My Iklan

Monday, 10 November 2014

PAPARICH

Tengok tajuk tittle ni cam orang kaya je citernya. Naper erk dipanggil paparich ni. cam dah sinonim ngan nama dia. Kut lah diubah jadi mamarich cam tak kena ja. Apa pun sinonim pada setiap nama ada keunggulannya.

Citer dulu semalam. Kakak teman banjer dinner. Untunglah ada orhang banjer kan. Rezeki namanya. Teman suka enau makan kat sini. Tempat cool relax. Malam tu orang tak ramai sangat. benornya udah lama tak gi sini. Semua siap dah bercermin bagai. So aircond pun cool lah. Teman suka makan porridge kat sini. Malam tu order porridge ja. Anak buah teman yang lain depa orderlah apa yang depa suka. So banyak gambor food ni bukan teman sorang yang makan erk (smile).

Ni paparich dekat ngan deretan kedai FAREEDA yang baru tu. 
Three  layer tea. Bawah tu cam gula merah ja. Sedap? Boleh lah

Porridge. Semua ni snap guna iphone. Dah masuk dalam pc resolution iphone cam ni lah jadinya.

Sunday, 9 November 2014

WEEKEND

Cuti weekend duk umah je kali ni. Esok dah mula kerja. Dua hari cuti cam tak puas je kan. Kalau nak puas cuti lah sebulantry tengok canner. Without gaji boleh tahan ke, hahaha. Tinggal esok sehari je aku kerja. Lusa aku dah nak cuti dah kawan. Aku nak cuti puas puas biarpun selama tujuh hari ni termasuk sabtu ahad. Aku nak relax kejap. Cuti dalam Malaysia je pun. Nak terbang passport dah mati noks. Aku nak renew tahun depan lah. Kalau panjang umur leh gi jalan lagi atas ticket sponsor. Hahaha ayat tak leh tahan.

Hari ni aca datang bangi. Rindu aku dengan dia. Walaupun last week dah jumpa tapi aku tetap rindu. Biarpun datang kejap jadilah. Asal dapat tengok aca pun jadilah jugak. Aca pereksa nombor 4 kat skolah kebangsaan. Sekolah ugama tak tahu lagi katanya. Maksu janji nak bagi scooter (bukan yang real) punya erk. Tapi dah dapat nombor 4 tu tak dapeklah maksu nak tunaikan. Kalau dapat nombor satu itu janjinya.

Apa pun walaupun aca tak dapat hadiah POSING tetap anggun, hehehe. 



Thursday, 6 November 2014

RESTORAN ASAM PEDAS BANGI

Anak buah nak belanja katanya maksu mesti pergi. Okay lah terima kasih kerana sudi belanja. Suka sangat makan kat sini sebab ada menu telor itik. Makan kat Restoran Asam pedas Bangi kat seksyen 7 nu. Dekat ngan JPJ tu hah. Petang lepas officehour tak lah ramai sangat orang. Dah sampai sini mestilah order masak lemak telur itiq. Sapa yang suka memang jadi favourite lah kan.

Makan santai santai santai. dilla order ikan kembung masak sambal, kankong goreng ikan masin, daging masak kicap. Tang masak kicap tu memang best lah jugak miskipun ada yang daging liat sikit.

Nasi bungkus cantik cam ni. Time lapar tak cukup satu ni 

Dua menu terlupa nak snap. 

Air soya cincau. Sodap...

Harga boleh lah tahan.