cuti hari Senen cam ni. Entah bila nak jadi normal balik ni. Tak ada cerita menarik pun. Almaklum minggu lepas turn aku kijo. Jadinya Sabtu tu memang tak dapek nak gi mana. Jap lagi nak gi TESCO lah. Ada benda aku nak cari kat sana.


Happy working erk kawang kawang.....

Friday 12 April 2013

DUNIA ARTIS

Baru dan nak belek folder lama malam ni. Esok ai kena kijo erk. Entah lah rasa cam sakit je jiwa tapi bila fikir balik follow jer lah. Mudah mudahan tuhan makbulkan doaku untuk mengembalikan cuti SABTU ku kembali. 
Entry kali ni photo lama March x silapnya. Tak dan nak buat entry ni sebab sebok fokus pada wedding Jemma aritu hehehehe. Terima kasih SR kerana sudi membawa diriku ke konsert DBKL kali ni. Agak perit jugak lah sebab tak leh nak guna speedlight erk. Terpaksa guna lighting lampu artis atas pentas tu. Nasib dapat duduk dekat. Hand held tu ada lah jugak tapi bergetar jiwa dan raga. 


Thursday 11 April 2013

CHILDREN PHOTOGRAPHY

Minggu ni agak terbatas perjalanan. Hanya SR je yang tahu khen. Tengah dok pikir ideya untuk entry seterusnya nanti.


Sunday 7 April 2013

GALERIKITE_admin

Apa itu INSTAGRAM? Aku semakin addicted ngan Instagram ni semenjak ku mengenalinya. Seronok sebenornya. Mana yang suka melayan foto tu banyak benda kita boleh kongsi dekat INSTAGRAM ni. Oh apa dia Instagram ini? Ianya sebuah applikasi menyimpan foto. Boleh dijadikan berbagai warna yang sangat fofular ketika ini adalah VINTAGE. Kalau dedulu masa kita kecik2 dulu ada warna gambau retro ghitu. Disamping kita mengenali pengguna INSTAGRAM di seluruh pelusuk negara. You like me ai like you! Like aa pada suatu yang mendatangkan faedah erk jangan like benda benda yang mengarut tu! Ada tu report je SPAM habis cerita.

Dah sudah tu jangan lupa #TAG pada fotofoto kita. Selalunya foto KIDS aku #TAG pada kids ke children ke. Tapi aku tak pernah lupa pada #galerikite, #ilovemalaysia dan banyak lagi. Malam tadi aku #galerikite......harini galerikita_admin telah publish untuk#photooftheday ACA MARRYBROWN. Tq #galerikite kerna menghargai karya ini.


MELAKA KU MARRI

Miskipun cuti sekolah dah bermula kenduri kendara kahwin tetap jalan erk. Tetiba lak cakap pasal kahwin ni  khen. Nak cerita la pagi ni nak kena gi Melaka you. Last week kan majlis anak buah den kat Tanjong Karang. So hari ni majlis belah lelaki lak kat Tengkera Melaka. Kang kui 10 baru nak gerak lah. Tak pernah pun gi kat Tengkera ni. Battery semua dah charge sejak semalam erk. Balik dari JJCM kat kak Ogy greenwood tu rasa rasa battery banyak lagi. Nanti kita story mory lagi lepeh ni. Salam pagi salam pagi minggu untuk semua sahabat ku yang di kasihi.


Tuesday 2 April 2013

DARI MELAKA KE TANJONG KARANG

Cuti sekolah ni memang tak leh pisah dengan kenduri kahwin kahwin erk. Pendek kata seminggu tegak ni memang banyak sungguh dapat jemputan kenduri kendara. Seminggu pacak ni jugak lah rakan rakan photographer kita memang tak leh nak duduk diam jugaknya. Macam aku ni kira bidang terjun begitu jugak lah rasa fenatnya. Sampek sempot sempot dan terfaksalah sedot Gas. Alhamdulillah dah beransur sihat dah. Tq Allah berikan ku untuk meneruskan segala perjalanan ini.

Ahad lepas haruslah balik Tanjong Karang. Aku dapat anak buah baru erk. Tu entry kali ni tajuknya dari Melaka you. Maksu dilla nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat Izaura & Aril. Moga diberikan kebahagiaan hingga akhirnya.